Jam 11.00 pagi tadi di lapangan terbang TUDM Subang, pasukan Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia telah selamat kembali ke tanahair bersama jenazah allahyarham Noramfaizul. Ketibaan mereka telah di sambut oleh PM DS Najib dan TPM. Suasana gembira bercampur sedih. Jenazah allahyarham Noramfaizul telah selamat dimandikan, dikafankan dan disolatkan di masjid Subang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan UPM petang tadi. Gomo telah berjanji akan menceritakan segala-galanya mengenai kejadian tersebut dalam masa terdekat.
Allahyarham adalah anak tunggal dalam keluarganya dan meninggalkan seorang balu serta dua orang anak lelaki yang masih kecil. Menurut rakan sekerja dan majikan allahyarham, beliau seorang yang rajin bekerja dan komited pada tugas. Kehilangannya amat dirasai oleh seluruh warga kerja BERNAMA.
Presiden NPC Kelab Akhbar Kebangsaan menyarankan agar diwujudkan segera S.O.P (Standard Of Operation) bagi setiap petugas media yang ditugaskan di kawasan zon perang dan merbahaya. Cadangannya itu amat dialu-alukan malah S.O.P untuk semua petugas bagi misi-misi bantuan kemanusiaan juga patut diwujudkan untuk meminimakan risiko serta meningkatkan keselamatan.
Nada Presiden NPC jauh berbeza dengan nada Pakatan Sosialis Pro Komunis yang menghina dan memperlekehkan segala usaha-usaha murni Kelab Putera 1 Malaysia dan jasa allahyarham.Pakatan Sosialis Pro Komunis sememangnya sudah bersifat kebinatangan yang hanya tahu menghina pihak lain kerana hasad dengki yang menebal dalam kegelapan hati minda mereka.
Anggota lain misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1 Malaysia telah selamat kembali ke pangkuan keluarga masing-masing dan kepada mereka semua ANDA ADALAH KEBANGGAAAN AGAMA BANGSA & NEGARA !
Alangkah mulianya terkorban dalam melakukan kerja-kerja amal daripada terkorban kerana mempercayai fitnah dan rekayasa Pakatan Sosialis Pro Komunis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan