Rabu, 21 September 2011

PAS KEDAH GAGAL MENTADBIR NEGERI.


Mula-mula Negara Islam, PAS gagal. Selepas itu Hudud, PAS gagal juga. Selama 21 tahun PAS di Kelantan, Pok Nik hanya boleh berbangga dengan kedudukan tertinggi Kelantan dalam carta penghidap HIV. Kini Kedah pula. Rakyat Kedah menyaksikan kegagalan pentadbiran PAS di Kedah. Langsung tiada penambahbaikan dalam apajua bidang. Masih berada di takuk lama dan masih menggunapakai polisi BN sebelumnya.

Tiada sebarang perubahan yang dirasai oleh rakyat melainkan hanya penukaran pentadbiran sahaja. Kegagalan pentadbiran PAS Kedah mentadbir dengan baik menjadi buah mulut rakyat. Perkara ini telah di sentuh oleh Dr Mohd Asri dalam satu Majlis yang dirasmikan sendiri oleh Mursyidul Am PAS.

Beliau dipetik sebagai berkata ketika ditemui pemberita pada Rumah Terbuka Aidilfitri 1Malaysia yang dihadiri kira-kira 30,000 pengunjung di Stadium Sultan Abdul Halim, di sini, hari ini, .antara lain:-

"Kalau dalam hal ini, saya nak kritik Kedah, sebab itu saya kata Pas memerintah Kedah dengan BN memerintah Kedah, sama sahaja tidak ada sebarang perubahan," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja pada sambutan Hari Hududullah di Balai Islam Lundang di sini hari ini.

Maksud beliau ialah jika Menteri Besar Kedah digantikan dengan orang lain, perubahan dari segi pentadbiran tetap pada tahap yang sama. 

"Pendek kata, kalau jawatan Menteri Besar digantikan dengan orang lain pun, keadaan tetap sama. Kemampuan mana-mana pemimpin Pas tidak kelihatan," katanya

Gasaklah Mat Asri oiii .. orang hangpa sendiri. Hang pulak apasaja tak kena ini tak kena walaupun hang berniat baik tapi cara hang banyak berterabur. Tapi ceq sokong hang kritik kow-kow PAS Kedah dan kalau boleh hang selalulah kritik puak-puak yang pikiaq depa tu sebumbung dengan hang hatta hang orang UMNO.

Kalau depa tak mao dengaq habaq orang UMNO yang tak pakai kopiah cam hang, mungkin depa dengaq cakap hang yang pakai kopiah sama cam depa.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Corak pentadbiran kerajaan Kedah telah banyak berubah semenjak PAS mengamlil alih kerajaan Negeri Kedah. Kalau nak tahu apa kah perubahan-perubahan yang telah dilakukan di Negeri Kerajaan Negeri Kedah tanyalah kepada Meneri Besar Kedah sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Pas pun tak pernah tanya MB di kalangan BN. Alih2 fitnah dah tersiar di HaprakDaily.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...