Rabu, 21 September 2011

ISU HUDUD: MAHADEWATARAYA NIK AZIZ MAIN MAK YONG.



Setelah Pok Nik gagal bermain wayang kulit selama 21 tahun dan menjadikan alasan ketiadaan perlaksanaan Hudud menjadi punca kejuaraan Kelantan selama tiga tahun berturut-turut dalam bilangan paling ramai penghidap HIV, Pok Nik bermain Mak Yong pula.

Utusan Malaysia pada hari ini melapurkan bahawa Nik Aziz menyeru semua pihak agar tidak takut kepada Hudud. Sejak bila pula penganut agama Islam di Malaysia takutkan hudud? Yang paling takutkan Hudud adalah Nik Aziz sendiri , PAS, Mat Syabu, Adun Selinsing dan biaDAP terutamanya Karpal Singh termasuklah Anwar Ibrahim.

Apa motif politik Nik Aziz pada kali ini? Setelah PAS semakin dijauhi oleh masyarakat Islam Hudud sekali diperalatkan oleh Pok Nik untuk meraih kembali sokongan. Sungguh keji apa yang Nik Aziz lakukan ini selama 21 tahun di dalam politik!

Pok Nik lupa ke kes zina gerabak ADUN Selinsing, Mat Syabu dan ramai lagi pemimpin-pemimpin PAS? Bagaimanakah pula dengan pelbagai amalan karot mengarot yang ada dalam PAS? Bersihkanlah dahulu segala penyelewengan akidah, segala amalan khurafat dan toghut di dalam PAS.

Sepatutnya beliau menyeru kepada perpaduan ummah dan mengajak semua kembali kepada al Qur'an. Bukan hanya setakat memperalatkan al Qur'an dan hadis untuk terus berkuasa di tahkta politik. Jangan lupa, Nik Aziz selama 21 tahun menerima imbuhan gaji dan elaun sebagai ADUN dan Menteri Besar serta wang derma dan hasil penjualan air liurnya kepada orang Islam.

Kenalah ingat juga bahawa di Malaysia ini sudah ada pun perlaksanaan syariat Islam dan hukuman Hudud di dalam segala enakmen-enakmen kesalahan jenayah syarie' negeri-negeri. Mahadewataraya Nik Ajih bukanlah orang yang diberikan kuasa untuk bercakap mengenai hal ehwal agama Islam pun. Beliau adalah seorang ahli politik sahaja, bukan Ketua Agama Islam, bukan ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri dan Kebangsaan, bukan seorang Mufti mahupun seorang ulama' warisatul anbiyaa'.


3 ulasan:

C L J berkata...

ITU BUKAN LAKON MAK YONG. SEBENARNYA LAKON ITU IALAK LAKON MENORA. NAMA KUMPULAN BARU TU IALAK MENORA NIKJIID.

Jas Salleh berkata...

MENARIK IDE ITU CLJ ... HEHEHEHE

Tanpa Nama berkata...

tu namanya HUDUD politik dan HUDUD pilihanraya,
saja-saja tuk menarik minat pengundi islam sokong pas. hudud pas membolehkan hadis2 dan ayat2 quran dibaca dan di tafsir sebahagian saja ( kita panggil ayat2 dan hadis kontot) demi kepentingan pas. maki hamun, kafir mengkafir, mencarut di benarkan islam pas.
maka bermulalah wayang islam pas

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...