Selasa, 27 September 2011

MISTERI PERKHIDMATAN AIR SELANGOR.




Tidak lama dulu berlaku perkecohan tarik tali antara kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran Khalid G dengan SYABAS, kerajaan negeri Pahang dan kerajaan Pusat mengenai keperluan mendesak bekalan air di Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Air adalah komoditi alam semulajadi yang percuma tetapi perkhidmatan memproses air, menyediakan infrasturuktur perbekalan air dan mengurus selia air bukanlah percuma. 

Membina empangan-empangan air untuk bekalan air memerlukan kos dan biaya yang tinggi. Termasuklah kos penyelengaraan dan tenaga kerja bukanlah percuma. Menggantikan paip-paip utama bukanlah percuma. Membeli bahan-bahan kimia untuk pembersihan air bukanlah percuma.

Kerajaan negeri di bawah pentadbiran PKR dan penyangak ekonomi keparat Khalid G tahu dan faham benar struktur pengkorporatan perkhidmatan air. Cuma Khalid G hanya nampak peluang untuk membuat keuntungan besar daripada perkhidmatan air bagi kawasan-kawasan yang padat penduduk di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.


Penswastaan perkhidmatan bekalan air bukanlah merampas hak rakyat kepada air. Rakyat masih boleh menampung air hujan, air telaga dari sumber mata-air , air sungai dan air laut termasuk air terjun cuma ianya tidak sebersih air berbayar.


Selama ini pemimpin-pemimpin politik banyak memberikan gambaran salah mengenai penswastaan perkhidmatan air sehingga menimbulkan kekeliruan. 


Rakyat tertipu dengan slogan KEMBALIKAN HAK AIR, huh ... mudah cakap. Hakikatnya mampu ke pembuat slogan itu membina empangan-empangan air secara percuma?


Tengok saja Kelantan. Bagaimana pentadbiran PAS Kelantan gagal menyediakan perkhidmatan air bersih terbaik untuk seluruh negeri Kelantan. Kenapa mereka gagal? Kegagalan mereka adalah berpunca daripada sikap kurangnya pengetahuan mereka mengenai struktur perkhidmatan air. 


Samalah keadaannya di Selangor. Di Selangor bukannya mereka tidak faham tapi terlebih faham kerana mahu menguasai 100% perkhidmatan air berada di bawah mereka. Pentadbiran PKR-DAP-PAS menjadikan isu air sebagai modal politik. Sikap ini adalah SALAH!


Perkhidmatan air adalah sebuah perniagaan yang paling menguntungkan. Anda tidak perlu mencari pelanggan tetapi pelanggan mencari anda. Namun risikonya juga tinggi akibat musim kemarau, kenaikan harga paip dan bahan kimia, pencemaran sungai, kebocoran paip dan kecurian air.


Sebenarnya, mana-mana syarikat yang diberikan hak menguruskan dan membekalkan perkhidmatan bekalan air wajib membuat banyak forum-forum penerangan kepada rakyat. Mereka kena ingat juga falsafah Pelanggan Selalu Betul. Yea tak?


TEPUK DADA TANYA IMAN!

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...