Dua orang sahabat bloger, GERAKAN ANTI PKR dan THE FLYING KICK mendedahkan dan mempersoalkan motif seorang AJK REHDA (Real Estate Housing Development Association) mengatakan pembinaan rumah kos murah adalah tidak wajar.
Menurut rakan bloger THE FLYING KICK, kenyataan AJK REHDA itu amat berkait rapat dengan Agenda politik DAP. Bagi hambe ianya berkait rapat dengan Agenda Penghapusan Etnik DAP. Ianya juga berkait rapat dengan agenda tersembunyi di sebalik isu HUDUD dan tuntutan kuasa autonomi dalam buku Jingga.
REHDA dan DAP sudah lama saling bekerjasama antara satu sama lain. REHDA sengaja memajukan kawasan-kawasan majoriti pengundi Melayu dengan alasan Pembangunan Setempat. Tujuannya ialah memindahkan seramai mungkin pengundi Cina ke kawasan tersebut secara berperingkat-peringkat. dalam tempoh masa tertentu komposisi majoriti pengundi Melayu dapat dikurangkan dalam satu-satu kawasan DUN dan Parlimen
Harga rumah yang di jual pula pada harga tidak akan mampu di beli oleh orang Melayu. Lihat saja apa yang berlaku di Pulau Pinang sekarang ini. Di Selangor, diskaun bumiputera untuk kediaman mewah turut dihapuskan.
Fenomena yang sama turut berlaku di Melaka. Sebagai contoh di Krubong, Bukit Katil, Merlimau, Masjid Tanah dan Alor Gajah. Kawasan-kawasan tersebut dahulunya 98% majoriti Melayu kini beransur-ansur kurang kerana pembangunan industri kecil dan perumahan sederhana mewah. Tidak mustahil suatu masa nanti DAP mampu menguasai Melaka.
Garispanduan kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri seringkali sahaja dicabuli dan tidak dipedulikan oleh REHDA. Bermacam alasan bangang mereka berikan untuk mengelak diri daripada polisi-polisi garispanduan tersebut.
Menafikan hak orang Melayu melalui keenganan membina rumah kos murah beralasan orang Melayu akan menyewakan kepada PATI adalah alasan tidak munsabah bak kata The Flying Kick alasan bodoh serba memualkan.
Kesimpulannya, kerajaan patut mengenakan lagi sekatan lebih ketat kepada REHDA ataupun menubuhkan sebuah GLC bersaing dengan REHDA.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan