Khamis, 29 September 2011

JOM PEDULI! MANA YANG PENTING?


Anda semua perlu tahu bahawa dalam konsesi perkhidmatan air antara SYABAS dengan pentadbiran kerajaan negeri terdahulu. Fakta ini telah sengaja diselewengkan oleh pentadbiran sekarang di bawah Pakatan 'Tipo' Rakyat atas kepentingan politik sempit mereka sahaja.

Anda tentu pernah membaca mengenai isu yang sama diterbitkan oleh sahabat bloger hamba Gerakan Anti PKR dan Darul Ehsan Today. 

Sebenarnya, SYABAS hanya bertanggungjawab dalam perkhidmatan pembekalan air bersih (air sudah di rawat di loji-loji air yang bukan milik SYABAS tetapi milik gomen negeri) dari loji rawatan air sehingga ke pengguna sahaja. SYABAS bukan mendapat percuma air rawatan tersebut malah perlu membelinya, Ini termaktub di dalam perjanjian konsesi perkhidmatan air SYABAS.

Ramai yang mungkin bertanya soalan ini, apakah rasional dan justifikasi memberikan konsesi perkhidmatan air kepada SYABAS? Tidakkah jika perkhidmatan air yang dikonsesikan kepada SYABAS diambil alih oleh gomen negeri semula ini akan menjadikan tarif air jauh lebih rendah? Betul ke begitu?

Fikir beginilah, anda ada bahan mentah tapi anda kekurangan modal kerana kos yang tinggi. Anda tidak mampu menjualnya pada kos yang rendah. Jadi anda lantiklah mana-mana individu untuk tangggung kos tersebut kepada anda di samping anda turut menikmati keuntungan daripada penjualan tersebut. Tidakkah anda untung dalam urusniaga sedemikian? Begitulah juga dalam soal konsesi perkhidmatan air kepada SYABAS. Fikirkanlah.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...