"Jangan tanya akaq ... akaq tak tau ... akaq dah serahkan kepada Kahlid G .. Akaq nak berangan jap ... angan-angan akaq akan buat krisis air setel sendiri ... hehehehe" |
Seperti yang dijanjikan, disajikan di sini KEBENARAN mengenai isu krisis Air di Selangor. Pagi tadi di Kelab Eksekutif Kelang, Kelang berlangsungnya sebuah majlis penerangan mengenai isu di atas oleh SWAN, NAHRIM, SYABAS dan FOMCA tanpa kehadiran wakil gomen negeri Selangor , LUAS (Lembaga Urus Air Selangor) bukan apa, Khalid G tak bagi turut serta kerana nanti terbogellah penipuan Pakatan 'Tipo' Rakyat selama ini. Yea tak?
Apa sebenarnya isu krisis Air di Selangor?
Kerana konsesi perkhidmatan air kah?
Kerana kroni buat untungkah?
Kerana Hak Air di rampas kah?
Kerana harga air mahalkah?
Kerana faktor mementingkan keuntungan sahajakah?
Kerana Khalid G kata krisis air tak berlaku kah?
Kerana SYABAS rembat kontrak kah?
Kah ... kah .... kah ... kah .....kah ........
Dalam rajah ini cuba anda cari MANA KEPALA PAIP BESAR? MANA ADA !!!!!! |
TIDAK !!!! .... SESEKALI TIDAK DIKERANAKAN ITU DAN INI TETAPI KERANA FAKTOR-FAKTOR YANG BERADA DI LUAR KAWALAN MANUSIA SENDIRI YANG TAKKAN MAMPU DI UBAH OLEH APAJUA ALASAN TEKNIKALITI, JANJI POLITIK, JANJI MANIS DAN PEMBOHONGAN KHALID G MAHUPUN OLEH KEMPEN KEMBALIKAN HAK AIR KEPADA RAKYAT SERTA PENSTRUKTURAN KONSESI AIR. MENGAROT JE SEMUA ALASAN-ALASAN POLITIKAL ITU.
SEBENARNYA ........
Krisis Air di Selangor adalah disebabkan oleh:-
Pertama, sumber air yang terhad tapi penggunaan yang membazir oleh pengguna sendiri. Kenapa? Kerana kita leka dan alpa bahawa sumber air yang ada akan kehabisan.
Alam semulajadi dah beri cukup keperluan tapi apa hal kita asik membazir ikut suka hati mak bapak kita seolah-olah apa yang kita gunakan pada hari ini secara otomastisnya alam semulajadi akan gantikan 2 kali ganda? MUSTAHIL! Lihat rajah di atas.
Inilah akibat perbuatan kita sendiri .. eiiiiii ....
Kedua, sumber air yang ada mutunya sudah berkurangan akibat pencemaran alam. Ya, pencemaran alam kerana syok sangat kambus sana kambus sini, korek sana korek sini tak hengat kat anak cucu di kemudian hari.
Buang segala benda dalam sungai. Ingat sungai mampu ke membersihkan segala kekotoran dan sampah sarap ciptaan manusia? Sedangkan sampah sarap masyarakat pun kita susah nak 'bersihkan'. Bukan seperti perhimpuan BERSIH tau! Sendiri mao ingat lah brader!
Ini mengakibatkan kapasiti loji-loji air menjadi berkurangan secara mendadak. Ia lah, nak bersihkan balik air tercemar ingat sesenang dan semudah kita cuci kasut dan kereta kita ke? Main sembur aje? pergi ke car wash ... tunggu .. setel .. camtu ke? Fikirlah.
Ini bukan pemandangan hujan turun di kawasan tadahan yea.
Ketiga, faktor iklim. Dulu hujan kemain syok turun di kawasan-kawasan tadahan, kini hujan pun nak bersuka ria di bandar-bandar. Jadi, hujan semakin berkurangan turun di kawasan tadahan.
Apa yang terjadi? Akibatnya ialah kawasan tadahan semakin berkurangan menerima bekalan air hujan. Korang ingat kawasan tadahan itu ada sumber otomatik ke boleh tambah air yang digunakan oleh kita secara membazir? Ingat ada paip besar utama ke dalam empangan mahupun di awan-awan yang boleh kita buka dan tutup sesuka hati?
Ok nanti hambe perincikan lagi yea .. sikit-sikit dulu ... kalau banyak-banyak jem pala otak cam bang Nuor jem nak lepaskan diri dari kes liwatnya. Yea tak?
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan