Rabu, 20 Julai 2011

WAJIB DI BACA & DISEBARKAN : BUKTI PENDEDAHAN TAHALUF SIYASI YANG DISELEWENGKAN PAS.(3)

INI ADALAH SIRI KE 3 DALAM PENDEDAHAN PENYELEWENGAN TAHALUF SIYASI YANG DIAMALKAN OLEH PAS. DALAM SIRI KE2, DIDEDAHKAN BAGAIMANA HUKUM JENIS TAHALUF SIYASI YANG DIAMALKAN OLEH PAS SEBENARNYA ADALAH HARAM HUKUMNYA DAN DIKETAHUI OLEH PAS, NAMUN PAS BERUSAHA MENGGUNAKAN PENDAPAT-PENDAPAT ULAMA HARAKI LAIN UNTUK MENJADIKAN YANG HARAM ITU HARUS. SIRI KE 3 INI MENDEDAHKAN BAGAIMANA PAS MEMANIPULASIKAN PENDAPAT-PENDAPAT ULAMA HARAKI LAIN UNTUK MENGHARUSKAN TAHALUF SIYASI YANG DIAMALKAN OLEH PAS.




DIPETIK DARI KERTAS KERJA KETUA PENERANGAN DPP PASIR MAS DI TULIS PADA 2008 bertajuk : 

TAHALUF SIYASI DALAM KONTEKS PERJUANGAN PAS DI MALAYSIA PASCA PRU-12 SERTA PANDANGAN GOLONGAN ULAMA HARAKI MENGENAINYA
Oleh : Ahmad Fadhli bin Shaari

Manakala bagi golongan ulama haraki yang mengatakan tahaluf siyasi sebagai sesuatu yang diharuskan, mereka berpegang dengan hujah-hujah berikut :


  1. Half al-Fudhul : Ia merupakan satu peristiwa yang berlaku pada zaman jahiliyyah iaitu perjanjian di antara beberapa qabilah untuk menolong golongan yang dizalimi.[1] Perjanjian ini telah disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW. Inilah yang dimaksudkan oleh hadis baginda yang menyatakan :
وَأَيُّمَا حِلْفٍ كَانَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ لَمْ يَزِدْهُ الْإِسْلَامُ إِلَّا شِدَّةً
Yang bermaksud : Mana-mana perjanjian yang dilaksakanan ketika jahiiyyah tidak akan ditambahkan (diubah) oleh Islam melainkan semakin patut dilaksanakan[2] - membawa makna mana-mana perjanjian di zaman jahiliyyah yang bermaksud kerjasama dan silaturrahim tidak akan berubah ketika Islam melainkan ia lebih patut untuk dilaksanakan. Ini kerana Islam tidak akan mengharamkan sesuatu perkara yang baik.

Hujah : Sekalipun Nabi SAW menyaksikan perjanjian ini ketika jahiliyyah, tetapi kerana Nabi telah memujinya semasa Islam, ia dianggap sebagai perkara yang baik. Ini menunjukkan bahawa sekalipun yang berada dalam ikatan perjanjian itu orang-orang yang berakidah salah, ia tetap dianggap perjanjian yang baik selagi mana tujuannya adalah baik.

  1. Perjanjian Rasulullah SAW dengan bapa saudaranya Abu Talib untuk menjaganya serta memeliharanya dari ancaman kaum Quraisy. Tahaluf di antara mereka berdua berlaku dalam beberapa peringkat :
2.1   Ketika Abu Talib melihat bagaimana Nabi Muhammad SAW bertegas untuk melaksanakan dakwah sekalipun terpaksa mati untuk Islam, Abu Talib lantas menyatakan : “Teruskan wahai anak saudaraku, katakanlah apa yang kamu hendaki. Demi Allah, aku tidak akan serahkan kamu kepada sesiapa selama-lamanya”[3] Kata-kata ini dibuktikan beberapa kali oleh Abu Talib di mana pernah beliau mengetahui tentang sekumpulan kaum Quraisy yang merancang untuk membunuh Nabi Muhammad SAW, lalu dikumpulkan bani Abdul Mutalib dan Bani Hasyim untuk melindungi baginda SAW. Mereka semua berkumpul termasuklah yang masih kafir untuk melindungi Nabi Muhammad SAW.[4]
2.2   Peringkat berikutnya ialah ketika kaum Quraisy melancarkan pemulauan kepada Bani Hashim dan Bani Abdul Mutalib sebagai tindak balas kerana mereka melindungi Rasulullah SAW. Lalu ditulis surat penguatkuasaan di mana tidak dibenarkan sesiapa pun menikahi atau dinikahi oleh kedua-dua kabilah ini. Juga tidak dibenarkan berlakunya urusan jual beli dengan kedua-duanya. Surat ini ditampalkan di dinding kaabah.[5]

Hujah : Di dalam peristiwa-peristiwa ini, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa menjadi satu keharusan jamaah Islam untuk mendapat perlindungan daripada orang yang bukan Islam demi mencapai matlamat perjuangannya. Namun ia tidaklah sampai kepada peringkat tunduk dan patuh sehingga menggadaikan perjuangannya.

  1. Perjanjian Rasulullah SAW dengan Mut’im bin ‘Adi. Ia berlaku selepas kewafatan Abu Talib dan sekembalinya baginda SAW dari menyebarkan dakwah Thaif. Rasulullah SAW telah memasuki kota Mekkah dengan perlindungan seorang musyrik yang bernama Mut’im bin ‘Adi. Rasulullah SAW menghargai pertolongan Mut’im sehingga baginda pernah bersabda apabila memenangi perang Badar, “Sekiranya Mut’im bin Adi masih hidup lalu memintaku membebaskan tawanan ini, aku akan lakukan untuknya..”[6]
Hujah : Mut’im di dalam peristiwa ini sekalipun tidaklah memberikan kebebasan dan pertolongan kepada dakwah Islam tetapi melakukan sesuatu yang lebih besar dari itu iaitu menjaga tubuh badan Nabi Muhammad SAW. Mut’im tidak pernah berniat untuk menjadi pengikut Rasulullah SAW dan pendirian ini jelas ketika ia menjawab soalan dari Abu Jahal[7]. Ini menunjukkan keharusan mendapatkan kerjasama dari orang yang tidak berniat melaksanakan Islam di dalam urusan yang memberikan kebaikan kepada Islam dan umatnya.

  1. Perjanjian yang dibuat oleh Rasulullah SAW dengan kaum Yahudi ketika ditegakkan negara Islam Madinah. Perjanjian yang melahirkan Sahifah Madinah ini merupakan satu-satunya peristiwa besar dan terpenting yang menjadi hujjah keharusan kaum muslimin menjalinkan perjanjian dengan orang-orang bukan Islam di atas dasar memelihara kebajikan kedua-dua pihak. [8]
Di antara isi kandungan perjanjian ini ialah, “Kaum muslimin mempunyai haknya dan kaum Yahudi mempunyai haknya. Dan di antara mereka hendaklah tolong menolong sekiranya diserang oleh sesiapa. Dan di antara mereka hendaklah saling menasihati dan bekerjasama. Dan janganlah sesiapa memungkiri janjinya. Dan hendaklah pertolongan diberikan kepada yang dizalimi. Dan sekiranya berlaku apa-apa kepada pihak yang menjalinkan perjanjian ini, maka tempat rujukan ialah kepada Allah dan Muhammad Rasulullah SAW…”[9]
Hujah : Inilah sebesar-sebar hujah keharusan melakukan hubungan dengan non-muslim di dalam menegakkan negara Islam. Dan tidaklah menjadi dasar Islam mengenepikan kaum musyrikin daripada realiti kehidupan.

  1. Perjanjian Rasulullah SAW dengan Bani Khaza’ah. Ia berlaku apabila baginda bersama para sahabat ingin memasuki kota Makkah untuk mengerjakan haji namun disekat oleh kaum Quraisy. Lalu Rasulullah SAW mengutuskan pengintip dari bani Khaza’ah yang merupakan seorang musyrik dan mereka melaporkan kepada Rasulullah SAW mengenai pergerakan kaum Quraisy.[10] Bani Khaza’ah sebenarnya telah mempunyai hubungan dengan Bani Hasyim semenjak zaman jahiliyyah dan mereka meneruskan hubungan baik mereka dengan Bani Hasyim sekalipun berbeza akidah. Rasulullah SAW mengiktiraf hubungan ini dengan memberikan syarat iaitu pertolongan tidak akan diberikan kepada golongan yang zalim.[11]

  1. Perintah Rasulullah SAW kepada para sahabat agar berhijrah ke Habsyah semasa ditindas di Makkah untuk mendapatkan perlindungan dari Raja Najasyi yang merupakan seorang Nasrani pada masa itu turut merupakan dalil kepada keharusan untuk mendapatkan perlindungan dari orang yang bukan Islam di dalam menjaga kemaslahan umat Islam.



[1] Berkata Ibnu Hajar mengenai sebab berlakunya peristiwa ini di mana beberapa orang individu telah dizalimi di bumi Makkah, lalu puak-puak yang lain yang membenci kezaliman telah bersepakat untuk menghulurkan bantuan. (Fathul Bari, juzuk 4, ms 473)
[2] Riwayat Muslim (Bab Fadhail Shabat), Abu Daud (Bab Sumpah)
[3] Ibnu Hisham, Al-Sirah al-Nabawiyyah, jilid 2 muka surat 101. Muhammad bin Jarir, Tarikh Tabari, juz 1, muka surat 549
[4] Ibnu Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, juz 3 muka surat 84
[5] Ibnu Hisham, Al-Sirah al-Nabawiyyah, jilid 2, muka surat 101, Muhammad bin Jarir, Tarikh Tabari, juz 1, muka surat 545
[6] Sahih Bukhari, Kitab al-Maghazi, Bab Syuhud Malaikah Badran.
[7] Diriwayatkan bahawa Abu Jahal bertanya Mut’im, “Adakah engkau hanya menjamin atau menjadi pengikut Muhammad?” Mut’im menjawab, “Bahkan hanya sekadar penjamin.” Kata Abu Jahal, “Kami menerima jamiman kamu”. (Tarikh Tabari, jilid 1/ms 555) Ini menunjukkan sekiranya Mut’im memeluk Islam, jaminannya akan ditolak oleh Abu Jahal.
[8] Dr Mustoffa al-Tohhan, Fiqh al-Harakiyy baina al-Asolah wa al-Inhiraf, muka surat 34
[9] Ibnu Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, jilid 3 muka surat 84
[10] Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, hadis Marwan bin Hakam.
[11] Doktor Munir Ghahdban, al-Tahaluf al-Siyasi fi al-Islam, muka surat 114-116



Persoalannya adakah dalil-dalil  yang mengharuskan TAHALUF SIYASI ini boleh mengatasi DALIL-DALIL QATIE' AL QURAN yang mengharamkan TAHALUF SIYASI sepertimana yang diamalkan oleh PAS yakni bekerjasama dengan KAFIR HARBI DAP dan SYUBAHAR MUDARAT PKR? 

PAS mengamalkan TAHALUF SIYASI dengan KAFIR HARBI DAP dan SYUBAHAT MUDARAT PKR dan syarat-syarat TAHALUF SIYASI yang diharuskan menurut pendapat-pendapat ulama-ulama Haraki (ulama yang terkemudian dan terkenal dengan WAHHABIYAH dan pemikiran TAJDIDIYAH) dipenuhi dan sesuai dengan apa yang PAS dakwa sehingga mengharuskan PAS berTAHALUF SIYASI dengan KAFIR HARBI DAP dan SYUBAHAT MUDARAT PKR?

Kita sendiri lihat bagaimana ISU LARANGAN PENJUALAN ARAK, ISU PEMBINAAN NEGARA ISLAM PREMIS PUSAT HIBURAN, KALIMAH ALLAH, PENGGUNAAN HADIS & AL QUR'AN OLEH KAFIR HARBI, ISU MURTAD, HUDUD, ZINA, PEMBUANGAN BAYI, ISU LARANGAN PUSAT HIBURAN BEROPERASI dan ISU HIRABAH / BUGHAH serta ISU KES LIWAT ANWAR IBRAHIM amat jelas pendirian PAS di dalam isu-isu tersebut lebih MERUNDUK TUNDUK LEMAH LONGLAI KEPADA KEHENDAK KAFIR HARBI DAP & SYUBAHAT MUDARAT PKR. Adakah ini jenis TAHALUF SIYASI yang diharuskan dalam ISLAM?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

1 ulasan:

Pewaris Wasiat berkata...

PAS lupa bahawa Bumi yang didiami ini adalah Bumi Islam Ketuanan Melayu yang terbentuk ratusan tahu hasil kurniaan Allah Azawajalla akibat Pengorbanan Waliullah, Ahlullah dan Pendakwah di Nusantara..Hasil nya seluruh Raja-Raja mengganut Islam dan mengubah Dunia Melayu secara Globalisasi...akibat Keberkatan dan Redha Allah, Islam kekal sebagai Agama Rasmi Tanahair...Persoalan nya terjatuh Hukum Halal dan Harus kah kepada mukmin (sekira nya PAS mengatakan hanya mereka yg BENAR) mengamalkan TAHALUF SIYASI dengan Hujah Ulamak Haraki (perlu diingat Kedaifan segala bentuk yang di alami Melayu Islam) akan membuka ruang kuasa kepada Kafir Harbi (DAP-BERSIH-IFC dll)UNTUK MMENANGI kuasa Majoriti dibumi Melayu Islam ini..!!! Bersasiah Politik secara Islam kah PAS dengan hilang nya KUASA MEMERINTAH bagi Melayu Islam di Malaysia...pun begitu saya tidak ingin membangkit kan kembali HUKUM FIDYAH (cukai kepala) yg terwujud akibat bersatunya Ansar dan Muhajir dlm Kegemilangan Daulah Islam...dan tidak WAJIB kan keatas umat di bumi Melayu Islam ini untuk memerangi demi memelihara setiap inci Tanahairnya sekiranya dengan Ilmu yang ada (pandangan Makrifat) dari nasihat dan Syarah mereka Ulamak Haraki yang sanggup melacurkan Agama, Bangs dan Negara demi utk BERKUASA..!!! Alangkah jelek nyer Ulama ini yang mengheret umat berpecah belah dan akhirnya melahirkan Fahamam Jumud akibat kejahilan buta Agama...!!! Ingatlah Bumi ini masih ada Tuan nya...!!! selagi kita berhembus dengan Lafaz Lailla Haillallah..!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...