Rabu, 20 Julai 2011

MB KEDAH IBARAT ' BALUN DAP SINDIR HJ HADI'.

Barangkali kerana berang dengan campurtangan Hj Hadi dan kritikan-kritikan pedas daripada bloger pro BN mengenai isu Larangan Pusat Hiburan Beroperasi dalam bulan Ramadan , Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyindir Hj Hadi dengan jemputan bersolat tarawih di kelab-kelab malam di Kedah. Sindirannya itu bagaikan membalun DAP juga. Hal ini ditulis oleh bloger GELOMBANG RAKYAT dan diceritakan semula agar perkhabaran ini dapat memenuhi ruang siber supaya rakyat dapat maklumat-maklumat alternatif selain daripada mendengar daripada pihak mereka sendiri.





Bloger GELOMBANG RAKYAT menulis di dalam entrinya bahawa AZIZAN ABDUL RAZAK berang dengan keputusan PAS PUSAT terutama Hj Hadi dan dengan khabar angin bahawa larangan tersebut telah ditarikbalik oleh kerajaan negeri KEDAH. Malah bukan sahaja AZIZAN ABDUL RAZAK naik berang bahkan ramai penyokong PAS juga berang serta kesal dengan keputusan yang di buat oleh PAS PUSAT baru-baru ini. AZIZAN ABDUL RAZAK akan tetap melaksanakannya kerana inilah peluang keemasan buat PAS membuktikan bahawa perjuangan asal mereka tidak berubah. Pada pendapat JS ini bakal mengundang banyak masalah lain yang tidak akan dapat diselesaikan dengan cara baik dan terus menerus menjejaskan kepentingan ISLAM, cuma JS tabik hormat kepada sindiran tajam AZIZAN ABDUL RAZAK kepada Hj Hadi dan DAP yakni jemputan bersolat tarawih di semua kelab-kelab malam di Kedah. SYABAS !



TEPUK DADA TANYA IMAN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hadi Awang sendiri pernah gagal mempertahankan jawatan MB Terengganu sebelum ini dah mula masuk campur hal ehwal Kedah. Hadi Awang tambah bini masa jadi MB boleh le!!
Tahniah MB Kedah kerana ajak Hadi Awang bersolat tarawih di Pusat Hiburan di Kedah. Hadi Awang jangan lupa bawa Cina Komunis (Kit Siang & Kapal Pusing) tu sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...