Rabu, 20 Julai 2011

PENDEDAHAN FITNAH PEMBANGKANG MENGENAI KAPALSELAM SCORPENE.

SEMENTARA MENANTI MASALAH TEKNIKAL BAGI AKAUN FB JAS SALLEH DISELESAIKAN SEGERA, BLOG INI MENJADI MEDIUM UNTUK SAYA BERJUANG. BERIKUT SAYA PETIK KEMBALI SEBUAH ARTIKEL MENARIK DARI BLOG MYMASSA MENGENAI PENDEDAHAN FITNAH MENGENAI KAPALSELAM SCORPENE YANG DIFITNAHKAN SEBAGAI TIDAK BOLEH MENYELAM, KAPALSELAM TERPAKAI, KAPALSELAM SUB STANDARD DAN DIKAITKAN DENGAN PEMBUNUHAN ALTANTUYA. BACA JANGAN TAK BACA.


Petikan artikel berkenaan daripada blog mymassa:-

1. Walaupun sudah banyak penjelasan di dada akhbar, majalah dan blog-blog pertahanan tempatan, saya perhatikan masih ada lagi pembaca yang percaya bulat-bulat bahawa kapal selam pertama negara iaitu KD Tunku Abdul Rahman dari jenis Scorpene telah rosak dan tidak dapat menyelam. 

2. Lebih buruk lagi apabila ada yang menyangka bahawa kapal selam tersebut merupakan bahan terpakai dari Tentera Laut Peranchis sedangkan Malaysia telah menghabiskan wang sebanyak RM7.7 bilion untuk membeli dua buah kapal selam terbaru dan tercanggih di rantau ini. Sejumlah RM359 juta lagi dihabiskan untuk membeli kapal selam terpakai dari jenis Agosta. 

3. Orangramai diprogram untuk percaya serta yakin bahawa kapal selam TLDM tidak dapat menyelam dan sedang mengalami kerosakkan besar. 

4. Mereka juga dipaksa tanpa sedar bahawa pembelian kapal-kapal selam ini melibatkan isu pembunuhan seorang wanita, bagaimanapun kebanyakkan tuduhan dibuat tanpa asas, bukti dan sekadar cakap-cakap. Ia melibatkan beberapa orang individu yang bukan dalam lingkungan Kementerian Pertahanan Malaysia. 

5. Hanya mempunyai kenalan seorang atau dua pegawai tentera, ramai sekali muncul sebagai penganalisis ketenteraan tidak bertauliah berdasarkan maklumat yang longgar dan “hear say”. 

6. Bukan saya hendak menyalahkan pembaca sekalian, tetapi itulah senario politik di Malaysia, di mana persepsi memainkan peranan yang penting sedangkan parti-parti politik yang bertelagah ini sebenarnya tidak memberi manfaat yang berguna kepada rakyat kecuali kesedaran dan minat yang terlebih-lebih kepada perkhabaran angin. 

MASALAH KAPAL SELAM TIDAK BOLEH MENYELAM 

7. Kapal selam yang dikatakan bermasalah iaitu KD Tunku Abdul Rahman telah selamat tiba pada Sept 2009 dan terus menjalani beberapa ujian laut tropika selepas itu sehinggalah kapal itu didakwa tidak boleh menyelam oleh sekelian jentera propaganda parti-parti politik ini. 

8. Sebenarnya sebelum dan selepas menerima kapal selam itu, TLDM secara intensif telah pun menguji aset perang negara ini mengikuti piawaian dan standard antarabangsa termasuklah ujian Final Sea Acceptance Trial selama 10 hari yang memaksa kapal selam tersebut membuat selaman ke dasar yang paling dalam (sejauh mana kedalaman itu tidaklah boleh saya dedahkan di sini kerana ia mengandungi maklumat sulit ketenteraan). 

9. Ujian ke atas kapal selam terbabit bukan sekadar dibuat di Lautan Atlantik tetapi juga dilakukan di Lautan Mediterranean, Laut Merah, Laut Hindi dan Laut China Selatan (kawasan di mana kerosakan pertama dikesan). 

10.Untuk maklumat para pembaca sekelian, sehingga ke Mac 2010, anak-anak kapal selam dan KD Tunku Abdul Rahman telah membuat selaman dan pelayaran di dasar laut selama 31 hari dari 43 hari (tempoh perjalanan kapal dari Peranchis ke Lumut). 

11.Ini bermakna sejumlah 72 peratus pelayaran kapal itu dilakukan di bawah permukaan laut dan ini sekaligus menyangkal tuduhan kononnya kapal selam itu dibawa pulang secara berlayar di atas permukaan. 

12.Perkataan “Tidak Boleh Menyelam” ini sebenarnya muncul dari langkah berjaga-jaga yang diambil oleh TLDM apabila masalah teknikal dikesan berlaku di atas kapal. 

13.KD Tunku Abdul Rahman sebenarnya boleh menyelam tetapi arahan telah dikeluarkan oleh pihak tertinggi TLDM supaya kapal selam itu dilarang membuat selaman sehingga masalah kerosakkan dibaiki oleh pihak pembekal iaitu DCN International. 

14.Untuk pengetahuan pembaca, aset kerajaan tersebut dilindungi oleh perjanjian dalam kontrak yang ditandatangani di antara TLDM, DCN dan IZAR. 

15.Proses pembelian aset ketenteraan sama sahaja dengan kontrak saudara pembaca ketika memberi kereta atau rumah kecuali ada sedikit perbezaa, setiap aset yang dibeli mempunyai jaminan pengedar untuk beberapa tahun dan jangan lupa bahawa kerajaan Malaysia adalah negara pengguna. 

16.Sehingga ke hari ini, aset strategik yang termahal milik negara ialah kapal selam dan kos penyelenggarannya sahaja menelan belanja sehingga RM270 juta setahun. 

KEMENTAH TIDAK KAWAL MAKLUMAT 

17.Saya benar berharap supaya pembaca saya terutama di kalangan pelajar untuk mengambil inisiatif mengkaji sesuatu perkara dengan dalam sebelum membuat keputusan untuk menerima maklumat secara total. Dalam kemudahan internet hari ini, tidak ada sebab anda ketinggalan dalam arus teknologi maklumat. 

18.Saya sendiri mempunyai laporan kapal selam Scorpene milik TLDM setebal beratus-ratus muka surat tetapi tidak ada yang menarik untuk dipaparkan, masalah yang berlaku pun kecil sahaja tetapi telah diperbesarkan sehingga ke persada antarabangsa. 

19.Masalah juga melanda kapal selam Singapura dan Indonesia tetapi maklumat seperti ini tidak pernah sampai ke tangan orang awam kecuali dalam rangkaian mereka yang terlibat dengan perisikan serta kontrak perkapalan sahaja. 

20.Dalam senario Malaysia, saya lihat Kementerian Pertahanan agak linear dan longgar terhadap pengaliran maklumat ketenteraan pada masyarakat awam berbanding Indonesia dan Singapura. 

21.Perkara ini diakui oleh sahabat-sahabat saya dari Singapura yang menyatakan bahawa media negara ini bebas mencungkil maklumat ketenteraan berbanding Singapura yang seboleh-bolehnya akan mengawal maklumat militari republik itu secara ketat. 

LANGKAH TLDM TEPAT 

22.Langkah TLDM untuk tidak membenarkan kapal selam miliknya yang mengalami kerosakan mekanikal adalah sangat tepat dan merupakan satu prosedur yang biasa. 

23.Sekali lagi saya ingatkan, kerosakkan tidak ada kaitan dengan masalah rasuah atau pembinaan yang sub standard oleh DCN dari Peranchis. 

24.Mana mungkin sebuah syarikat perkapalan terkemuka seperti DCN mahu membina sebuah kapal selam yang sub standard untuk pelanggannya kerana ini sebenarnya memberi risiko kepada nama baik syarikat itu. 

25.Walaupun ada pilihan yang lebih murah dari Russia misalnya seperti kapal selam Kilo dan Amur tetapi reputasi negara besar itu sebagai pembina kapal selam sebenarnya sudah cacat sedikit kerana rekod-rekod kerosakan dan kemalangan yang dialami oleh kapal selam miliknya. 

26.Selain dari tenggelamnya kapal selam Kursk pada tahun 2000, kapal selam Russia dari jenis Akula pada tahun 2008 ditimpa petaka apabila berlaku kebocoran gas sehingga menyebabkan hilang 20 nyawa dalam insiden yang berlaku di Laut Jepun. 

27.Insiden itu berlaku semasa kapal selam terbabit yang mahu dijual kepada India sedang menjalankan UJIAN PELAYARAN dan gas yang bocor sebenarnya datang dari SISTEM PEMADAM API. 

28.Jika kita lihat dalam insiden kapal selam Akula ini, sekecil masalah seperti kebocoran gas pemadam api telah menyebabkan kehilangan nyawa dan risiko seperti inilah yang menyebabkan TLDM tidak membenarkan kapal selam Scorpene menyelam walaupun kerosakan mekanikalnya kecil. 

29.Saya berharap penjelasan ini mampu mencerahkan minda pembaca mengenai kapal selam pertama milik negara kita dan tidak perlu membuat komentar sehingga memalukan ibu pertiwi kita dalam forum antarabangsa mahupun milik jiran. 

30.Orang luar tidak tahu apa itu UMNO, sebaliknya yang dimaki dan dicerca adalah negara kita, ibu pertiwi kita, MALAYSIA.

Pepuak pembangkang memang membudayakan FITNAH dan kerana itulah blogernya DIN BINJAI AJK AMK, tlelah diperintahkan mahkamah membayar RM300,000.00 di atas fitnahnya terhadap DDATUK SERI RAIS YATIM  baru-baru ini.

Pembangkang memang suka memperbodohkan orang lain dna menipu rakyat kerana mereka memang bebal bahlol dan suka menipu.

TEPUK DADA TANYA IMAN

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...