Ahad, 24 Julai 2011

PRU 13 SELEPAS AIDIL FITRI ? MCA BERSERAH KEPADA TAKDIR TAPI BRAVO NG YEN YEN !

MENGEJUTKAN ! Adakah benar apa yang JS baca ini dari laman blog rakan JS Melayu CinDia (http://gelombangrakyat.com/) Macam tidak percaya ! Tetapi itulah yang disimpulkan oleh rakan bloger JS dalam menganalisa ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perhimpunan Agung Tahunan Parti Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) pada hari ini. Tan Sri Muhyiddin Yassin di petik sebagai berkata, " Kita tidak mempunyai banyak masa. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi dan kita mesti menunjukkan kepada rakyat bahawa kita mempunyai pasukan yang mantap untuk berdepan dengan pilihan raya umum." 

Persoalan yang paling jelas ialah mengenai persediaan dan kesediaan MCA yang nampaknya seperti lebih bertakwa daripada PAS dalam soal bertawakkal kepada Takdir. MCA perlu bangun dan aktif dalam membina semula semangat mereka dan tidak hanya mengharapkan gerak kerja daripada parti-parti komponen lain dalam BARISAN NASIONAL. Presiden MCA , Chua Soi Lek kelihatan seperti begitu masygul dan musykil kerana seringkali mengeluarkan kenyatan-kenyataan yang tidak kena pada tempat dan masa. Berbeza dengan Timbalan Presiden MCA, NG YEN YEN yang kelihatan lebih cergas dan aktif mengembalikan semula kepercayaan komuniti Cina walaupun dia di maki hamun dan di cerca. Dia tidak pernah berputus asa dan sentiasa tabahkan hatinya demi kepentingan perpaduan harmonis yang sudah terjalin lama di dalam BARISAN NASIONAL. Chua Soi Lek perlu ingat perjuangan menuntut kemerdekaan oleh MCA bersama UMNO dan jasa MCA menjadikan komuniti Cina bertaraf warganegara dan bukanlah hasil titik peluh DAP pun. Kita mengharapkan yang terbaik daripada semua pihak termasuklah semua cawangan dan bahagian UMNO di akar umbi, kuatkan kembali semangat anda ! Jika anda perlukan semangat ... mudah saja... sentiasalah membaca blog JS dan rakan-rakan bloger JS yang pautan mereka ada di sisi kanan.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...