Ahad, 24 Julai 2011

ISMAIL SABRI YANG KREATIF

AHLI PARLIMEN BERA, Pahang, ISMAIL SABRI telah melakukan banyak perkara-perkara yang kreatif bagi menangani fitnah rekayasa pihak pembangkang. Kekreatifan beliau ini banyak membantu bloger pro BN di mana kami mudah mematahkan setiap rekayasa pembangkang mengenai isu-isu berkaitan dengan harga barangan keperluan dan minyak.Terkini, beliau melaksanakan program KEDAI 1 MALAYSIA di mana beliau bekerjasama dengan rangkaian restoran-restoran untuk menyediakan menu makanan pada harga berpatutan dan sebelum itu beliau telah menampalkan notis mengenai kadar subsidi yang diberikan oleh kerajaan Malaysia di setiap setesen minyak di seluruh negara. 


Poster sebelah adalah di antara kekreatifan ISMAIL SABRI dalam menyebarluaskan maklumat-maklumat mengenai subsidi yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat. Kita berharap, agar lebih banyak lagi jenis-jenis penyebaran maklumat seperti ini kepada rakyat agar rakyat tahu apa yang kerajaan telah berikan selama ini. LIM GUAN ENG baru cadang hendak beri RM100 untuk setiap bayi yang dilahirkan di Pulau Pinang berdasarkan kepada kelayan-kelayakan tertentu pun dah riuh rendah kononnya berkebajikan sangat ler, sedangkan RM100 tu hanya cukup untuk membayar kos bersalin sahaja berbaki RM30.00. Baki hanya cukup untuk beli 10 helai lampin sahaja. 

Sedangkan Kerajaan Barisan Nasional memberikan lebih daripada RM100 untuk sepanjang hayat kehidupan rakyat dari dalam rahim ibu mereka sehingga ke liang lahad, apalah sangat RM100 berkira LIM GUAN ENG itu?


Di sebelah ini merupakan NOTIS KADAR SUBSIDI yang ditampalkan di pam-pam minyak seluruh negara sebagai penyebaran maklumat secara besar-besaran di seluruh negara.

Kita ucapkan TAHNIAH kepada ISMAIL SABRI kerana begitu kreatif dalam menyebarkan maklumat kepada rakyat mengenai apa yang sedang kerajaan lakukan.


Selepas ini kita harapkan agar di setiap tong gas memasak turut diletakkan pernyataan ringkas kadar subsidi yang dinikmati oleh rakyat agar pihak pembangkang semakin 'panas punggung' mereka.

(PAPAGOMO tak balun pun ISMAIL SABRI... dan KPDNHEP)

TEPUK DADA TANYA IMAN

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...