Jumaat, 21 Jun 2013

Peguam UMNO / BN Perlu Bersatu Memohon Injuksi Terhadap DAP-PKR

Baginda Rasullullah s.a.w. sudah bersabda, di akhir zaman , fitnah Dajal al Masikh ibarat semut HITAM, atas batu HITAM dalam kepekatan malam yang HITAM. Jadi Himpunan HITAMLEGAM menepati semua ciri-ciri yang disebutkan oleh baginda Rasullullah s.a.w. Husam Musa sudah tersasar dari jalan kebenaran. Begitu juga dengan perusuh yang beragama Islam. Bukan itu sahaja, malah Himpunan Hitamlegam adalah penyalahgunaan hak kebebasan berhimpun. Manakala semua ceramah-ceramah politik DAP-PKR adalah berunsur fitnah. Kesemua aktiviti subversif dan hasutan DAP PKR boleh di kekang paling tidak dengan suatu Perintah Injuksi Umum ke atas mereka. Tapi beranikah barisan peguam UMNO/BN bertindak sepantas kilat atau hanya selesa berada dalam pejabat berhawa dingin mereka?

Timbalan Pengerusi SPR, sudah meluahkan kekesalan dan kekecewaannya terhadap Pejabat Peguam Negara. SPR diletakkan dalam keadaan begitu tersepit dengan sikap suam-suam kuku Pejabat Peguam Negara. Sebagai menjawab satu soalan daripada seorang peserta, Timbalan Pengerusi SPR berkata, sewajarnya Peguam Negara mempertahankan SPR dari serangan fitnah DAP-PKR. Apabila perkara itu diajukan kepada Pejabat Peguam Negara, SPR dinasihatkan mencari sendiri khidmat peguam dan membiayai semua kos. Akhirnya, SPR mengambil keputusan membuat laporan polis. Namun, kuasa pendakwaan terletak pada Pejabat Peguam Negara. Sehingga kini, laporan polis yang di buat oleh SPR, seperti tiada tindakan susulan daripada Pejabat Peguam Negara. Baca laporan sepenuhnya di sini MYKMU.

Kita pun naik hairan dengan tindakan Pejabat Peguam Negara. Apakah kes-kes yang menyerang SPRM, PDRM dan SPR tidak penting? Kita benar-benar berharap agar Pejabat Peguam Negara menyegerakan semua pendakwaan setelah meneliti semua kertas siasatan PDRM. Jika perlu, badan legislatif dan badan eksekutif perlu segera memberikan bidangkuasa pendakwaan terhad dan khusus kepada PDRM, SPRM dan SPR untuk menangani kes-kes yang Pejabat Peguam tak sanggup hendak memikulnya. 


Di bawah Perkara 145, perenggan (2) Peguam Negara berkewajipan (tak boleh tidak, kena buat, mandatori keatasnya):-
"Melaksanakan apa-apa tugas lain yang bersifat undang-undang, yang dari masa ke semasa dirujukkan atau DITUGASKAN KEPADANYA OLEH YANG DIPERTUAN AGONG ATAU JEMAAH MENTERI, ......"
Perkara 145, perenggan (2) amat jelas dan terang. Yang DiPertuan Agong atau Jemaah Menteri mempunyai kuasa dan bidangkuasa menugaskan kepada Peguam Negara sebarang tugasan bersifat undang-undang (pendakwaan). Tugasan tersebut menjadi KEWAJIPAN (Mandatori) Peguam Negara untuk melaksanakannya.

Apakata, Jemaah Menteri memberikan satu tugasan bersfat undang-undang kepada Peguam Negara berkenaan isu-isu yang berkaitan? Peguam Negara berkewajipan (Manadatori) untuk melaksanakannya.

Khamis, 20 Jun 2013

Sukseskah Anwar Spring Roll Sabtu Ini?

Sudah diwar warkan, mereka sanggup mati. Dan Husam Musa memberikan jaminan status syahid jika mereka terkorban. Samada jaminan Husam musa di terima Allah Taala atau tidak, bagi perusuh itu tak penting. Apa yang penting bagi mereka ialah kejayaan menggulingkan kerajaan yang sah di pilih dan menang kerusi terbanyak. Perusuh hendak membuktikan , mereka lebih berkuasa dari kerajaan yang di pilih rakyat. Soal salah atau betul tindakan mereka , bukan persoalan moral bagi mereka. Siapa lebih berkuasa ialah persoalan yang menjadi asas kepada pemberontakan mereka.Tak penting bagi mereka samada majoriti rakyat Malaysia mahukan keamanan. Kehendak majoriti itu bagi perusuh tak penting. Matlamat perusuh , penaja, perancang dan penghasut demo pada Sabtu ini ialah ,siapa lebih kuat dan berkuasa di negara ini. 

Mereka mencabar dan menguji sejauh mana kerajaan BN berani dan kuat. Mereka juga hendak tunjuk kepada rakyat, bahawa jika mereka berjaya maka rakyat mesti beri sokongan kepada mereka. Secara tidak langsung ,rakyat ditakutkan dengan tindakan ganas mereka. Falsafah perjuangan mereka ialah siapa kuat ,berhak menjadi kerajaan. Hak rakyat untuk memilih kerajaan melalui proses aman pilihanraya akan tercabut selepas ini. Anihnya,mereka melakukan itu dengan menjual nama dan kuasa rakyat. Sedangkan,restu rakyat tidak menjadi rujukan mereka terlebih dahulu. Mereka tak pandang kepada kehendak 16 juta rakyat Malaysia yang tak mengundi pada PRU13 lalu. Termasuklah hak 5.2 juta rakyat yang menolak mereka pada PRU13. 

Suara dan kehendak 24.6 juta rakyat Malaysia telah diketepikan oleh Dap Pkr. Mereka tak mengendahkan apa kehendak 24.6 juta rakyat Malaysia. Secara warasnya, adakah 24.6 juta rakyat Malaysia mahu biarkan kehendak 5.6 juta dipaksakan ke atas mereka? DAP PKR hanya ada mandat daripada 5.6 juta orang sahaja. Itupun kemungkinan besar sebahagian dari penyokong PAS tidak akan turut menyertai demo Sabtu ini. Menjadikan jumlah tersebut jauh lebih rendah dari apa yang disangkakan. Persoalan sekarang ialah adakah 24.6 juta rakyat benar-benar sokong dan menyokong tindakan minoriti Dap Pkr Aabtu ini? Sudah tentu TIDAK! 24.6 juta rakyat Malaysia terang-terang menolak tindakan demo DAP PKR. 


Hanya Tunggu dan Tengok DAP PKR Langgar Undang-undang?


Himpunan Hitamlegam adalah adalah penyalahgunaan hak kebebasan berhimpun. Tujuannya sudah jelas. Untuk  melanggar dan mencabar perundangan negara. Ianya bertujuan untuk menumbangkan kerajaan yang sah di pilih oleh rakyat. Berdasarkan kepada siaran propaganda DAP-PKR, tiga tuntutan yang tak berasas dan tak waras akan di buat:-
  1. Mendesak Pengerusi SPR, Timbalan Pengerusi dan lima anggota panel SPR meletak jawatan;
  2. Menuntut kawasan yang berlaku pertikaian agar diadakan pilihanaraya semula;
  3. Menuntut agar diberhentikan sebarang proses persempadanan semula dana apa-apa proses lain sehingga anggota SPR baru di bentuk semula, melibatkan semua pihak. 
Makin celaru pemikiran dan halatuju puak anarkis DAP-PKR. Dari Himpunan Hitamlegam, menjadi Padang Merbok 622. Dari menuntut diadakan semula pilihanraya kepada desakan perletakan jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan anggota panel SPR. Apa kehendak DAP-PKR sebenarnya?

Lihat pada tuntutan ketiga, yakni memberhentikan proses persempandanan semula. Kenapa DAP-PKR begitu takut dengan persempadanan semula? 

Kenapa DAP-PKR hendak merampas kuasa-kuasa SPR ? 

Adakah DAP-PKR mampu memlih Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan anggota panel SPR yang benar-benar bebas dan tak memihak ?

Mati hidup balik ambe tak percaya DAP-PKR akan memilih orang yang bebas dan tak memihak. Sudah pasti, mereka akan memilih orang yang cenderung kepada mereka dan anti BN. Jika DAP-PKR hendak sangat pilihanraya di buat kembali, terimalah sahutan dan cabaran agar mengosongkan sahaja semua kerusi-kerusi yang mereka menangi. Kenapa perlu DAP PKR buat desakan begitu sebelum mahkamah mendengar semua petisyen pilihanraya?

Desakan DAP PKR mahu Pengerusi, Tmbalan Pengerusi dan anggota panel SPR meletak jawatan, kerana kesemua mereka itu adalah individu yang bebas dan tak memihak kepada sesiapa. Sudah tentulah, orang-orang seperti itu, DAP PKR tidak suka. Kesemua mereka yang di desak meletak jawatan, adalah orang-orang yang profesional dan berintergriti. Ornag-orang seperti ini, di benci oleh DAP-PKR. Mereka (DAP-PKR) hanya mahukan orang-orang yang boleh di cucuk hidung oleh mereka. 

Adakah kita hanya mahu tunggu dan lihat saja, para pemberontak DAP-PKR melakukan sesukahati mereka, seolah-olah negara ini tiada perundangan? Lainkali jangan undi lagi DAP-PKR, biar 97 peratus pengundi Cina sahaja undi DAP, yang lain sila undi BARISAN NASIONAL. 

Rabu, 19 Jun 2013

Semua Rakyat Malaysia Wajib Membantah Kenyataan Husam Musa & Himpunan HitamLegam.

"Andaikata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya Allah ia adalah syahid fi sabillah," 

Himpunan HitamLegam adalah satu penyalahgunaan Hak Kebebasan berhimpun. Kenapa ambe katakan begitu? Saluran yang betul dan bertamaddun ialah memfailkan Petisyen Pilihanraya, jika tidak berpuashati dengan PRU13. Jika masih tak berpuashati dengan pemfailan petisyen PRU13, gunakanlah saluran mahkamah untuk mendapatkan remedi lain. Rakyat pun sudah letih dengan semua tindakan terlebih berpolitik puak DAP-PKR dan anwarista. Kenyataan Husam Musa (di petik dari blog Ar Risalah):-

"Keputusan untuk menyertai himpunan ini bukan keputusan Husam Musa, bukan keputusan Haji Mohamad Sabu tetapi keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat untuk menyokong Blackout505," 

~ Adakah betul dakwaan Husam Musa ini? Jika benar sekalipun, adakah ahli dan akar umbi PAS terpaksa dan di paksa mengikuti semua keputusan JPP? Dalam Islam pun, ketaatan kepada jemaah tertakluk kepada Al Quran dan hadis. Jemaah tidak mengatasi kepentingan ummah, menurut Al Quran dan hadis. Sebarang keputusan yang tak memberi manafaat kepada ummah , harus di bantah dengan berhemah. Tidak wajib dipatuhi. Mana-mana pemimpin kepada satu jemaah, tidak boleh membahayakan keselamatan nyawa ahli jemaahnya. Dan hendaklah membawa ahli jemaahnya sentiasa patuh kepada pemerintah negara. Tidak melanggar perundangan negara. Tidak melakukan perbuatan merosakkan ketenteraman awam. 

"Andaikata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya Allah ia adalah syahid fi sabillah," Tetapi, kata Husam, tidaklah menjadi niat PAS untuk terkorban dalam perhimpunan ini.

~ Pada hemat ambe, kenyataan Husam Musa berkenaan mati syahid jika terkorban dalam Himpunan Hitamlegam adaalh satu 'Freudian Slip'. Adalah mustahil, jika terkorban dalam himpunan sedemikian membawa kepada mati syahid fi sabillilllah. Ianya seolah-olah seperti memberi 'Lesen' kepada perusuh unutk bertindak ganas. Banyak lagi cara betul untuk mendapatkan mati Syahid Fi Sabillillah. Berdemo di jalanraya bukanlah caranya. Lagipun, jika benar niat Husam Musa untuk tidak terkorban dalam Himpunan Hitamlegam, apa perlunya beliau menyebutkan mengenai mati syahid fi sabillillah? Banyak lagi tindakan dalam kategori Fi Sabillillah, dan berdemo untuk menegakkan skim penipuan terancang bukanlah salah satu daripadanya.

"Niat kita adalah penipuan pilihan raya mesti dihentikan dan sesiapa terlibat dengan penipuan ini mesti menerima tanggungjawabnya sekarang dalam sistem politik negara ini," tegas Husam.

~ Penipuan apa? Jika berlaku penipuan, kenapa PAS DAP PKR menubuhkan kerajaan di negeri-negeri yang mereka menang? Dimanakah kewarasan dalam alasan 'penipuan' yang diberikan oleh Husam Musa? Tidakkah DAP PKR PAS yang menipu rakyat dengan jenama tak wujud PAKATAN RAKYAT? Yang bertanding adalah DAP PKR PAS, tapi yang di dakwa menang undi fofuler ialah Pakatan Rakyat? Tidak ada sebarang bukti dan lapuran polis pun yang DAP PKR PAS buat untuk melaporkan 'penipuan'. 

Yang ada berterbaran ialah video-video yang sudah di edit. Dakwaan 40,000 warga Bangla pun sudah dinafikan oleh Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh. Video hitamlegam pun sudah terbukti satu penipuan terancang. Dakwat kekal yang dikatakan tidak kekal pun sudah dibuktikan, bahawa ianya tidak seperti yang di dakwa oleh DAP-PKR. Jari Anwar Ibrahim masih ada dakwat kekal semasa bertemu Jusuf Kalla. Malah, ada pemimpin DAP yang menafikan berlakunya lampu padam. Tidak cukupkah itu semua untuk membuktikan Himpunan Hitamlegam adalah suatu penipuan terancang DAP PKR dan puak anwarista? Di buat untuk menutup malu ayng mereka terima?

Tindakan DAP rasis, Anwar Ibrahim dan puak anwarista sudah melampaui batasan perundangan dan Islam. Sepatutnya, mereka melakukan rekonsiliasi. Dan menumpukan perhatian berkhidmat kepada rakyat. Sebaliknya, mereka menyusahkan rakyat dengan skim penipuan terancang mereka. Mereka tidak redha dengan keputusan yang ditentukan oleh Allah Ta'ala. Mereka menolak ketentuan Allah Ta'ala. Kepimpinan jenis apa yang mereka bawa? Mereka tidak malukah dan tidak rasa bersalahkah kepada pengundi mereka?

Kepada penyokong tegar DAP PKR dan puak anwarista, tak ada rasa bersalah dan malu kepada diri sendiri ? 

Sudah tiada rasa tanggungjawab kepada masyarakat umum? 

Tiada rasa sayang negara ? 

Tiada rasa perlu hormati kententeraman oranglain? 

Memang hampuras betul lah kepmimpinan DAP PKR dan anwarista. 

Husam Musa Penyimpan Mohor Syahid & Pengkhianat PAS.

Husam Musa Hendak Melayu-Islam Jadi Anak Kambing
Himpunan Hitamlegam adalah penyalahgunaan Hak kebebasan Berhimpunan. Dilakukan di atas landasan penipuan mengenai undi fofuler. Sebenarnya, Pakatan Rakyat tak bertanding. Yang bertanding ialah DAP, PKR dan PAS. Jadi, undi yang diperolehi oleh ketiganya, tak boleh diakumulatifkan sebagai Undi Fofuler kepada Pakatan Rakyat yang tak bertanding. Undi yang diperolehi oleh Anwar Ibrahim dan PKR hanya 2.4 juta berbanding BN yang perolehi 5.2 juta. 

Timbalan Mursyidul Am PAS pun Husam Musa tuduh sebagai pengkhianat. Perkatan 'Pengkhianat' , 'Rasis', 'Penderhaka', 'Fitnah' dan senegatif dengannya sudah terlalu banyak sangat digunakan. Penggunaan perkatan-perkataan negatif, menjadi punca minda berfikir negatif. Bukan ahsia lagi, PAS terpecah kepada dua kelompok besar. Yakni, kelompok Anwarista dan kelompok 'Ulama. Bilamana grup Anwarista berkuasa, maka rugilah Islam dan Melayu itu sendiri. Yang untung adalah DAP dan 30 peratus pengundi Cina.

Husam Musa tergolong dalam kelompok Anwarista. Kelompok inilah yang banyak memberikan keuntungan politik kepada DAP dan 30 peratus pengundi Cina. Meranapkan semua impian penyokong tegar PAS, yang hendak kepimpinan ulama' PAS menjadi teras pemerintahan. Apabila, Husam Musa terpinggir dalam perlantikan EXCO Kelantan dan impiannya ranap menajdi Menteri Besar Kelantan, Husam Musa membawa PAS terjun ke dalam jurang kehancuran. Caranya mudah. Menyertakan PAS ke dalam Himpunan Hitamlegam yang merupakan satu tindakan penyalahgunaan Hak Kebebasan Berhimpun. Letih penyokong tegar PAS diperhambakan Husam Musa, untuk merealisasikan impian DAP berkuasa dengan 30 peratus pengundi Cina.

Husam Musa pun telah membelakangkan Majlis Syura PAS, bila mengeluarkan fatwa Syahid kepada perusuh Himpunan Hitamlegam. Dan menggelarkan pengkhianat kepada pemimpin PAS yang enggan turut serta. Husam Musa memperbodohkan penyokong tegar PAS dengan kedua fatwa nya. Pendiriannya tidak selari dengan pendirian pemimpin PAS lain yang telah menyatakan mereka redha dan berpuashati dengan keputusan PRU13 lalu.

Adakah akar umbi PAS rela menjadikan mereka 'Kambing Korban' demi kepentingan politik Husam Musa ? Dan adakah penyokong tegar PAS mahu membelakangkan kepimpinan ulama mereka sendiri? Sanggupkan penyokong tegar PAS, melihat impian mereka diranapkan berkali-kali oleh puak Anwarista ? Tepuk Dada Tanya Iman la wehhhh.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...