Ahad, 26 Mei 2013

'KITA MESTI DI LIHAT MAMPU BERUBAH BUKAN KITA DI UBAH' TAN SRI SYED HAMID ALBAR.

OB1_6412-syed “Di Malaysia, kita tak boleh bandingkan situasi Malaysia sebagaimana situasi yang dikenali sebagai ‘Arab Spring’. Bahkan negara kita ini, semenjak kita mencapai kemerdekaan sehingga sekarang kita ada kebebasan, kita ada demokrasi, kita ada pembangunan ekonomi, kualiti hidup bertambah baik”. satu kenyataan dari seorang veteran politik Tan Sri Syed Hamid Albar, juga seorang bekas Menteri kabinet zaman Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah.

Tan Sri Syed Hamid memberikan pandangannya mengenai gerakan Malaysia Spring meniru gerakan Arab Spring yang pada pendapatnya:-
“Kita tengok negara-negara di Arab Spring, sistem demokrasi pun tiada dalam negara mereka. Jadi bila kita nak bandingkan (dengan Malaysia) tak kena. Kita tidak mengatakan demokrasi kita sempurna”, 
Demokrasi sebenar tiada di negara-negara Arab yang mengamalkan sistem pemerintahan diktaktor sosialis dan politik dinasti keluarga. Rakyat tidak mempunyai suara dan hak memilih siapa yang menjadi kerajaan. Arab Spring jelas sekali tidak menjadi penyelesaian kepada apa yang dikehendaki oleh rakyat mereka. Konflik sentiasa berterusan di antara kumpulan yang bersetuju dengan kumpulan yang tidak bersetuju.

Menyentuh mengenai kecenderungan anak-anak muda di Malaysia, Tan Sri Syed Hamid memberikan contoh Budaya Hippi atau dikenali 'Flower People' pada era 60an. Gerakan tersebut adalah gerakan anak muda yang anti kerajaan dan mahukan kebebasan total. Akhirnya gerakan itu tidak memuaskan hati mereka. Sebabnya ialah, glongan muda akhirnya sedar mereka memerlukan kestabilan , ada rumah, ada pekerjaan, ada keluarga dan menjadi sebahagian pembangunan negara.

Tan Sri Syed Hamid memberikan pandangannya mengenai apa yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan dalam mendekati anak-anak muda:-
"Soalnya ialah bagaimana kita hendak mendekati golongan muda?. Jika kita punya bercerita pada golongan muda bahawa kita harus berterima kasih kepada kerajaan, pada mereka itu tak relevan. Pada mereka memang itu fungsi kerajaan”.
“Bukan kita minta dia (gulungan muda) terima kasih, Kita harus menyatakan Syukur dan Alhamdulillah kerana negara kita telah mengecapi nikmat keamanan dan kedamaian, dan kita nak terus mereka (orang muda) terus terlibat dalam proses ini supaya mereka akan menjadi sebahagian daripada arus perdana di dalam pembangunan negara kita"
“Itu yang paling penting pada fikiran orang muda. Tak usah kita cakap dekat mereka kena buat ini..buat itu..ikut ini..Bila disuruh macam itu dia memberontak”. 
“Bagi pemerintah pula, mereka mesti faham dan boleh bercakap bahasa orang muda, lenggok dia, irama dia..jika tidak kita akan terpisah dari pengelibatan mereka..apa yang kita anggap betul, dia anggap tak betul”.

SPAD: USAHA PERANGI ULAT TIKET, BAS SEKOLAH HARAM & TAMBANG LEBIH UNTUK MENJAGA IMEJ PERKHIDMATAN .

OB1_6597
" Jangan Kerana Nila Setitik, Abis Rosak Susu Sebelanga", rata-rata baik pemandu teksi, dan perkhidmatan bas di Malaysia menjalankan perkhidmatan mereka dengan baik dan jujur. Namun ada segelintir pihak yang tidak  bertanggungjawab menjalankan aktiviti yang mencemarkan imej dan namabaik perkhidmatan teksi dan bas di negara ini. Fenomena 'Ulat Tiket', caj berlebihan dan bas sekolah haram merupakan aktiviti-aktiviti telah lama menjadi duri dalam daging. Merosakkan imej perkhidmatan teksi dan bas sejak sekian lamanya. 

SPAD selaku sebuah Suruhanjaya yang ditubuhkan khas untuk menangani masalah-masalah berkaitan perkhidmatan awam darat telah melancarkan kempen "Perangi Ulat Tiket, Tambang Lebih dan bas sekolah haram'. Tujuannya ialah membersihkan kembali imej perkhidmatan teksi dan bas. Di samping itu menambahbaik mutu perkhidmatan teksi dan bas. Setiap aduan berserta maklumat lengkap perlulah melalui saluran SPAD yang betul agar tindakan boleh di ambil.

En. Azmi Abdul Aziz Ketua Pegawai Pembangunan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)Menurut Ketua Pegawai Pembangunan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) En Azmi Abdul Aziz, tindakan ini adalah bertujuan untuk mendisiplinkan pemandu dan pengendali perkhidmatan awam saperti Teksi dan Bas, dalam masa yang sama menjaga kebajikan kumpulan pemandu teksi yang benar benar menjalankan tugas mereka mengikut lunas undang undang. 

Menurut Azmi lagi, perkara seumpama ini bukan sahaja berlaku di Malaysia malahan ianya juga berlaku di merata dunia, dan mereka juga mengambil tindakan sama saperti apa yang SPAD lakukan hari ini. Ianya bukan lah sekadar mahu menghukum tetapi lebih kepada memberi keyakinan kepada penguna terhadap pemandu teksi dan bas. 

Azmi juga memaklumkan buat masa kini setiap teksi telah di bekalkan dengan pencetak risit, sekiranya tercatat lebihan caj, penguna boleh terus membuat aduan dengan membekalkan maklumat saperti resit, nombor teksi , nama pemandu (boleh dilihat di hadapan dashboarad teksi tersebut) tarikh dan masa kejadian. 

Pada masakini, SPAD menambahbaik perkhidmatan bas sekolah dengan menawarkan skim lindungan insurans kepada murid sekolah, skim penggantian bas sekolah dan perlanjutan lesen pengendali bas sekolah yang melebihi had usia 30 tahun. 

Sahingga kini kes yang telah didakwa melibatkan caj berlebihan pada 2011 – 63 kes, 2012 – 63 kes, 2013 sahingga bulan April sebanyak 13 kes.



PKR & DAPPPPPENIPO MENGENAI PENGUNDI HANTU & INSIDEN LAMPU PADAM


Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata ikut logik akal lah, puak pembangkang yang suka cari salah SPR dah tentu berlari ke balai polis buat polis repot bila berlaku 'blackout'. Tapi satu polis repot pun takde sehingga ke hari ini. 

Ikut logik akal lagi, SPR ini sebuah SURUHANJAYA .... omputih kata COMMISSION ..... kuasa-kuasa SPR terhad dan berdasarkan kepada akta dan perundangan yang sedia ada. SPR takde kuasa dan bidangkuasa 'penyiasatan'. SPR selaku SURUHANJAYA terletak di bawah pemantauan dan kuasa PARLIMEN.

SPR hanya boleh kumpul bukti-bukti dan kemudian buat Polis Repot. Pihak polis akan menyiasat. Kuasa pendakwaan pun SPR takde. Sebab itu SPR hanya boleh memberikan penjelasan sahaja. 

Menyedari adanya vakum 'kekosongan' SPR tersebut maka ianya dimanipulasikan oleh DAP dan PKR semaksimumnya melakukan pelbagai fitnah. PKR dan DAPPPENIPOO tau benar bahawa sebarang fitnah-mehnah rekaan mereka mampu tersebar jauh dan sempat mempengaruhi minda rakyat sebelum sebarang tindakan di ambil.

Kita kena guna akal waras dan berfikir logik la.
Jangan nak main percaya dan serkap jarang je sebarang berita daripada puak PKR dan DAPPPPPENIPOOOOOO.

HIMPUNAN ANJING HITAM JADIAN - BERAPA HARGA ANJING HITAM GIGIT LILIN?

Pertandingan Anjing Hitam Gigit Lilin.... 
~ Blog Prapukari.

Nak tahu cerita selanjutnya ko cari lah blog AAKJ.... 

Ambe cuma nak tulis .... malam ini bulan mengambang ... so tak sangka plak di Malaysia ni dari kalangan puak sosialis radikal biol ada ilmu hitam bertukar menjadi Anjing Hitam Jadian... pandai pulak tu gigit lilin .

Ini lah dianya yang disebutkan dalam Al Quran dan hadis Rasullullah s.a.w. bila manusia itu ikut sangat peel syetan akhirnya jadilah hewan ternakan syetan.

Anjing Hitam Jadian Gigit Lilin .. pastu menyalak ramai-ramai ...

Rafizi selaku Ketua Anjing Hitam Jadian kata nak failkan 29 Petisyen Pilihanraya.
Ketua Umum Anjing Hitam Jadian minta rakyat buat lapuran polis pasal dakwat kekal. Selain itu, para anjing Hitam Jadian nak desak Pengerusi SPR letak jawatan.  Rafizi bayangkan akan adanya BERSIH 4.0. Buatlah .. pe kami nak kisah pun. Biarlah satu dunia tengok bagaimana spesis Anjing-anjing Hitam Jadian meroyan tak tentu fasal dan tunjuk peel bebal mereka sendiri. 

Ingat Malaysia ini takde undang-undang ke?

Jumaat, 24 Mei 2013

SPR TELAH MEMBUAT LAPORAN POLIS.


Bertemu dengan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar merupakan pengalaman yang tak boleh dilupakan. Beliau seorang yang mudah mesra. Jelas nampak kewibawaan dan pengalaman beliau sebagai orang paling mustahak dalam sebuah Suruhanjaya yang memikul amanah berat dan kepercayaan rakyat. Kata-kata beliau jelas mempaparkan kejujurannya. Pemikirannya kritis dan seorang yang benar-benar menghormati kedaulatan negara. Sifat kebapaan beliau amat jelas terserlah. 

"SPR telahpun membuat laporan polis minggu lepas. Semua bukti-bukti mengenai fitnah-mehnah ke atas SPR telah diperincikan di dalam polis repot tersebut" Katanya sebagai memulakan perbualan santai. 

Apabila di tanya kenapa SPR kelihatan begitu berlembut dengan karenah puak pembangkang, beliau berkata SPR perlu menghormati proses undang-undang negara. SPR tak perlu melatah menurutnya. Sebaliknya SPR akan terus menerus memberikan penerangan yang betul dan tepat kepada masyarakat. Beliau turut melahirkan kekesalan beliau ke atas anak-anak muda yang diperalatkan oleh puak pembangkang. Beliau mengatakan:-
"Saya tak fikir setiap mereka yang pergi berdemonstrasi baju hitam itu baca undang-undang pilihanraya. Tapi disebabkan oleh fitnah, mereka percaya apa sahaja dan menggunakan cybertroober yang tidak bertanggungjawab ini, yang saya panggil sebagai ‘pasukan penyebar fitnah’ ini, berterusan." 
Anak-anak muda ini tak faham ini semua..diracuni fikiran mereka dengan maklumat yang palsu..fitnah.
Berkenaan kempen Black 505, Beliau berkata:-
"Terlalu banyak maklumat-maklumat yang tak betul yang dituduh, yang disebar, yang dicanang oleh mereka yang tak bertanggungjawab semata-mata untuk mengelirukan rakyat generasi muda yang tidak faham, yang tidak ada masa nak membaca undang-undang pilihanraya, yang ada memupuk semangat perasaan benci.."
Mewujudkan satu budaya benci, budaya tidak menghormati undang-undang, tidak menghormati keluhuran perlembagaan dan tidak mahu menerima keputusan pilihanraya yang telah diputuskan oleh rakyat melalui proses demokrasi yang sah.
Rakyat telahpun membuat keputusan dan mereka menolak keputusan pilihanraya. Kawasan yang menang mereka terima, kawasan yang kalah mereka menolak. Ini satu budaya double standard yang sungguh tidak profesional dan tidak bertanggungjawab.
Dan apabila menang, cepat-cepat mereka angkat sumpah..dan apabila mereka kalah mereka pergi ke jalan raya membantah."
Ini adalah satu budaya politik di bawah sistem demokrasi yang kalau tidak dibendung, kalau kita tidak sama-sama membetulkan pemikiran yang serong ini di kalangan rakyat terutama sekali generasi muda kita yang telah diperalatkan ini, maka masalah akan jadi bertambah besar.
SPR akan terus bertanggungjawab menjalankan pilihanraya..tetapi negara, masyarakat dan kedaulatan undang-undang, keluhuran perlembagaan akan tercabar. Ini perkara yang pihak-pihak yang berwajib patut fikir secara serius.
Jangan kita benar mereka yang nak mengambil kesempatan ini, yang tolak undang-undang, mengenepikan undang-undang negara ini.
Mengenai laporan polis seorang pemuda Kuantan, Pahang yang mendakwa boleh mengundi dua kali, beliau mengulas:-
Daftar pemilih lah peringkat di mana kita menyekat orang daripada mengundi dua kali.
Polis kena menyiasat aduan dia, macam mana dia boleh masuk undi dua kali..nama dia telah dipotong, kenapa petugas-petugas SPR begitu tidak patuh kepada arahan dan undang-undang sehinggakan beri pula dia kertas undi walhal nama dia telah dipotong.
Kenapa agen-agen dalam bilik mengundi itu semuanya senyap berdiam diri macam kena pukau..budak ini dapat masuk mengundi mengundi dua kali, nama dipotong pun diberikan kertas undi.
Dan dia dapat kertas undi, dia pun terus keluar pergi meninggalkan tempat mengundi dia kata. Dia tak mengundi pun kali kedua, dia bawa keluar kertas undi katanya nak tunjuk yang kononnya boleh mengundi dua kali.
Seksyen 3 bawah akta kesalahan pilihanraya
Orang yang sudah mengundi sekali, dia tidak berhak mengundi sekali lagi.
Tanpa kuasa yang sewajarnya membawa keluar dari tempat mengundi mana-mana kertas undi atau didapati memiliki mana-mana kertas undi di luar sesuatu tempat mengundi.
Apabila disabit kesalahan, ia akan dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi RM5000 atau dipenjara atau didenda kedua-duanya sekali dan tidak boleh didaftar atau disenaraikan sebagai seorang pemilih atau tidak boleh mengundi dalam mana-mana pilihanraya dalam tempoh lima tahun dari sabitan itu.
Budak di Kuantan ini telah diperalatkan. Dan dia ini sudah menjadi mangsa ataupun menjadi orang yang bersalah di bawah akta kesalahan pilihanraya. Bukan saya kata, dia yang membuat aduan polis.
Polis akan menyiasat sedalam-dalamnya, apabila polis ada kesnya maka polis akan dakwa dia pula yang dia ini sudah menipu hendak mengundi dua kali.
Dan dia juga telah mengaku sendiri melalui aduan polis itu yang dia telah membawa keluar kertas undi.
Kita serah kepada polis menyiasat sedalam-dalamnya. Tapi SPR akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis dalam penyiasatan ini sebab ini satu kes (yang) bagi saya satu kes perundangan yang bagus untuk mendedahkan bahawasanya ada orang cuba nak menipu (atau) nak membuat cerita.
Samada benar atau tidak kata-kata dia, tapi secara dasarnya ia tak masuk akal. 
Memang betul kata Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, puak pembangkang memang banyak menyebarkan fitnah-mehnah yang tak masuk akal. Manakala kecenderungan kebanyakan masyarakat kita ialah mudah percaya khabar angin. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...