Ahad, 26 Mei 2013

SPAD: USAHA PERANGI ULAT TIKET, BAS SEKOLAH HARAM & TAMBANG LEBIH UNTUK MENJAGA IMEJ PERKHIDMATAN .

OB1_6597
" Jangan Kerana Nila Setitik, Abis Rosak Susu Sebelanga", rata-rata baik pemandu teksi, dan perkhidmatan bas di Malaysia menjalankan perkhidmatan mereka dengan baik dan jujur. Namun ada segelintir pihak yang tidak  bertanggungjawab menjalankan aktiviti yang mencemarkan imej dan namabaik perkhidmatan teksi dan bas di negara ini. Fenomena 'Ulat Tiket', caj berlebihan dan bas sekolah haram merupakan aktiviti-aktiviti telah lama menjadi duri dalam daging. Merosakkan imej perkhidmatan teksi dan bas sejak sekian lamanya. 

SPAD selaku sebuah Suruhanjaya yang ditubuhkan khas untuk menangani masalah-masalah berkaitan perkhidmatan awam darat telah melancarkan kempen "Perangi Ulat Tiket, Tambang Lebih dan bas sekolah haram'. Tujuannya ialah membersihkan kembali imej perkhidmatan teksi dan bas. Di samping itu menambahbaik mutu perkhidmatan teksi dan bas. Setiap aduan berserta maklumat lengkap perlulah melalui saluran SPAD yang betul agar tindakan boleh di ambil.

En. Azmi Abdul Aziz Ketua Pegawai Pembangunan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)Menurut Ketua Pegawai Pembangunan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) En Azmi Abdul Aziz, tindakan ini adalah bertujuan untuk mendisiplinkan pemandu dan pengendali perkhidmatan awam saperti Teksi dan Bas, dalam masa yang sama menjaga kebajikan kumpulan pemandu teksi yang benar benar menjalankan tugas mereka mengikut lunas undang undang. 

Menurut Azmi lagi, perkara seumpama ini bukan sahaja berlaku di Malaysia malahan ianya juga berlaku di merata dunia, dan mereka juga mengambil tindakan sama saperti apa yang SPAD lakukan hari ini. Ianya bukan lah sekadar mahu menghukum tetapi lebih kepada memberi keyakinan kepada penguna terhadap pemandu teksi dan bas. 

Azmi juga memaklumkan buat masa kini setiap teksi telah di bekalkan dengan pencetak risit, sekiranya tercatat lebihan caj, penguna boleh terus membuat aduan dengan membekalkan maklumat saperti resit, nombor teksi , nama pemandu (boleh dilihat di hadapan dashboarad teksi tersebut) tarikh dan masa kejadian. 

Pada masakini, SPAD menambahbaik perkhidmatan bas sekolah dengan menawarkan skim lindungan insurans kepada murid sekolah, skim penggantian bas sekolah dan perlanjutan lesen pengendali bas sekolah yang melebihi had usia 30 tahun. 

Sahingga kini kes yang telah didakwa melibatkan caj berlebihan pada 2011 – 63 kes, 2012 – 63 kes, 2013 sahingga bulan April sebanyak 13 kes.



Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...