Sabtu, 25 Julai 2015

EPISOD PANAS FITNAH 1MDB PEMBELI DOKUMEN CURI YANG MENGAKU.

Puas cari Gambo Yang sesuai, Tapi Gambo ni jumpa, Yang Tengah tu Tong Kooi Ong kata Lebai Gugel. Kalau Lebai Gugel Pedooh, abis lah ambe.  


BISMILLAHI ALLAH HU AKBAR !

Hari ni masuk 9 Syawal. 

Episod terkini pasal fitnah 1MDB dinukilkan dalam bahasa kefahaman digunapakai kat warung kedai kopi tepi jalan utama kat kampung-kampung. Kasi mudah orang paham benda isunya. Bukan nak kejor KPI pun. Atau ranking. Nak kasi orang paham yang serangan ke atas Najib itu semuanya guna fitnah-mehnah semata-mata. 

Bila wartawan ST Singapura (baca ST Singapura bukan NST yang kat Malaysia), berjaya interbiu si Justo kat Siam (sebut Thailand kang puas lah pakcik tanya lebai gugel), Justo pun bercakap lah macam burung murai berkicau sebelah pagi. 

Justo cakap kat wartawan ST Singapura, memang betul ada jumpa orang kat sebuah hotel di Singapura, Pastu orang-orang itu tawarkan USD 2 juta untuk beli semua dokumen yang Justo curi dari Petro Saudi. Tapi Justo kata beliau kena kencing sebab tak dapat bayaran yang dijanjikan. Kira bodohlah juga Justo ne kan. Kendian , pemilik THE EGDE (suratkabor) Tong Kooi Ong mengakui benda tu kat TMI (the Malaysian Insider). 

Cuma Tong Kooi Ong nafi lah buat ubahsuai ke atas dokumen yang di curi tu kendian beliau kencing kat Justo. Kamonlah. Berapa lama Tong Kooi Ong nak pedooh? Hari tu dia pedooh kat Justo. Hari ini nak pedooh kat kita? Hengat kita macam Justo ker?

Pemilik Sarawak Report pun ada dalam perjumpaan tersebut. Hat Mat salleh perempuan namanya Clare Rewcastle. Tapi Clare Rewcastle nafi lah ( takkan nak ngaku kot, nanti kontoi berganda).

Justo cakap, selain pembayaran yang dijanjikan, deme-deme tu semua ada cakap nak ubahsuai dokumen curi tu nak kasi meletops kow-kow kat Najib letak jawatan. Pasal benda ini, ada seorang yang pernah kerja kat Sarawak Report, Lester Melanyi namanya, kata, memang Sarawak Report ada buat kerja-kerja jahat camtu guna khidmat pekerja grafik nama James Steward.

Bila cerita ini Justo mula keluar, arwah Tun M kata pedooh je boleh ubahsuai beribu-ribu dokumen. Tapi arwah Tun M cuma cakap je lar. Takde lah arwah tun M beri apa-apa bukti. Cumanya, arwah Tun M pun cam mengaku jugaklah kan. Benda yang arwah tun M cakap tu kendianlah ambe ulas.

Dan macam bisa la segala hulubeloga arwah tun M pun mencicit lah menapikan. Alarh biasalah, kena defend Tuan kan. 

Sebabnya, pe mustahil pun nak ubahsuai semua dokumen yea tak? Bukan di buat sekaligus pun. Justo jumpa deme-deme tu pun bukan sehari dua lepas. Lagipun, dokumen-dokumen tu pun dah tentu akan di tapis-tapis mengikut selera dan fitnah yang nak dibangkitkan. Memang ada banyak masa terluang lah untuk ubahsuai dokumen tu. 

Apapun kepedoohan yang pihak-pihak terkantolan nak kaber muka, deme tak sedor yang pengakuan Tong Kooi Ong mengesahkan 'pembelian' dokumen curi bawa akibat dan natijah jenayah lain pulop. Hat ni ambe nak bagi cerah sikit sel-sel otak belogar arwah Tun M.

(i) Tong Kooi Ong mengaku buat tawaran pembelian dokumen curi. 

(ii) Tong Kong Oii buat tawaran pembelian dalam pengetahuan yg amat jelas bahawa yang nak di beli tu dokumen curi. 

Kepala hotak yang waras lagi siuman (baca bukan macam kepala hotak belogar arwah tun m yang tak berapa sihat dan tak berapa nak siuman) dah tentu kita jadi pelik. Kenapa pulop Tong Kooi Ong nak beli dokumen curi daripada pemeras ugut? Tak ke tu ada tanda-tanda NIAT JAHAT?

Sekian terimakasih.

Khamis, 9 Julai 2015

FITNAH 1MDB, PAC SAHKAN TIADA KESANGSIAN , ARWAH PENGADU DOMBA AMAT KECEWA.


BISMILLAHI ALLAH HU AKBAR

PAC telah buat sidang media atas Laporan Interim PAC terhadap 1MDB. Ringkasnya, PAS mendapati bahawa tiada keraguan, tiada kesangsian dan tiada penyelewengan berlaku dalam urusniaga 1MDB. Katalain, PAC mengesahkan bahawa arwah Rafizi, arwah Tian Chua & arwah Tun M adalah Pemfitnah Tegar 1MDB. 

PAC dianggotai oleh ahli-ahli Parlimen daripada mendiang PR & BN. Dalam itu juga ada Akauntan Negara Tan Sri Ambrin Buang. Setiap hasil siasatan PAC dipersetujui bersama oleh para anggotanya. 

Ofkors lah puak pengadu domba akan tetap mempertikaikan keputusan PAC dengan alasan bos-bos PAC ialah PM. Kepala hotak diaorg lah. Bos-bos PAC bukan PM tapi YDPA lar. Sebab semua perlantikan mereka perlukan perkenan YDPA. Kerana bos PM ialah YDPA. 

Memetik pendapat bloger Raja Petra, isu 1MDB ni sebenarnya isu peribadi di antara arwah Tun M dengan Najib. Beliau menceritakan bahawa selepas kegagalan arwah Tun M nak membonekakan Pak Lah, arwah Tun M mahu menggantikan Pak Lah dengan Ku Li dan Najib. 

Dihadapan seramai 1,000 orang ahli UMNO, arwah Tun M berucap mengatakan bahawa selepas Pak Lah, beliau akan wujudkan Majlis Presidensial sebagai de facto PM. Dan PM hendak bertindak mengikut keputusan itu. 

Cadangan itu Ku LI rejek sebab Ku Li kata bila aku jadi PM , aku nak buat keputusan sendiri dan nak buat apa jadi Boneka plak. Teruslah arwah Tun M rejek Ku Li. Cadangan yang sama diajukan kepada Najib. Arwah Tun M lega sebab Najib setuju. 

Namun selepas itu , menurut bloger Raja Petra, Najib tak ikut janji. Betul atau tidak, tak tahu lah sebab Najib bukan jenis mungkir janji. Maka arwah tun M setat serang dan buat harassment. Tapi Najib buat derq. 6 bulan Najib tak nak jumpa arwah Tun M. Marahlah arwah Tun M. 

Menurut bloger Raja Petra lagi, arwah Tun M pun mencari lah alasan yang kukuh untuk jatuhkan Najib sebab baru sangat jatuhkan Pak Lah. Cari punya cari akhirnya dapatlah isu 1MDB. Sebab itu dalam isu 1MDB ini, jumlah yang dibangkitkan arwah Tun M sentiasa berubah sehinggalah sampai ke jumlah $2.6 biliyun ke akaun trustee atas nama Najib. 

Persoalannya, adalah itu wang daripada 1MDB ? Akaun itu memang milik peribadi Najib? Atau akaun trustee atas nama Najib selaku Pemegang Amanah? 

Cerita pasal AKAUN TRUSTEE ini, bloger Raja Petra dah tulis yakni Amalan Kebiasaan mana-mana parti politik Malaysia mengumpul Dana Politik untuk pengurusan parti dan PRU. Kebiasaannya, Presiden , Timbalan Presiden , Setiausaha Agung dan Bendahari akan menjadi Pemegang Amanah kepada semua duit berkenaan. Akan di buka akaun-akaun trustee atas nama peribadi. 

Berkenaan pengurusan Akaun Trustee yang melibatkan nama-nama benefisiari dan nomini ini, dikatakan arwah Tun M dan arwah Tun Daim dah banyak songlap. Sejauhmana ianya benar, kita tengok la apa pengakhiran isu arwah Tun M dengan Najib ini. 

Bagi ambe pula selaku pemerhati, lebih elok kita gagalkan sahaja usaha dan rencana arwah Tun M-arwah Tun Daim terhadap Najib. Ini kerana menurut sumber maklumat ambe, yang sebenarnya arwah Tun M-arwah Tun Daim jadi kecoh bilamana mereka enggan memulangkan sebahagian besar Wang Amanah Parti kepada Najib selaku Presiden UMNO. 

Dikatakan juga, ada banyak lagi baki dalam akaun-akaun amanah terdahulu yang dibuka atas nama arwah Tun M-arwah Tun Daim serta ramai lagi nomini lain. Namun berlaku pengkhianatan ke atas amanah-amanah itu. 

Ambe benar-benar yakin dan percaya bahawa dalam isu ini Najib bukanlah pengkianat amanah. Beliau seorang yang jujur dan pegang janji. 

Ambe bercerita kerana ini melibatkan masadepan orang Melayu Pribumi Ori dalam percaturan kuasa politik. Dalam percaturan Kuasa Politik, wang amat diperlukan bagi menjana dan menggerakkan jentera parti ke arah kemenangan. 

Andaikata, pemegang-pemegang amanah kuasa politik dan wang amanah di kalangan politikus Melayu Celop cap kerala dan jenama lain berkianat, itu akan merugikan masadepan dan menjejaskan kepentingan Melayu Pribumi Ori. 

Dalam mana-mana sengketa Politikal, kita perlu tahu paling tidak punca mengapa ianya berlaku. Ambe mendasarkan punca itu kepada cerita-cerita daripada sumber-sumber yang ambe amat yakini dan percayai. 

Oleh itu, pada pandangan ambe, lebih elok ambe menyokong Najib daripada menyokong arwah Tun M-arwah Tun Daim. Dan menangnya Najib mengatasi arwah Tun-arwah Tun Daim, maka kedua arwah terpaksa akur dan tunduk menyerahkan semua amanah-amanah yang pernah mereka pegang kembali kepada Pemilik Asal yakni Melayu Pribumi Ori.

Sekaranga anda faham mengapa?

Rabu, 8 Julai 2015

FITNAH 1MDB, JANGAN PREJUDISKAN SIASATAN DENGAN TOHMAHAN MELULU- GANI PATAIL.


Gambar Kilang Fitnah Tempat Iblis Setan Lidah Zionis Bekerja Bawah Jenama WSJ. 

BISMILLAHI ALLAH HU AKBAR 

Berikut adalah kenyataan lanjut daripada Peguam Negara, Gani patail berkenaan Kenyataan Rasmi berkaitan pembekuan 6 akaun & 17 dokumen sebelum daripada ini, di mana pentaksub arwah Tun M dan arwah pengadu domba telah sengaja dengan Niat Jahat menyalah tafsirkan pemahaman sebenar status siasatan dan pembekuan berkenaan :-

(Peguam Negara Sahkan Akaun Yang Dibeku Bukan Akaun PM)
BERHUBUNG SIASATAN PASUKAN PETUGAS KHAS BERKENAAN DAKWAAN DANA DISALURKAN KE AKAUN PERDANA MENTERI
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, menekankan kebimbangannya berhubung pembocoran dokumen berkaitan dengan suatu siasatan jenayah yang sedang dijalankan dan meminta supaya siasatan penuh dibuat ke dalam perkara itu. Kebimbangan itu turut disokong oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Peguam Negara mengambil maklum bahawa dokumen yang didedahkan dalam artikel Wall Street Journal, “Malaysia Orders Freeze of Accounts Tied to Probe of Alleged Transfers to Prime Minister Najib” bertarikh 7 Julai 2015 merupakan hal perkara suatu siasatan dan menekankan kepentingan menjaga integriti siasatan itu agar tidak timbul kemusykilan di kalangan orang awam.
Peguam Negara menekankan bahawa ini bukan persoalan “whistle-blowing” kerana perkara yang berkenaan sudah dalam siasatan. Suatu lagi isu yang membimbangkan adalah bahawa dokumen itu dikatakan telah dibocorkan dari dalam siasatan itu sendiri.
Peguam Negara juga memperjelas bahawa perintah pembekuan yang dikeluarkan pada 6 Julai 2015 tidak melibatkan mana-mana akaun yang dikatakan dipunyai oleh Perdana Menteri.
Peguam Negara turut menyatakan kebimbangannya tentang sindiran dan pengataan yang telah dibuat yang mengaitkan Peguam Negara dengan agenda politik tertentu. Peguam Negara menekankan bahawa tujuan Pasukan Petugas Khas antara agensi itu ditubuhkan untuk menyiasat perkara ini adalah untuk memastikan bahawa tidak timbul sebarang salah guna mekanisme siasatan.
Peguam Negara menekankan bahawa beliau tidak akan teragak-agak untuk mendakwa mana-mana orang yang didapati telah membocorkan maklumat sulit yang berkaitan siasatan kerana adalah merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah masing-masing seksyen 133 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan seksyen 145 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 untuk mana-mana orang yang mempunyai akses kepada apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun mana-mana pelanggan suatu institusi kewangan, termasuk institusi kewangan itu atau mana-mana orang yang ialah atau pernah menjadi pengarah, pegawai atau ejen institusi kewangan itu, untuk mendedahkan kepada seorang lain apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun mana-mana pelanggan institusi kewangan itu.
Adalah juga menjadi suatu kesalahan jenayah di bawah seksyen 203A Kanun Keseksaan untuk mana-mana orang menzahirkan sebarang maklumat atau perkara yang telah diperolehinya pada melaksanakan tugasnya atau menjalankan fungsinya di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan untuk mana-mana orang yang mempunyai apa-apa maklumat atau perkara yang dia tahu telah dizahirkan dengan melanggar undang-undang untuk selanjutnya menzahirkan maklumat atau perkara itu kepada mana-mana orang lain.
TAN SRI ABDUL GANI PATAIL
Peguam Negara Malaysia
8 Julai 2015
Sekarang ini ada plak malaon pengadu domba viralkan gambar kononya Polis serbu pejabat 1MDB. Adeehhh. Makin terok dah puak arwah pengadu domba sekarang neyh sejak penangkapan Xavier atas kesalahan jenayah memeras ugut. 

Pada ambe lah, jika pasukan polis melawat pejabat 1MDB dan mengambil dokumen itu bukan 'Rampasan' tapi prosedur biasa dalam mana-mana siasatan. Dah tentu lah pihak pengurusan 1MDB yang serahkan dokumen secara sukarela kepada pihak polis bagi membantu siasatan Polis. 

Tapi kalau hati sudah hitam legam dan penuh kebencian, maka tindakan kerjasama 1MDB dengan polis itu akan digambarkan seolah-oleh berlaku 'Rampasan'. Citt poddaaahhh !

Puak arwah pengadu domba asik nak buat tohmahan sahaja agar kredibiliti 1MDB dicemarikan dan akhirnya siapa yang bakal rugi dalam semua pelaburan yang di buat? 

Berita seperti itu merupakan suatu Jenayah mengganggu Siasatan di bawah Kanun Kesiksaan. Kerana ianya cuba memprejudiskan siasatan yang sedang berjalan. memang patut dikenakan tindakan ke atas puak arwah pengadu domba yang berniat jahat berusaha mencemari siasatan yang sedang berjalan. 

Sejak arwah Tun M buat bising dan memperpanjangkan fitnah Rafizi ke atas 1MDB, Najib telah arahkan siasatan di buat. Audit di buat malah merujuk semua komplen arwah Tun M & Rafizi kepada PAC. Ditubuhkan Pasukan 'Task Force' untuk menyiasat semua komplen & fitnah Rafizi berkenaan. 

Malangnya, arwah Tun M dan arwah Tun Daim tidak menunggu keputusan siasatan Polis. hasil siasatan PAC dan laporan audit. Apa motif sebenar kedua arwah berkenaan? Adakah kedua arwah berkenaan benar-benar berminat nak tahu Kebenaran atau cuma berminat nak 'spin' agar Najib tunduk kepada kehendak kerakusan & ketamakan hawa nafsu mereka arwah berdua? 

Apa yang kedua arwah lakukan sebenarnya memprejudiskan siasatan yang sedang berjalan. Sepatutnya kedua arwah ambil maklum mengenai siasatan yang sedang berjalan dan bukan terus menerus berkelakuan seperti cybertruper mendiang Pakatan Rakyat. Buat apa lah kedua arwah bikin malu diri sendiri dengan berkelakuan demikian kan? 

Kesimpulannya, jelaslah bahwa pembekuan akaun tak membabitkan Najib. Dan siasatan itu adalah siasatan yang bertujuan untuk menyiasat dakwaan WSJ bagi membersihkan imej negara dan pejabat PM daripada serangan fitnah media asing. 

Semua kena ingat dan fikir bahawa SIASATAN SEDANG BERJALAN.  Janganlah dilemparkan lagi pelbagai tohmahan yang akan menggangu dan memprejudiskan SIASATAN, ITU LAH MESEJ PEGUAM NEGARA KEPADA SEMUA. 

Akhirkata dari ambe, persetankan sahaja semua tohmahan, penfasiran & lanjutan fitnah daripada puak arwah pengadu domba kerana mereka BUKAN ANGGOTA PENYIASAT. Kita jangan jadi gelojoh tak bertempat cam puak arwah pengadu domba. 

MANTAN PM 22 TAHUN DIDAPATI BERSALAH TAK PULANG WANG PARTI - PERSEKUTUAN GAMBIRA.


Mpele Mnepo -Mantan PM 22 Tahun Persekutuan Gambira Yang Didapati Bersalah. 


BISMILLAHI ALLAH HU AKBAR 

Artikel ini takde kena mengena dengan sesapa lah kat Malaysia. Ini ambe kutip cerita dari luar negara kat benua Aprika. Jemu gak nak tulis pasal negara sendiri punya kecoh politik. Kita tulis plak apa berlaku di negara oranglain sebagai iktibar teladan. 

Tak ramai tahu bahwa wujud sebuah negara bernama Persekutuan Gambira. Negara ini terletak di sebelah tepi Zimbabwe atas sikit dari Nigeria dan bawah sikit dari Gambia. Negara ini tidak pernah di jajah cam Thailand lah. Suku pribumi nya dari etnik yang di panggil Keralamayalampispus. Susah sikit nak sebut sebab bahasa nya pun diakui seluruh pakar linguistik dunia adalah bahasa paling sukar untuk dituturkan. Bila dituturkan gerenti jadi makna lain daripada yang dituturkan oleh penutur.Contoh, bila penutur kata, 'Katepondek mbau ukelele ' ianya bermaksud ' Saya tak tipu anda' tapi pada pendengarnya akan bermakna , " Ko kena tipu hidup-hidup'. Begitulah. 

So agak payah lah nak bercakap dalam bahasa etnik Keralamayampispus. Kena betul-betul mahir. Silap cakap gerenti kena taji secara berjemaah. Ok lah, penduduk Gambira (yang bermaksud Negara Bajet Suci). Negara ini tidak diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atas sebab teknikal sahaja. Kan ambe dah kata, bila orang Gambira bercakap waima dalam bahasa lain, akan jadi lain makna kepada pendengar. Tapi PBB telah memberikan mandat sementara kepada Gambira sejak 1912. 

Antara lain mandat itu berbunyi, " Dengan ini diperakui bahawa etnik Keralamayalam diiktiraf sebagai sebuah etnik dan negara yang berdaulat. Ketua Negara adalah Perdana Menteri dengan barisan kabinet seberapa ramai dan sekerap mana diperlukan oleh Perdana Menteri. Selebihnya terpulanglah kepada kebijaksanaan rakyat Gambira ikut suka hati koranglah nak buat camna, Janji tak kacau USA, China & Eropah"

Baru-baru ini, dilaporkan oleh sebuah media asing yang berpengkalan di Hong Kong menyebutkan bahawa seorang mantan PM Gambira yang telah berkuasa selama 22 tahun didapati bersalah atas kesalahan enggan memulangkan wang amanah parti politiknya kepada PM yang baru. Ini skandal terbesarlah kat negara itu selepas ada lagi satu skandal kewangan pada lewat tahun 80an dan 90an dulu. 

Kira kuat gak lah kan Budaya Politik Wang kat Gambira neyh. Menurut laporan media asing tu, mantan PM Gambira tu ditahan selepas terbongkarnya satu skandal mekanisma kewangan parti politiknya. 

Berdasarkan kepada pendedahan yang di buat oleh sebuah Pasukan Khas Tindakan yang ditubuhkan bagi menyiasat skandal kewangan itu yang berpunca daripada komplen mantan PM berkenaan, didapati selama 22 tahun dulu mantan PM tu songlap duit amanah partinya bersama satu lagi rakan syubahatnya yang turut pernah menggangotai kabinet mantan tersebut. 

Rakan syubahatnya pula kini didapati memperolehi suaka politik di British Colombia Islands bersama keluarga mereka. 

Cerita penuhnya begini, sejak 1912, Gambira ditadbir oleh sebuah parti politik sahaja iaitu Pombolo Stomata Roketo Mnetikusi Keralamayalampispus (bermaksud Parti Tindakan Demokratik Keralamayalampispus). Akronimnya POMOKAK. 

Sejak POMOKAK berkuasa, tiada parti lain yang boleh menang. Menurut salah seorang pemimpin dari sebuah parti lawan POMOKAK, itu dikeranakan POMOKAK mengamalkan politik Wang pada setiap PRU yang berjumlah berbiliyun ringgit. Pemimpin berkenaan adalah bekas ahli majlis tertinggi POMOKAK yang pernah terlibat dalam sistem yang di buat oleh mantan PM berkenaan (so sumber sohih dan boleh dipercayai lah). 

Semasa perbicaraan yang berjalan selama lebih 36 bulan, para saksi memberikan keterangan mengenai mekanisma mantan PM itu mengumpul wang untuk dana PRU negara itu. Seramai lebih 125 orang proksi, nomini dan benefisiari akaun-akaun amanah bagi pihak mantan dan POMOKAK telah dipanggil dan di soal-siasat. Ada yang terus jadi arwah. Maka di panggil Pentadbir Pesaka yang terbabit memberikan keterangan. 

Berdasarkan keterangan-keterangan 125 orang saksi berkenaan, dana pru dikompol oleh mantan berkenaan melalui pelbagai syarikat milik POMOKAK. Proksi, nomini dan benefisiari diberikan Surat Kuasa Wakil untuk mentadbir akaun-akaun berkenaan bagi pihak POMOKAK. Mahkamah tertinggi Gambira mendapati bahawa jumlah baki telah di bawa lari oleh mantan berkenaan dan tidak dikembalikan semula kepada POMOKAK. 

Antara lain, timbul keterangan mengenai pelbagai jenis akaun pesisir pantai yang di buka atas nama anak beranak mantan berkenaan. Sesetengah dilaburkan dalam syarikat-syarikat pembuat arak dan dagangan petrol. Didapati bahawa sejumlah baki dana tersebut tidak dikembalikan semula kepada POMOKAK. 

Apabila PM yang menggantikan mantan berkenaan meminta beliau memulangkan kesemua wang amanah itu, mantan berkenaan enggan dan memberikan syarat-syarat yang tak masuk akal, kata seorang saksi. 

Bagi melindungi kepentingannya, mantan berkenaan telah menuduh PM Gambira terlibat dalam skandal kewangan. Mahkamah Tertinggi Gambira dalam membacakan keputusan, mengutuk mantan berkenaan sebagai tidak patritok, kianat dan berniat jahat terhadap POMOKAK dan kepentingan Gambira. Mahkamah Tertinggi Gambira juga memutuskan bahawa PM Gambira yang telah difitnah terok oleh mantan berkenaan bebas dari sebarang pertuduhan penyelewengan dan tidak terlibat dalam skandal kewangan seperti yang dituduhkan oleh mantan. 

Demikianlah kisah teladan dari sebuah negara di benua Aprika yang ramai tak tau akan kewujudannya sehinggalah kisah mantan berkenaan menjadi viral di media sosial dan di internet. 


Selasa, 7 Julai 2015

FITNAH 1MDB 6 AKAUN DIBEKUKAN & 17 DOKUMEN DI AMBIL DARIPADA 2 BUAH BANK- GANI PATAIL;

BISMILLAHI ALLAH HU AKBAR 

"Saya Yang Menjalankan Tugas, Kami Menyiasat. Jangan Badmouth Banyak Sangat Boleh?"

KENYATAAN MEDIA SIASATAN PASUKAN PETUGAS KHAS BERKENAAN DAKWAAN DANA DISALURKAN KE AKAUN PERDANA MENTERI 

Susulan kepada kenyataan media bertarikh 4 Julai 2015, Pasukan Petugas Khas ingin memaklumkan kemajuan tindakan-tindakan yang telah diambil oleh Pasukan ini sehingga kini. 

Perintah pembekuan enam akaun bank pihak-pihak yang dipercayai terlibat dalam kes ini telah pun dikeluarkan pada 6 Julai 2015. 

Selain itu, Pasukan Petugas Khas telah mengambil dokumen-dokumen berkaitan 17 akaun dari dua buah bank bagi membantu siasatan. 

Pasukan Petugas Khas juga telah mengambil dokumen-dokumen melibatkan isu ketidakpatuhan peraturan-peraturan dan kaedah Bank Negara Malaysia oleh bank terbabit. 

Siasatan masih berjalan. Justeru, Pasukan Petugas Khas menyeru kepada semua pihak agar memberi kerjasama sepenuhnya bagi melengkapkan siasatan. 

Tan Sri Abdul Gani PatailPeguam Negara Malaysia

Yan Sri Zeti Akhtar AzizGabenor Bank Negara Malaysia

Tan Sri Khalid Abu BakarKetua Polis Negara Malaysia 

Tan Sri Abu Kassim MohamedKetua Pesuruhjaya,Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 
7 hb Julai 2015 

Bagi pengadu domba, stetmen di atas menjadi 'bukti' bahawa fitnah adu domba mereka adalah betul dan benar. Bagi mereka yang otaknya berada di kepala dan bukan di kepala lutut, akan menafsirkan stetmen itu sebagai 'Bona Fide' yang memperjelaskan bahawa Tindakan Siasatan secara serius sedang di ambil bagi menyiasat dakwaan fitnah yang di buat ke atas Najib dan 1MDB. 

Bakal ada yang kata, eh tu 6 akaun dah dibekukan dan 17 dokumen dah di ambil, betul tu apa yang AWSJ lapor pe. Owh ye ke camtu? Kenapa tak sampai ke kesimpulan camni? Untuk membuktikan AWSJ bikin fitnah yang di rancang pengadu domba, maka siasatan di buat bagi mengetahui betul ke tidak laporan ASWJ tu. 

Sudah tentu semua nak kepuasaan yang melampaui sebarang keraguan munasabah samada betul atau tidak waima semua dah tahu AWSJ dan jentera pengadu domba cuma bikin fitnah.

Apalagi cara dan kaedah terbaik untuk membungkamkan semua arwah pengadu domba dan mengalahkan Fitnah Terancang melainkan membuktikan dengan sebenar-benarnya bahawa ianya adalah fitnah 100%. Lepas tu korang hengat nak percaya lagi ke semua gosip-gosip selepas itu yang di bawa pengadu domba?

Korang nak ke sentiasa mudah diperkotak-katik oleh segolongan arwah pengadu domba yang majoriti mereka hanya kelulusan SRP & hidup ibarat bangkai bernyawa seeperti zombi yang sentiasa nak makan bangkai?

Nampaknya Najib amat bijak bermain strategi menentang dan melawan arus gelombang fitnah-mehnah ke atas beliau dan 1MDB. Beliau amat tahu dan amat mahir apa yang beliau buat. Beliau mempunyai keyakinan diri yang amat tinggi untuk menghadapi segala tohmahan dan fitnah terancang terhadap beliau & 1MDB. 

Najib berhak mempertahankankan maruahnya, dirinya, jawatannya dan negara. Beliau telah memberi jaminan bahawa beliau bukan seorang pemimpin yang berkhianat kepada negara & rakyat. 

Najib juga mendedahkan bahawa dalang utama di sebalik semua fitnah terancang itu adalah arwah Tun M. Beliau memberikan sebab-musababnya yakni beliau enggan menjadi PM proksi kepada arwah Tun M di mana terpaksa akur dan tunduk kepada kemahuan hawa nafsu tak terkawal arwah tun M.

Susulan daripada Kenyataan Rasmi di atas, jentera pengadu domba tak buang masa banyak lah. Dengan cepat dan pantas tanpa penghormati sikit pun kemuliaan bulan Ramadan, mereka viralkan gambar Najib dgn Jho Low, Putera Turki di luar negara. Tiada pengesahan langsung samada gambar tu tulin atau sohih. Sekarnag kan banyak pakar mengedit gambar?

Tak cukup dengan itu, pengadu domba turut memviralkan beberapa keping snapsyot gambar hitam putih yang sengaja di edit dan di reka khas untuk memburukkan Najib. 

Pengadu domba dan dalang utama tak nak tunggu hasil siasatan Pasukan Tugasan Khas dan laporan PAC. Pengadu domba masih percaya bahawa kamu semua IQ rendah dan mudah diperbodohkan oleh propaganda fitnah terancang mereka. Tapi kalau masih tak faham mesej yang pengadu domba bawak dalam ftinah terancang mereka, terpulanglah. 

Kesemua fitnah terancang ke atas Najib cuma ada satu motif sahaja yakni beri tekanan kepada Njaib letak jawatan PM /Presiden UMNO. Kemudian akan digantikan dengan calon proksi pengadu domba yang selepas itu akan serah jawatan-jawatan tu kepada CALUN UTAMA pengadu domba.

Fitnah tetap kekal sebagai fitnah waima cuba diberikan perhiasaan cantik & menarik untuk halwa telinga dan mata. 

Makanya bukanlah kerana Najib is not a good PM atau PM yang poyo tapi pengadu domba yang amat terpoyo dan not a good citizens at all. LET THERE BE NO CHOICE BUT YOURS TRULY?



Isnin, 6 Julai 2015

1MDB & NAJIB TERUS DI FITNAH MELALUI MEDIA ASING & TOK HIM DAH U-TURN.


Hipokrasi arwah Tun M. Dolu beliau minta semua rakyat jangan percayakan AWSJ yang memefitnah beliau Kini beliau U-Turn plak hanya semata fitnah tu kena kat Najib. Citt Poodah.


BISMILLAHI ALLAHU AKBAR 

Pelik kan. Bagaimana orang cam arwah Tun M neyh nampak lebih hebat serang 'Orang Sendiri' berbanding serang 'Pihak Musuh'. Sepatutnya, arwah Tun M membantu & beri kerjasama kepada 'Orang Sendiri'. Tapi berlaku sebaliknya. 

Ambe nak tulis pasal kenapa cerita & interbiu Ketua Aditor ASWJ dengan CNBC tu mengarut dan fitnah sahaja. Pernah ke korang dengar media asing ini ada kredibiliti dan kewibawaan sejak 30 tahun lepas? Mana ada kan? 

Tanyalah kepada mana-mana kerajaan di dunia ini, malah kerajaan Amerika pun, diaorang akan kata media diaorang pun tak boleh di harap dan takde kredibiliti. 

Kenapa ambe percaya & yakin benar AWSJ buat pitenah ? Ketua Editor AWSJ yang di Hong Kong kata beliau ada bukti kukuh dan dakwa hasil siasatan tu pun Peguam Negara & Najib dah tengok. Nak tanya la kat korang, sejak bila plak Ketua Editor AWSJ tu kakitangan gomen Malaysia dan ada akses kepada dokumen yang Peguam Negara dan Najib tengok? Ha ha ha ha ..... 

Memang lah Ketua Editor AWSJ berani buat bohong sebab beliau tahu proses nak menyaman beliau dan AWSJ tu bukan proses yang mudah. Ianya melibatkan bidangkuasa bersilang. Undang-undang kat Malaysia tak sama kat Hong Kong. 

AWSJ ada pengalaman di saman oleh kerajaan Singapura. So, diaorang tau lah selok-belok had batas bidangkuasa dan penguatkuasaan di peringkat antarabangsa.

Makanya, Ketua Editor AWSJ amik kesempatan lah di atas kelohongan & kelopongan penguatkuasaan undang-undang di peringkat antarabangsa. Sebab beliau tahu bukan mudah nak saman beliau di persada antarabangsa. 

Kesalahan yang beliau buat ialah di Hong Kong. Penyebaran berlaku di alam maya, Open Space. Undang-undang siber dan Akta Hasutan kita pun terhad kuatkuasanya. Artikel fitnah pun diterbitkan di Hong Kong. Penyebarannya sahaja di alam maya. So apa agaknya cara terbaik nak membuktikan AWSJ tu bikin fitnah dan bersalah? 

Sebenarnya, Ketua Editor AWSJ tu tak belajar undang-undang abis. Pengakuan beliau yang mendakwa mempunyai 'dokumen yang telah di lihat oleh Peguam Negara & Najib' itu dari segi perundangan negara mempunyai implikasi besar. Ianya suatu Jenayah mempunyai Dokumen Rasmi kerajaan lain tanpa izin dan kebenaran kerajaan itu. 

Sudah tentulah, jika dakwaan Ketua Editor AWSJ tu ada asas, bermakna ada lah malaon yang berikan dokumen berkenaan kepada beliau. Oleh itu cara terbaik dan terpantas nak kenakan tindakan ke atas AWSJ sekaligus membersihkan nama baik Najib ialah satu repot polis perlu di buat terhadap Ketua Editor AWSJ berkenaan pembocoran maklumat rahsia & pemilikan dokumen rahsia kerajaan. 

Dengan itu, kerajaan Malaysia boleh alert INTERPOL dan memulakan tangkapan. Dari situ, baru lah boleh dikaitkan pula dengan jenayah hasutan di bawah perundangan Malaysia. Sekaligus, semua penyebar fitnah berkenaan dalam negara pun akan terbabit sama dan boleh di tahan reman untuk siasatan. 

Membuat fitnah dari luar negara memang mudah lah. Apasaja boleh dijadikan fitnah oleh mana-mana pihak di luar negara memfitnah mana-mana individu dan kerajaan Malaysia atas apajua rekaan fitnah-mehnah yang memualkan. 

Sememangnya AWSJ telah melakukan suatu Jenayah Siber yakni menyebarkan sesuatu berita yang tak benar bagi memudaratkan sebuah kedaulatan negara lain serta menyimpan dokumen rahsia kerajaan lain tanpa kebenaran & keizinan. 

Tak logik langsung nak siasat Najib atas fitnah berkenaan. Sepatutnya, kita siasat lah AWSJ kerana mendakwa mempunyai Dokumen Rahsia badan penyiasat 1MDB (ehh ada ke badan penyiasat tu?)

PERKASA pun dah keluarkan kenyataan media meminta rakyat tak percayakan fitnah AWSJ berkenaan. Najib pun dah menafikannya di Semenyih dan mengulangi lagi di Perak. 

Tapi sekelian cencorot arwah tun M dok pertikai kenapa Najib tak nafikan. Hek leh,muroh beno propa depa tu. Najib dah berkali-kali menafikan. Tapi biasalah mentaliti puak cencorot arwah tun m sama je rendah cam puak macai mendian dapigs, pkr & pas. 

Ambe yakin dan konpiden, tak lama lagi AWSJ akan buat permohonan maaf dan menarik balik artikel berkenaan. Bak kata omputih lar, 'Everyone has their own price and their own fear'.

Last sekali arwah Aki ambe pernah berkata, " Fitnah tetap fitnah waima dihiasi dengan perhiasaan indah & cantik untuk nampak betul"


Ahad, 5 Julai 2015

AKHIRNYA WSJ & CNBC MENGAKU DI BAYAR UNTUK MEMFITNAH NAJIB.


BISMILLAHI ALLAHU AKBAR 

Ambe tak terkejut dan sudah menjangkakan Najib akan di desak dan di tekan tubi bertalu-talu oleh puak Pengadu domba. Sudah lama ambe mengesan Gerakan Anti Najib sejak beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi. 

Sememangnya, ambe dapati wujud suatu Fitnah Terancang ke atas Najib sejak arwah Tun M meletak jawatan. Pada setiap masa arwah Tun M tetap mahu mendominasi Politik Negara. Alatnya yang paling ampuh dan efektif ialah arwah Anwar Ibrahim. Tapi arwah Tun M memang pandai Bersilat Dalam Gelanggang Politik. 

Salah satu kaedah beliau ialah menggunakan proksi-proksi lain untuk buat kerja-kerja kotor & jahat. Kemudian beliau akan isyithar diri sebagai Adiwira Penyelamat,

Sejak timbulnya kes pembunuhan Altantuya, Najib mula di serang dan di bunuh karekternya. Pada masa Najib menjadi PM, 'Goodwill' nya sebagai PM sudah merosot sehingga 40%. Dalam keadaan & situasi itu, para pengadu domba mencongak laluan mudah untuk menyingkirkan Najib bila tiba waktu yang mereka mahukan. 

Bagi memastikan Agenda mereka berjaya, para pengadu domba mengelilingi Najib dari semua sudut. Memberikan lapuran-laporan palsu dan tak benar mengenai sokongan rakyat. Memberikan pelan-pelan strategi & pelan tindakan yang pada congakan & dugaan mereka akan lebih membawa parah kepada Najib supaya mudah di tekan meletak jawatan. 

Pada masa yang sama, para pengadu domba memastikan agar BN terus berkuasa tapi menjadi sebuah kerajaan minoriti.Meletakkan BN sebagai kerajaan minoriti akan memudahkan pengadu domba meletakan semua kesalahan dan beban kekalahan kepada Najib. Pada pengadu domba ini memudahkan mereka menekan Najib meletak jawatan. 

Kenapa pengadu-domba memilih Najib sebagai Bidak Percaturan Kuasa ? 

Kerana pengadu domba amat mengenali semua kekuatan dan kelemahan Najib. Mereka sedar & tahu Najib seorang Politikus Gentleman. Dan setail politik Najib yang 'Menjaga Hati' semua pihak merupakan kelebihan buat pengadu domba. 

Sebaik sahaja keputusan PRU 13 diketahui , pengadu domba mula mempersalahkan semua 'Penasihat-penasihat' Najib. Dan kini, ramai penasihat-penasihat Najib menemui kematian dengan cara yang amat misterius seorang demi seorang. Bermula dari arwah TS J.J. 

Bukan itu sahaja, arwah Tun M pun mula membangkitkan kata-kata tuduhan kepada akar umbi UMNO sebagai bodoh dan macam-macam lagi. Akhirnya, Najib pun turut terlepas cakap, 'Bloger Bangang'. Ini semua adalah reaksi-reaksi yang para pengadu domba mahukan. 

Pengadu domba tahu Najib tak akan menghukum penentang-penentangnya disebabkan BN diletakkan dalam kondisi Kerajaan Minoriti oleh pengadu domba sendiri. Namun begitu Najib pernah memecat seorang pegawainya yang mengeluarkan kenyataan , "Pendatang".

Najib juga di pujuk halus untuk mempercayai bahawa pemansuhan ISA adalah cara terbaik mengembalikan keyakinan dan sokongan rakyat kepada BN. 

Pengadu domba juga merancang agar Najib sentiasa diberikan suatu gambaran sebagai PM yang lemah dan mengikut kehendak pembangkang. Tak mesra Melayu dan hanya mementingkan tim penasihat konsultannya.

Bagi menangani penyokong-penyokong Najib, pengadu domba menggunakan tektik & teknik 'Keletihan'. Yakni, melakukan serangan ofensif bertali-arus terhadap Najib. Di samping berusaha untuk melemahkan keyakinan para penyokongnya. 

Pengadu domba telah lama membina persepsi negatif terhadap Najib. Samada Najib sedar atau tidak, itu ambe tak tau lah. Yang ambe tahu & kenalpasti, Najib tak mudah patah semangat sepertimana congakan puak pengadu domba. 

Bilamana fitnah Pembunuhan Altantuya akhirnya menemui kegagalan, maka pengadu domba mula menyerang hebat polisi-polisi Najib. Ianya diberikan gambaran negatif. Ini bagi membangkitkan ketidakpuashati di kalangan akar umbi dan penyokong-penyokong Najib serta BN. 

Pengadu domba menggunakan segala usaha dan kaedah saikologi serta perang saraf bagi memastikaan Fitnah Terancang mereka berjaya. Apakan daya, dah namanya manusia. 

Manusia hanya boleh merancang tapi tak diberikuasa untuk menentukan keputusan perancangan mereka. Itulah yang berlaku ke atas mereka. Pengadu domba melakukan tipu daya dalam negeri. Sebenarnya, mereka menipu diri sendiri tapi mereka tak sedar. 

Fasa terakhir pengadu domba ialah bilamana arwah Tun M masuk gelanggang. Malangnya, congakan pengadu domba tak berapa menjadi. Kerana tiba-tiba masih muncul spesis RONIN yang tidak menyokong agenda mereka dan mempertahankan Najib. 

Spesis RONIN memang sukar untuk di bunuh kerana mereka membawa TIADA AGENDA. Mereka sukar di ramal. Mereka sukar untuk di kawal. Mereka sukar untuk di bunuh dengan apa cara sekalipun. 

Fitnah-mehnah terhadap Najib memang bersifat amat jahat dan curang. Sekarang ini, pengadu domba dapati mereka menemui Jalan Buntu dan misi mereka semakin menemui kegagalan. Bagi menyelamatkan saki-baki maruah mereka yang masih tersisa, mereka akan berkata, " Kami buat in semua agar semua fitnah-mehnah ke atas Najib ditangani awal. Kami nak selamatkan Najib sebenarnya". Hanya orang yang otak mereka berada di lutut sahaja akan mempercayai alasan-alasan berkenaan. 

Pengadu domba tak akan berhenti begitu sahaja, Mereka tetap meneruskan kerja-kerja jahat mereka. Tak mustahil mereka akan sabotaj PRU 14 nanti. Tapi mereka merancang, Allah Hu Ta'ala jua yang menentukan. 

Pada ramalan ambe, puak pengadu domba hanya mampu bertahan dalam tiga bulan sahaja. Selepas itu mereka akan berantakan sesama sendiri dan bertelingkah sesama sendiri sehingga mereka hancur lebur. 

Begitulah dengan segala memusang yang ada dan anai-anai yang ada. Mereka tak mampu bertahan lama dengan fitnah-mehnah mereka yang lemah.


Sabtu, 4 Julai 2015

SELAMAT BAYAR SAMAN WSJ & SR KEPADA NAJIB & MENDIANG GUAN END DAH KONO INJUKSI & $500,000.00.



BISMILLAHI ALLAH HU AKBAR
Dah keluar di fesbuku mengenai kisah mendiang Guan End kalah dalam Saman Sivil terhadapnya. 
Dibawa oleh YB Jahara, gara-gara mendiang Guan End mengeluarkan kata nista 'Nenek Rasis'. 
Butiran perintah mahkamah seperti tertera di atas -kredit kepada Tan Khai Beng. 

Mahkamah dapati mendiang Guan End telah memfitnah YB Jahara dan perintahkan:-
1.) bayar RM500,000 sebagai ganti rugi
2.) Injuksi menahan mendiang Guan End dari ulangi kata2 fitnah
3.) 5% interest
4.) Menarik balik kenyataan
5.) Kos guaman RM40k
Tuntutan Balasa mendiang Guan End di tolak !
Akhirnya terbukti dengan jelas & terang lagi bersuluh, mendiang Guan end memang Kaki Fitnah !

Malu lah, seorang KM bagi sebuah negeri didapati salah kerana mengeluarkan kata-kata fitnah Apa punya intergriti camtu selaku seorang KM yang selalu berlagak dan cakap besar bahawa partinya dan dirinya lebih suci dan berintergriti daripada sekelian makhluk yang ada? 

Sekarang ini apakah masih belum cukup bukti ke untuk membuka mata korang luas-luas terhadap parti mendiang dapigs dan karekter kaki fitnah mendiang Guan End? 

Bila kita pakai balik standard mendiang dapigs dalam CAT, terbuktilah kan mendiang Guan End ni tak layak jadi KM pun. So, ini menimbulkan plak satu persoalan besar, Benarkah mendiang mempunyai sokongan 30 ADUN seperti yang mendiang dakwa bersetuju dengan keputusan EXCOnya? Syok sendiri je kot.

Tak ke Melayu-Melayu klon yang join & sapot mendiang dapigs rasa bongok tahap dewata sekarang? Andai mereka takde rasa camtu memang sah lah mereka spesis manusia bebal lagi bongok sejak azali.

Apa pun padan muka nko lah mendiang Guan End. Memang patut ko kena camtu.

Semoga kes berkenaan menjadi Pintu Utama kemasukkan pelbagai jenis saman fitnah ke atas kepimpinan mendiang dapigs dan ke atas parti mendiang dapigs sendiri. 


FITNAH TERBARU KE ATAS NAJIB & DS ROSMAH. 

Selepas penyangak pemeras ugut Xavier Justo di tahan polis Thai, maka keseluruhan rantaian maklumat mengenai 1MDB dengan sendirinya runtuh dan tiada kredibiliti untuk dipercayai. 

Akibatnya, puok pengadu domba setat meraban dan meroyan untuk menegakkan pembohongan dan fitnah mereka ke atas 1MDB. 

Pada mulanya pengadu domba ambil langkah Defensif melalui pembohongan yakni mendakwa penahanan Justo adalah suatu konspirasi. Dan penahanan Justo tidak memadamkan kenyataan-kenyataan penafian & penjelasan yang pernah di buat oleh 1MDB, MOF dan Najib sendiri. 

Bilamana, itu takde momentum, sebab orang pun dah fedap, terpaksalah pengadu domba gunakan plak 'sumber luaran' lain yakni The Wall Street Journal. Maka dipikap oleh Sarawak Report untuk kaber malu mereka yang sebelum ini telah memadamkan banyak artikel-artikel dan emel-emel yang mereka terima daripada Justo. 

Maka gegak gempita lah sekelian cencorot pengamal media sosial upahan pengadu domba. Tapi dengan pantas di jawab oleh para pendukung UMNO bahawa terdapat banyak kesilapan dan kesalahan dalam kenyataan fitnah WSJ & SR tu. Meh kita tengok. 

Pertama , Akaun yang tertera dalam Rajah Ilusi berkenaan didapati bukan kepunyaan dan milik Najib pun. 



Kedua, Nampak sangat benda tu fitnah 500% sebab mana ada orang buat kerja bongok terus pindahkan wang dari satu akaun ke akaun peribadinya supaya mudah di kesan oleh seorang 'Penyiasat' dalam satu hari. Tapi ye lar, pengadu domba dah terlampau desperado sangat. Nak buat camne kan? Sebab pengadu domba hengat semua orang bongok dan IQ rendah cam depa. 


Ketiga, dan ini paling kelako lah, terdapat kesalahan ejaan pada nama ayahanda Najib. Bertukar dari Abd ke Adb. 



Akhirnya , Rajah berkenaan menjadi satu lawak jenaka di media sosial pabila ianya di jadikan begini:- 


Kah kah kah ,,,, kan dah kena ! 

Memanglah tak masuk akal samasekali fitnah yang diperpanjangkan oleh Sarawak Report. Tapi kalau hati dah hitam legam, ianya tidak akan di ulang semak bagi kesahihan dan kebenaran. Namun, bila diteliti kembali, memanglah nampak jelas di mana fitnah itu terbongkar sendiri. Yea tak ?

Fitnah berkenaan memang amat mudah dikesan dengan sekali pandang sahaja. 

Dan Tajuk Berita Utama esok di Sinar Harian :- 


Sebelum ini , pengadu domba sebarkan berita palsu melalui akaun palsu Astro Awani mengatakan Najib akan letak jawatan. Itu pun dengan pantas dan mudah di pintas. 

Setelah pengadu domba dapati setiap momentum fitnah mereka dengan pantas di cantas dan di pintas, mereka cuba pula viralkan klip vid DS Rosmah sedang dipakaikan kasut oleh pembantunya. 

Itu pun dengan pantas di cantas dan di pintas di media sosial. Menurut pegawai khas DS Rosmah, Rizal Mansur di akaun fesbukunya, beliau menerangkan bahawa DS Rosmah sudah berusia. Bukan mudah bagi beliau nak membongkok badan. Dan layanan yang diberikan oleh pembantunya memang wajarlah.  Mak bapak kita malah kita pun pernah layan kita camtu gak. Dan kita pun pernah layan anak-anak kita pakai kasut. So what da fak lah kan nak jadikan benda tu isu pun? Dah namanya pembantu, maka dah tentulah pembantu tu taknak tengok DS Rosmah dalam kepayahan. Takkan salah plak membetulkan kasut bosnya dan membantu bosnya? 

Lepas neyh ofkors lah ada lagi macam-macam fitnah yang lebih dahsyat bakal muncul daripada puak pengadu domba. Tapi tak mengapa, setiap fitnah pengadu domba akan berhadapan dengan serangan balas yang cepat dan pantas. 

Begitulah sikap angkuh dan sombong para pengadu domba sekarang neyh. Tak cukup dengan memperalatkan dan membohongi arwah Tun M, mereka sanggup pula upah 'Orang Luar' terbitkan berita-berita fitnah lagi harem ke atas negara sendiri. 

Pada setiap masa mereka mencari salah sana sini. Cuba bongkar dan dedah itu & ini yang takde asas dan takde bukti. 

Puak Pengadu domba yang terbabit pun memang lama dikenalpasti dan mereka sentiasa diawasi. 

Kepada korang semua, ambe berpesanlah, jangan mudah diperbodohkan dan dibodohkan oleh berita-berita fitnah-mehnah daripada puak pengadu domba. Mereka buat korang tu macam terlampau bongok dan bebal sangat. 

Maka, sebagai Tindakan Balas, kita bongokkan plak segala fitnah-mehnah puak pengadu domba sampai mereka sendiri tampil dan mengaku bahawa mereka memang bongok terober !

Selamat Berpuasa. 

Khamis, 2 Julai 2015

MENDIANG GUAN END DAH DECLARE PULAU PINANG BUKAN LAGI KERAJAAN PR- PENGUNDI PR KENA TIPU WAKAKAKAKKA







BISMILLAHI ALLAH HU AKBAR 

Dengan hanya berbekalkan 19 kerusi dari 40 kerusi DUN di Pulau Pinang, mendiang Ketua Menteri Dapigs di Pulau Pinang telah mengisytiharkan kerajaan negeri Pulau Pinang bukan lagi sebuah kerajaan negeri di dalam PAKATAN RAKYAT yang telah dijiratkan oleh mendiang pada 16 Jun 2015 lalu. 

Mendiang mendakwa, 10 orang ADUN PKR dan 1 orang ADUN PAS turut menyetujui keputusan EXCO di bawah nya. Tapi mendiang tak beritahu lah bagaimana 11 ADUN tu bersetuju sebab yang bercakap mendiang seorang sahaja. 

So mendiang dengan gaya diktaktor asli tulin cauvinis 'memaksa' 11 orang ADUN yang bukan dari parti dapigs menyetujui keputusan mendiang dalam EXCO. So nampak sangat mendiang guan end ni memang jenis tamak kuasa terober. Cukup bahaya kalu jadi PM atau dapigs diberikan kepercayaan lagi. Gerenti Hak Kebebasan Bersuara mengkritik mendiang dapigs takkan dibenarkan samasekali. 

Majoriti mudah bagi mana-mana parti di DUN Pulau Pinang ialah 21. Mendiang dapigs cuma ada 19 kerusi sahaja. 

Apa jadi sekiranya 11 orang ADUN tiba-tiba isytihar bersama 10 ADUN BN? Itu menjadikan jumlahnya 21 mengatasi mendiang dapigs. Adakah Salleh Man daripada PAS sanggup mengajar dna mendidik erti Kesopanan & Kesusilaan kepada mendiang Guan End dan dapigs P Pinang? 

Andaikata, Salleh Man bersama mendiang dapigs pun, ratio akan menjadi 20:20. Tiada parti yang layak membentuk kerajaan negeri Pulau Pinang kerana tiada Majoriti Mudah. 

Mendiang buat keputusan tanpa merujuk kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (masih ada lagi ke sejak mendiang Guan End isytihar PR dah dijiratkan pada 16hb Jun lalu?) 

Inilah bahayanya penipuan propaganda puak mendiang dapigs, pas & pkr menjual entiti yang tak sah berjenama Pakatan Rakyat. Dah lah tak didaftarkan dan tidak bertanding di atas tiket PR. Bila berlaku kekecohan & perselisihan sesama mereka, ianya amat menyukarkan rakyat dan pentadbiran negeri serta negara. 

Paling terok ialah pengundi ler... keh keh keh .. hidup-hidup kena tipu dek mendiang dapigs - pkr-pas pada PRU 12 & PRU13. Akhirnya dapat pemimpin dan parti yang gila kuasa & tamak rakus. So kat mana AMALAN KETELUSAN DEMOKRATIK mendiang dapigs neyh sebenarnya? Kat gigi dan gusi je ler nampaknya. Percayalah lagi kat mata sepet cam mendiang guan end.  

Kalau ikutkan mana boleh dengan 19 kerusi mendiang dapigs terus menjadi kerajaan negeri. Mana boleh percaya saja kata mendiang guan end kata 11 orang ADUN yang bukan daripada mendiang dapigs menyetujui keputusan EXCO?

Lagi satu EXCO takde kuasa sebenarnya dalam menentukan penubuhan kerajaan negeri. Itu dalam bidangkuasa DUN dan TYT. So nampaklah mendiang guan end salahguna kuasa & fungsi EXCO. 

Apa yang ambe nampak sebenarnya mendiang guan end nak tunjuk Power dan Hebat lah kat semua termasuk kat pengundi-pengundi dan Melayu-Melayu Klon yang join mendiang dapigs. 

Mendiang Guan End nak tunjuk betapa mudahnya mendiang memperbodohkan dan memperlekehkan para pengundi dan penyokong mendiang Pakatan rakyat. 

Dengan hanya 19 kerusi tanpa majoriti mudah, mendiang gun end tunjuk kat semua pengundi dan penyokong mendiang Pakatan Rakyat ini mesej, " Kamu Semua memang terlalu mudah di tipu & di bohongi dengan slogan air liur JOM UBAH" 

Ubah lah lagi ... keh keh keh keh last-last dapat mendiang guan end yang otaknya dah senget.

RAMAI TAKUT JADI MISKIN BILA RON 95 NAIK SEPOSEN - FESBUKU LEJEN


BISMILLAHI ALLAHU AKBAR 

"Masuk hari kedua dalam bulan Julai di mana rata-rata rakyat yang gunakan RON95 kena bayor lebih seposen. Sejak sebelum 12 tengahmalam sehingga kini seramai lebih kurang 50 juta rakyat Malaysia jatuh miskin tiba-tiba setelah mengisi 1 liter RON95.

Tinjauan di kaunter Jabatan Kebajikan Masyarakat di seluruh negara mendapati kakitangan JKM tak cukup tangan melayani pelanggan yang hadir. Begitu juga di seluruh kaunter Pusat Zakat di seluruh negara dengan Selangor mencatat kehadiran paling tinggi.

Seorang makcik klener yang bertugas di Parlimen memberitahu wartawan kami bahawa semua ahli parlimen bercadang memohon kenaikan gaji & elaun kerana mereka yang paling teruk terjejas.Malah ada yang merungut takut nak balik raya di kawasan memasing nanti. 

Menurut Ketua Kampung di pinggiran Putrajaya yang berasal dari Kerala India ( baru dapat taraf Pemastautin Tetap sejam sebelum interbiu) mengeluh kerana terpaksa membatalkan rancangan membawa masuk 2.4 juta ahli keluarganya ke Malaysia akibat kenaikan RON95. 

Di Shah Alam, sebuah kilang milik seorang PATI terpaksa ditutup (bukan kilang JVC) kerana tak mampu lagi nak beri makan dan minum RON95 kepada kakitangan mereka. Tinjauan sejak semalam, mendapati ramai pengusaha pam minyak yang sebelum ini gulung tikar semasa RON95 pada kadar $1.91 & $1.95 membuat himpunan di depan rumah YB Rafizi menuntut agar YB Rafizi memulihkan semula perniagaan mereka memandangkan RON95 kini pada harga $2.15 seliter. "

Di atas tu saja je merapu sebab ambe dah bosan lah dengan sikap majoriti kita yang terober sangat bila harga runcit petrol naik seposen. Memasing mengeluh macam dunia nak kiamat dan macam tiada esok lagi dah. 

Ambe tak lah mengharap semua jatuh miskin dan tiba-tiba jadi miskin atau tak prihatin dengan permasalahan di kalangan rakyat marhaen. Ambe tak nafikan, memang ada sikit sebanyak kesan akibat kenaikan seposen tapi takde lah sampai ramai jatuh miskin sekelip mata atau makin terbeban. 

Ramai yang mengeluh mengatakan ' rakyat ' semakin terbeban dengan kenaikan seposen RON95 , pasal GST & pasal hutang 1MDB? Erk, jauh beno melangkaui batasan sempadan cakerawala Bima Sakti imaginasi mereka. 

Yang pelik mereka kata ' rakyat ' yang terbeban dan mereka tak sebut pasal 'mereka'. So, ambe simpulkan bahawa mereka taklah terbeban sebab itu mampu jadi jurucakap bagi 30 juta rakyat Malaysia. 

Jadi artikel ini nak mengupaslah segala rungutan & keluhan 'mereka' yang dakwa 'rakyat terbeban' dengan kenaikan seposen RON95. Betul ke dakwaan mereka atau mereka cuma bersukaan melancapkan minda & emosi mereka lalu terejakulasilah dakwan-dakwaan berkenaan. 

Sejak Januari sehingga Mei 2015, RON 95 ditetapkan pada $1,91, $1.70, $1.95 . Hanya pada Jun barulah di jual pada harga $2.05 dan kini $2.15. Selama 5 bulan, RON95 berada di bawah paras $2.00. 

Pada masa itu, 'mereka' pun mendakwa 'rakyat terbeban'. Malah Rafizi pun mendakwa pengusaha stesen petrol pam pun 'gulung tikar'. Kat sini ambe agak konpius. Kenapa masa RON95 pada kadar $2.05 & $2.15 Rafizi senyap pasal pengusaha stesen pam ? 

Pada masa RON95 di bawah paras $2.00, 'mereka' komplen kata 'rakyat terbeban' dan 'pengusaha stesen pan petrol' gulung tikar. 

Bila RON95 pada paras $2.05 & $2.15, 'mereka' dakwa 'rakyat masih terbeban' & 'pengusaha petrol pam gulung tikar'.

Namun kita masih tengok banyak stesen pam minyak masih beroperasi dan ada yang baru di buka. 

Kita tengok ramai orang masih berbelanja di luar sana seperti biasa. 

Kita tengok kedai-kedai masih terus beroperasi seperti biasa. 

Kita tengok mahkamah-mahkamah Malaysia tak ler sibuk dengan kes-kes saman bankrap dan saman sebab tak mampu nak bayar ansuran rumah & kereta. 

Kita tengok 'mereka' yang mengeluh sambil berfesbuk melalui henfon canggih dan bil bulanan mereka masih mampu bayar. Masih lagi memandu kereta-kereta mewah. 

Maka di mana betulnya dakwaan 'mereka'? Tak ke jelas terang kepada dua biji mata kita yang 'mereka' terober mengeluh? Kenapa gamaknya?

Sebab, sejak 2008 lagi, propaganda puok mendiang pakatan rakyat sentiasa menakut-nakutkan rakyat dengan pelbagai jenis persepsi dan bermain dengan sentimen emosi rakyat. Oleh kerana, kegiatan tka sihat tu tak di bendung, akhirnya kita mempunyai rakyat yang sentiasa nak menyalahkan gomen dan cari kesalahan gomen. 

Dah jarang benor kita tengok reaksi positif yang membina sebaliknya kita sentiasa melihat reaksi terober negatif yang bersifat membinasakan keyakinan diri serta konpiden survival, 

Akibatnya, kita melihat majoriti mula membuat kesimpulan bukan lagi berdasarkan kewarasan yang wajar & munasabah tetapi terober emosi sehingga memikirkan perkara-perkara negatif. Sikap ini akhirnya membawa rakyat mundur 60 tahun kebelakang dan bukan maju ke hadapan. 

Bila terlalu terober emosi & memikirkan yang terober negatif, sudah tentulah akan sentiasa mengeluh. Kerap mengeluh mengakibatkan seseorang itu Hilang Keyakinan Diri dan menjadi Orang Kecewa. 

Sebabnya, tiada pembaikan pada diri sendiri kerana terlalu sibuk menyalahkan oranglain dan mencari kesalahan oranglain. Ini amat merugikan diri kita sendiri kerana kita sendiri mengurangkan daya kreativiti dan inovatif kita sendiri dalam menyelesaikan permasalahan penghidupan. 

Kita akan menjadi terlalu jumud untuk memajukan diri sendiri dan terlalu malas untuk mencari jalan keluar. 

Itulah bahayanya. Ambe tak nafikan, sikit sebanyak memang ada kesan & natijahnya. Tapi, tak semuanya dalam bentuk negatif. Kena paham, nak hidup kena pandai cipta peluang dan ambil peluang. 

Untuk itu kena ada kemahiran membaca peluang yang ada. Contoh, bila RON95 sikit mahal, dah tentu orang akan cari produk alternatif untuk menjadikan enjin lebih efisyen dengan penggunaan minyak yang rendah. Masa inilah produk-produk begitu laris di pasaran. 

Seperkara lagi, salah satu natijah positif yang ambe nampak ialah, para peniaga terpaksa beri diskaun lebih banyak kerana orang akan setat jimat-cermat. Salah satu cara nak melariskan jualan mereka, para peniaga terpaksa bersaing lebih sengit, Persaingan peniaga bermakna pengurangan harga. 

Orang akan menjadi lebih jimat cermat dan akan mencari alternatif untuk menambahkan pendapatan melalui kegiatan niaga kolektif. Dah tentu lah, ramai akan mencari jalan untuk menambah pendapatan mereka sekitar RM2 ribu - RM5 ribu sebulan. 

Penjimatan yang mereka buat pula membuka peluang kepada yang rajin menawarkan perkhidmatan yang mudahcara. Contoh, menawarkan Pakej Perkhidmatan baikpulih kereta di rumah pelanggan. Bila pakej dan harga menarik, semakin ramai pelanggan. Semakin ramai pelanggan semakin banyak lah masyuk. 

Di atas tu cerita bagi orang yang berfikiran positif dan yang nampak peluang. Sebab mereka tak mengeluh tapi menggunakan daya kreativiti mereka untuk menjana pendapatan melalui ambil kesempatan di atas peluang yang ada. 

Contoh terakhir ialah, jika betul lah dakwaan 'mereka' bahawa 'rakyat terbeban' cam ambe ni , maka ambe dengan sukahati yang teramat sangat menawarkan kepada sesapa saja agar sudi memberi sumbangan kepada ambe bagi meringankan 'Bebanan' tersebut dengan membuat sumbangan RM10 ke akaun ini MBB 112054070073   kerana untuk menambahkan rezeki anda semua, perbanyakkan buat kebajikan dan derma ikhlas kepada orang macam ambe ni kan. 

Selamat berpuasa ke 15 Ramadan dan selamat beramal serta berinfak. Korang gak kata 'ambe terbeban' so harap dapatlah korang infak RM10 kepada ambe bagi meringankan bebanan ambe. Yea tak ? 

Rabu, 1 Julai 2015

BILA REGA MINYAK MENTAH DUNIA TURUN, REGA PETROL NAIK, AMBE JADI FENIN.



BISMILLAHI ALLAHU AKBAR 


Indeks WTI & Brent Crude Oil menunjukkan harga minyak mentah sedunia pada kadar USD58.33 & USD62.01. Tengok la kat link oil-price.net. Ada 20 buah negara lain yang turut menaikkan harga petrol runcit mereka cam Malaysia Ku Indah Harmoni. Tapi, ambe duduk kat Malaysia bukan di 20 buah negara berkenaan. So apa saja 20 buah negara tu buat, not my concerned lar. 

Ambe cuma nak bertanya kepada gomen & pentadbiran yang ambe pilih & defend selama ini, kenapa dinaikkan harga runcit petrol pada masa harga minyak mentah sedunia masih dalam keadaan menurun? 

Ada yang kata Nilai Ringgit Malaysia turun, tapi baru-baru ini gabenur BNM pun kata Ringgit sedang mengukuh. So far lah, nilai ringgit dari April ke 30 Jun 2015, dalam kadar 1USD - 3.6, 3.5 & 3.7 . 

Ambe bukan komplen, ambe cuma nak bertanya kenapa dan mengapa kepada Pembuat Polisi (jangan jadi Perosak Polisi dah ler) Ambe bertanya sebab ambe nak xplen kat orangramai kenapa dan mengapa harga minyak dinaikkan. Tahu lah nak raya neyh. 

Pada masa yang sama, pendapatan majoriti rakyat tak naik atau bertambah kecuali penerima BRIM dan penjawat awam termasuk segala Menteri, Ahli Parlimen dan ADUN. Bukan nak kecoh pasal seposen. Tapi nak kecoh pasal apa tak menten je pada RM1.95 sehingga akhir tahun? 

Takkanlah naik sebab kapal tangki MT Orkim Harmoni kena sailang dek lanun. Itu baru sebuah je kapal tangki. Mustahil dek sebuah kapal tangki kena samun, petrol runcit naik seposen. Tapi tak tau lah kan. 

Bukan mudah nak lawan persepsi-persepsi buruk pasal kenaikan seposen tu. Kena maki hamun dan sumpah seranah lagi ada ler. 

Orangramai tak tengok dah taim Januari sampai Mei di mana rega petrol runcit di bawah paras $2.00 dan menten pada $1.95 selama tiga bulan berturut-turut. 

Dalam kefeningan begini, nak beri solusi pun sukar sebab macam tak masuk akal lah plak. Kata guna sistem apungan di mana jaminan diberikan bila harga minyak mentah dunia turun maka harga petrol runcit pun turun. Tapi kenapa jadi begini plak? Harga minyak mentah dunia turun tapi harga petrol runcit naik seposen, adeeehhhh, kasi panadol soluble satu. 

Ini di tambah lagi dengan isu perlaksanaan GST yang masih lagi dalam kebuntuan, isu 1MDB yang sepatutnya Laporan Audit Keluar tapi belum disiarkan lagi. 

So, ambe harap MOF, KPDNKK , PEMANDU , Konsultan dan Media PMO boleh beri penjelasan yang tegas, jelas & terang serta berfakta kenapa dan mengapa harga petrol runcit naik pada masa harga minyak mentah turun. But, plis dont stori pasal 20 buah negara lain naikkan harga petrol runcit mereka atau jawapan-jawapan yang terawang-awangan di antara langit dan bumi. 

Berterus-terang dan jujur itu lebih baik dari merapu dan meraban. 

So, ambe tunggu je la jawapan-jawapan berkenaan sementara melayan fenin kepala ambe ini. Yang ambe tahu, esok ambe kena tambah seposen bagi setiap liter minyak selama sebulan. Pendapatan tak bertambah juga. Namun begitu harga yang ambe beli petrol pada Disember 2014 jauh lebih tinggi dari sekarang. Pada Disember 2014, ambe beli petrol runcit $2.25/liter, esok cuma $2.15/seliter.

Apa-apa pun ambe kena jual besi buruk lah nampaknya.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...