Selasa, 7 Julai 2015

FITNAH 1MDB 6 AKAUN DIBEKUKAN & 17 DOKUMEN DI AMBIL DARIPADA 2 BUAH BANK- GANI PATAIL;

BISMILLAHI ALLAH HU AKBAR 

"Saya Yang Menjalankan Tugas, Kami Menyiasat. Jangan Badmouth Banyak Sangat Boleh?"

KENYATAAN MEDIA SIASATAN PASUKAN PETUGAS KHAS BERKENAAN DAKWAAN DANA DISALURKAN KE AKAUN PERDANA MENTERI 

Susulan kepada kenyataan media bertarikh 4 Julai 2015, Pasukan Petugas Khas ingin memaklumkan kemajuan tindakan-tindakan yang telah diambil oleh Pasukan ini sehingga kini. 

Perintah pembekuan enam akaun bank pihak-pihak yang dipercayai terlibat dalam kes ini telah pun dikeluarkan pada 6 Julai 2015. 

Selain itu, Pasukan Petugas Khas telah mengambil dokumen-dokumen berkaitan 17 akaun dari dua buah bank bagi membantu siasatan. 

Pasukan Petugas Khas juga telah mengambil dokumen-dokumen melibatkan isu ketidakpatuhan peraturan-peraturan dan kaedah Bank Negara Malaysia oleh bank terbabit. 

Siasatan masih berjalan. Justeru, Pasukan Petugas Khas menyeru kepada semua pihak agar memberi kerjasama sepenuhnya bagi melengkapkan siasatan. 

Tan Sri Abdul Gani PatailPeguam Negara Malaysia

Yan Sri Zeti Akhtar AzizGabenor Bank Negara Malaysia

Tan Sri Khalid Abu BakarKetua Polis Negara Malaysia 

Tan Sri Abu Kassim MohamedKetua Pesuruhjaya,Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 
7 hb Julai 2015 

Bagi pengadu domba, stetmen di atas menjadi 'bukti' bahawa fitnah adu domba mereka adalah betul dan benar. Bagi mereka yang otaknya berada di kepala dan bukan di kepala lutut, akan menafsirkan stetmen itu sebagai 'Bona Fide' yang memperjelaskan bahawa Tindakan Siasatan secara serius sedang di ambil bagi menyiasat dakwaan fitnah yang di buat ke atas Najib dan 1MDB. 

Bakal ada yang kata, eh tu 6 akaun dah dibekukan dan 17 dokumen dah di ambil, betul tu apa yang AWSJ lapor pe. Owh ye ke camtu? Kenapa tak sampai ke kesimpulan camni? Untuk membuktikan AWSJ bikin fitnah yang di rancang pengadu domba, maka siasatan di buat bagi mengetahui betul ke tidak laporan ASWJ tu. 

Sudah tentu semua nak kepuasaan yang melampaui sebarang keraguan munasabah samada betul atau tidak waima semua dah tahu AWSJ dan jentera pengadu domba cuma bikin fitnah.

Apalagi cara dan kaedah terbaik untuk membungkamkan semua arwah pengadu domba dan mengalahkan Fitnah Terancang melainkan membuktikan dengan sebenar-benarnya bahawa ianya adalah fitnah 100%. Lepas tu korang hengat nak percaya lagi ke semua gosip-gosip selepas itu yang di bawa pengadu domba?

Korang nak ke sentiasa mudah diperkotak-katik oleh segolongan arwah pengadu domba yang majoriti mereka hanya kelulusan SRP & hidup ibarat bangkai bernyawa seeperti zombi yang sentiasa nak makan bangkai?

Nampaknya Najib amat bijak bermain strategi menentang dan melawan arus gelombang fitnah-mehnah ke atas beliau dan 1MDB. Beliau amat tahu dan amat mahir apa yang beliau buat. Beliau mempunyai keyakinan diri yang amat tinggi untuk menghadapi segala tohmahan dan fitnah terancang terhadap beliau & 1MDB. 

Najib berhak mempertahankankan maruahnya, dirinya, jawatannya dan negara. Beliau telah memberi jaminan bahawa beliau bukan seorang pemimpin yang berkhianat kepada negara & rakyat. 

Najib juga mendedahkan bahawa dalang utama di sebalik semua fitnah terancang itu adalah arwah Tun M. Beliau memberikan sebab-musababnya yakni beliau enggan menjadi PM proksi kepada arwah Tun M di mana terpaksa akur dan tunduk kepada kemahuan hawa nafsu tak terkawal arwah tun M.

Susulan daripada Kenyataan Rasmi di atas, jentera pengadu domba tak buang masa banyak lah. Dengan cepat dan pantas tanpa penghormati sikit pun kemuliaan bulan Ramadan, mereka viralkan gambar Najib dgn Jho Low, Putera Turki di luar negara. Tiada pengesahan langsung samada gambar tu tulin atau sohih. Sekarnag kan banyak pakar mengedit gambar?

Tak cukup dengan itu, pengadu domba turut memviralkan beberapa keping snapsyot gambar hitam putih yang sengaja di edit dan di reka khas untuk memburukkan Najib. 

Pengadu domba dan dalang utama tak nak tunggu hasil siasatan Pasukan Tugasan Khas dan laporan PAC. Pengadu domba masih percaya bahawa kamu semua IQ rendah dan mudah diperbodohkan oleh propaganda fitnah terancang mereka. Tapi kalau masih tak faham mesej yang pengadu domba bawak dalam ftinah terancang mereka, terpulanglah. 

Kesemua fitnah terancang ke atas Najib cuma ada satu motif sahaja yakni beri tekanan kepada Njaib letak jawatan PM /Presiden UMNO. Kemudian akan digantikan dengan calon proksi pengadu domba yang selepas itu akan serah jawatan-jawatan tu kepada CALUN UTAMA pengadu domba.

Fitnah tetap kekal sebagai fitnah waima cuba diberikan perhiasaan cantik & menarik untuk halwa telinga dan mata. 

Makanya bukanlah kerana Najib is not a good PM atau PM yang poyo tapi pengadu domba yang amat terpoyo dan not a good citizens at all. LET THERE BE NO CHOICE BUT YOURS TRULY?



1 ulasan:

IBU RISKA berkata...

Saya sangat bersyukur atas rahmat yg diberikan kepada saya dibulan ini karna alhamdulillah melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa sukses atas nomor yg diberikan kepada saya dan saya yg dulunya cuma seorang TKW dari singapur yg gajinya tidak pernah mencukupi kebutuhan keluarga saya dikampun dan alhamdulillah berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA kini saya sudah bisa pulang kampun,saya bersama keluarga dikampun sudah punya usaha sendiri dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisah seperti ini,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di nomor 085-316-106-111...karna alhamdulillah saya menan nomor togel dari MBAH dan kalau uang indonesia 750 juta,,ini bukan rekayasa dari saya dari IBU RISKA.untuk lebih lenkapnya silahkan buka SITUS MBAH RAWA GUMPALA












Saya sangat bersyukur atas rahmat yg diberikan kepada saya dibulan ini karna alhamdulillah melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa sukses atas nomor yg diberikan kepada saya dan saya yg dulunya cuma seorang TKW dari singapur yg gajinya tidak pernah mencukupi kebutuhan keluarga saya dikampun dan alhamdulillah berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA kini saya sudah bisa pulang kampun,saya bersama keluarga dikampun sudah punya usaha sendiri dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisah seperti ini,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di nomor 085-316-106-111...karna alhamdulillah saya menan nomor togel dari MBAH dan kalau uang indonesia 750 juta,,ini bukan rekayasa dari saya dari IBU RISKA.untuk lebih lenkapnya silahkan buka SITUS MBAH RAWA GUMPALA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...