Khamis, 2 Julai 2015

RAMAI TAKUT JADI MISKIN BILA RON 95 NAIK SEPOSEN - FESBUKU LEJEN


BISMILLAHI ALLAHU AKBAR 

"Masuk hari kedua dalam bulan Julai di mana rata-rata rakyat yang gunakan RON95 kena bayor lebih seposen. Sejak sebelum 12 tengahmalam sehingga kini seramai lebih kurang 50 juta rakyat Malaysia jatuh miskin tiba-tiba setelah mengisi 1 liter RON95.

Tinjauan di kaunter Jabatan Kebajikan Masyarakat di seluruh negara mendapati kakitangan JKM tak cukup tangan melayani pelanggan yang hadir. Begitu juga di seluruh kaunter Pusat Zakat di seluruh negara dengan Selangor mencatat kehadiran paling tinggi.

Seorang makcik klener yang bertugas di Parlimen memberitahu wartawan kami bahawa semua ahli parlimen bercadang memohon kenaikan gaji & elaun kerana mereka yang paling teruk terjejas.Malah ada yang merungut takut nak balik raya di kawasan memasing nanti. 

Menurut Ketua Kampung di pinggiran Putrajaya yang berasal dari Kerala India ( baru dapat taraf Pemastautin Tetap sejam sebelum interbiu) mengeluh kerana terpaksa membatalkan rancangan membawa masuk 2.4 juta ahli keluarganya ke Malaysia akibat kenaikan RON95. 

Di Shah Alam, sebuah kilang milik seorang PATI terpaksa ditutup (bukan kilang JVC) kerana tak mampu lagi nak beri makan dan minum RON95 kepada kakitangan mereka. Tinjauan sejak semalam, mendapati ramai pengusaha pam minyak yang sebelum ini gulung tikar semasa RON95 pada kadar $1.91 & $1.95 membuat himpunan di depan rumah YB Rafizi menuntut agar YB Rafizi memulihkan semula perniagaan mereka memandangkan RON95 kini pada harga $2.15 seliter. "

Di atas tu saja je merapu sebab ambe dah bosan lah dengan sikap majoriti kita yang terober sangat bila harga runcit petrol naik seposen. Memasing mengeluh macam dunia nak kiamat dan macam tiada esok lagi dah. 

Ambe tak lah mengharap semua jatuh miskin dan tiba-tiba jadi miskin atau tak prihatin dengan permasalahan di kalangan rakyat marhaen. Ambe tak nafikan, memang ada sikit sebanyak kesan akibat kenaikan seposen tapi takde lah sampai ramai jatuh miskin sekelip mata atau makin terbeban. 

Ramai yang mengeluh mengatakan ' rakyat ' semakin terbeban dengan kenaikan seposen RON95 , pasal GST & pasal hutang 1MDB? Erk, jauh beno melangkaui batasan sempadan cakerawala Bima Sakti imaginasi mereka. 

Yang pelik mereka kata ' rakyat ' yang terbeban dan mereka tak sebut pasal 'mereka'. So, ambe simpulkan bahawa mereka taklah terbeban sebab itu mampu jadi jurucakap bagi 30 juta rakyat Malaysia. 

Jadi artikel ini nak mengupaslah segala rungutan & keluhan 'mereka' yang dakwa 'rakyat terbeban' dengan kenaikan seposen RON95. Betul ke dakwaan mereka atau mereka cuma bersukaan melancapkan minda & emosi mereka lalu terejakulasilah dakwan-dakwaan berkenaan. 

Sejak Januari sehingga Mei 2015, RON 95 ditetapkan pada $1,91, $1.70, $1.95 . Hanya pada Jun barulah di jual pada harga $2.05 dan kini $2.15. Selama 5 bulan, RON95 berada di bawah paras $2.00. 

Pada masa itu, 'mereka' pun mendakwa 'rakyat terbeban'. Malah Rafizi pun mendakwa pengusaha stesen petrol pam pun 'gulung tikar'. Kat sini ambe agak konpius. Kenapa masa RON95 pada kadar $2.05 & $2.15 Rafizi senyap pasal pengusaha stesen pam ? 

Pada masa RON95 di bawah paras $2.00, 'mereka' komplen kata 'rakyat terbeban' dan 'pengusaha stesen pan petrol' gulung tikar. 

Bila RON95 pada paras $2.05 & $2.15, 'mereka' dakwa 'rakyat masih terbeban' & 'pengusaha petrol pam gulung tikar'.

Namun kita masih tengok banyak stesen pam minyak masih beroperasi dan ada yang baru di buka. 

Kita tengok ramai orang masih berbelanja di luar sana seperti biasa. 

Kita tengok kedai-kedai masih terus beroperasi seperti biasa. 

Kita tengok mahkamah-mahkamah Malaysia tak ler sibuk dengan kes-kes saman bankrap dan saman sebab tak mampu nak bayar ansuran rumah & kereta. 

Kita tengok 'mereka' yang mengeluh sambil berfesbuk melalui henfon canggih dan bil bulanan mereka masih mampu bayar. Masih lagi memandu kereta-kereta mewah. 

Maka di mana betulnya dakwaan 'mereka'? Tak ke jelas terang kepada dua biji mata kita yang 'mereka' terober mengeluh? Kenapa gamaknya?

Sebab, sejak 2008 lagi, propaganda puok mendiang pakatan rakyat sentiasa menakut-nakutkan rakyat dengan pelbagai jenis persepsi dan bermain dengan sentimen emosi rakyat. Oleh kerana, kegiatan tka sihat tu tak di bendung, akhirnya kita mempunyai rakyat yang sentiasa nak menyalahkan gomen dan cari kesalahan gomen. 

Dah jarang benor kita tengok reaksi positif yang membina sebaliknya kita sentiasa melihat reaksi terober negatif yang bersifat membinasakan keyakinan diri serta konpiden survival, 

Akibatnya, kita melihat majoriti mula membuat kesimpulan bukan lagi berdasarkan kewarasan yang wajar & munasabah tetapi terober emosi sehingga memikirkan perkara-perkara negatif. Sikap ini akhirnya membawa rakyat mundur 60 tahun kebelakang dan bukan maju ke hadapan. 

Bila terlalu terober emosi & memikirkan yang terober negatif, sudah tentulah akan sentiasa mengeluh. Kerap mengeluh mengakibatkan seseorang itu Hilang Keyakinan Diri dan menjadi Orang Kecewa. 

Sebabnya, tiada pembaikan pada diri sendiri kerana terlalu sibuk menyalahkan oranglain dan mencari kesalahan oranglain. Ini amat merugikan diri kita sendiri kerana kita sendiri mengurangkan daya kreativiti dan inovatif kita sendiri dalam menyelesaikan permasalahan penghidupan. 

Kita akan menjadi terlalu jumud untuk memajukan diri sendiri dan terlalu malas untuk mencari jalan keluar. 

Itulah bahayanya. Ambe tak nafikan, sikit sebanyak memang ada kesan & natijahnya. Tapi, tak semuanya dalam bentuk negatif. Kena paham, nak hidup kena pandai cipta peluang dan ambil peluang. 

Untuk itu kena ada kemahiran membaca peluang yang ada. Contoh, bila RON95 sikit mahal, dah tentu orang akan cari produk alternatif untuk menjadikan enjin lebih efisyen dengan penggunaan minyak yang rendah. Masa inilah produk-produk begitu laris di pasaran. 

Seperkara lagi, salah satu natijah positif yang ambe nampak ialah, para peniaga terpaksa beri diskaun lebih banyak kerana orang akan setat jimat-cermat. Salah satu cara nak melariskan jualan mereka, para peniaga terpaksa bersaing lebih sengit, Persaingan peniaga bermakna pengurangan harga. 

Orang akan menjadi lebih jimat cermat dan akan mencari alternatif untuk menambahkan pendapatan melalui kegiatan niaga kolektif. Dah tentu lah, ramai akan mencari jalan untuk menambah pendapatan mereka sekitar RM2 ribu - RM5 ribu sebulan. 

Penjimatan yang mereka buat pula membuka peluang kepada yang rajin menawarkan perkhidmatan yang mudahcara. Contoh, menawarkan Pakej Perkhidmatan baikpulih kereta di rumah pelanggan. Bila pakej dan harga menarik, semakin ramai pelanggan. Semakin ramai pelanggan semakin banyak lah masyuk. 

Di atas tu cerita bagi orang yang berfikiran positif dan yang nampak peluang. Sebab mereka tak mengeluh tapi menggunakan daya kreativiti mereka untuk menjana pendapatan melalui ambil kesempatan di atas peluang yang ada. 

Contoh terakhir ialah, jika betul lah dakwaan 'mereka' bahawa 'rakyat terbeban' cam ambe ni , maka ambe dengan sukahati yang teramat sangat menawarkan kepada sesapa saja agar sudi memberi sumbangan kepada ambe bagi meringankan 'Bebanan' tersebut dengan membuat sumbangan RM10 ke akaun ini MBB 112054070073   kerana untuk menambahkan rezeki anda semua, perbanyakkan buat kebajikan dan derma ikhlas kepada orang macam ambe ni kan. 

Selamat berpuasa ke 15 Ramadan dan selamat beramal serta berinfak. Korang gak kata 'ambe terbeban' so harap dapatlah korang infak RM10 kepada ambe bagi meringankan bebanan ambe. Yea tak ? 

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...