Rabu, 8 Julai 2015

MANTAN PM 22 TAHUN DIDAPATI BERSALAH TAK PULANG WANG PARTI - PERSEKUTUAN GAMBIRA.


Mpele Mnepo -Mantan PM 22 Tahun Persekutuan Gambira Yang Didapati Bersalah. 


BISMILLAHI ALLAH HU AKBAR 

Artikel ini takde kena mengena dengan sesapa lah kat Malaysia. Ini ambe kutip cerita dari luar negara kat benua Aprika. Jemu gak nak tulis pasal negara sendiri punya kecoh politik. Kita tulis plak apa berlaku di negara oranglain sebagai iktibar teladan. 

Tak ramai tahu bahwa wujud sebuah negara bernama Persekutuan Gambira. Negara ini terletak di sebelah tepi Zimbabwe atas sikit dari Nigeria dan bawah sikit dari Gambia. Negara ini tidak pernah di jajah cam Thailand lah. Suku pribumi nya dari etnik yang di panggil Keralamayalampispus. Susah sikit nak sebut sebab bahasa nya pun diakui seluruh pakar linguistik dunia adalah bahasa paling sukar untuk dituturkan. Bila dituturkan gerenti jadi makna lain daripada yang dituturkan oleh penutur.Contoh, bila penutur kata, 'Katepondek mbau ukelele ' ianya bermaksud ' Saya tak tipu anda' tapi pada pendengarnya akan bermakna , " Ko kena tipu hidup-hidup'. Begitulah. 

So agak payah lah nak bercakap dalam bahasa etnik Keralamayampispus. Kena betul-betul mahir. Silap cakap gerenti kena taji secara berjemaah. Ok lah, penduduk Gambira (yang bermaksud Negara Bajet Suci). Negara ini tidak diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atas sebab teknikal sahaja. Kan ambe dah kata, bila orang Gambira bercakap waima dalam bahasa lain, akan jadi lain makna kepada pendengar. Tapi PBB telah memberikan mandat sementara kepada Gambira sejak 1912. 

Antara lain mandat itu berbunyi, " Dengan ini diperakui bahawa etnik Keralamayalam diiktiraf sebagai sebuah etnik dan negara yang berdaulat. Ketua Negara adalah Perdana Menteri dengan barisan kabinet seberapa ramai dan sekerap mana diperlukan oleh Perdana Menteri. Selebihnya terpulanglah kepada kebijaksanaan rakyat Gambira ikut suka hati koranglah nak buat camna, Janji tak kacau USA, China & Eropah"

Baru-baru ini, dilaporkan oleh sebuah media asing yang berpengkalan di Hong Kong menyebutkan bahawa seorang mantan PM Gambira yang telah berkuasa selama 22 tahun didapati bersalah atas kesalahan enggan memulangkan wang amanah parti politiknya kepada PM yang baru. Ini skandal terbesarlah kat negara itu selepas ada lagi satu skandal kewangan pada lewat tahun 80an dan 90an dulu. 

Kira kuat gak lah kan Budaya Politik Wang kat Gambira neyh. Menurut laporan media asing tu, mantan PM Gambira tu ditahan selepas terbongkarnya satu skandal mekanisma kewangan parti politiknya. 

Berdasarkan kepada pendedahan yang di buat oleh sebuah Pasukan Khas Tindakan yang ditubuhkan bagi menyiasat skandal kewangan itu yang berpunca daripada komplen mantan PM berkenaan, didapati selama 22 tahun dulu mantan PM tu songlap duit amanah partinya bersama satu lagi rakan syubahatnya yang turut pernah menggangotai kabinet mantan tersebut. 

Rakan syubahatnya pula kini didapati memperolehi suaka politik di British Colombia Islands bersama keluarga mereka. 

Cerita penuhnya begini, sejak 1912, Gambira ditadbir oleh sebuah parti politik sahaja iaitu Pombolo Stomata Roketo Mnetikusi Keralamayalampispus (bermaksud Parti Tindakan Demokratik Keralamayalampispus). Akronimnya POMOKAK. 

Sejak POMOKAK berkuasa, tiada parti lain yang boleh menang. Menurut salah seorang pemimpin dari sebuah parti lawan POMOKAK, itu dikeranakan POMOKAK mengamalkan politik Wang pada setiap PRU yang berjumlah berbiliyun ringgit. Pemimpin berkenaan adalah bekas ahli majlis tertinggi POMOKAK yang pernah terlibat dalam sistem yang di buat oleh mantan PM berkenaan (so sumber sohih dan boleh dipercayai lah). 

Semasa perbicaraan yang berjalan selama lebih 36 bulan, para saksi memberikan keterangan mengenai mekanisma mantan PM itu mengumpul wang untuk dana PRU negara itu. Seramai lebih 125 orang proksi, nomini dan benefisiari akaun-akaun amanah bagi pihak mantan dan POMOKAK telah dipanggil dan di soal-siasat. Ada yang terus jadi arwah. Maka di panggil Pentadbir Pesaka yang terbabit memberikan keterangan. 

Berdasarkan keterangan-keterangan 125 orang saksi berkenaan, dana pru dikompol oleh mantan berkenaan melalui pelbagai syarikat milik POMOKAK. Proksi, nomini dan benefisiari diberikan Surat Kuasa Wakil untuk mentadbir akaun-akaun berkenaan bagi pihak POMOKAK. Mahkamah tertinggi Gambira mendapati bahawa jumlah baki telah di bawa lari oleh mantan berkenaan dan tidak dikembalikan semula kepada POMOKAK. 

Antara lain, timbul keterangan mengenai pelbagai jenis akaun pesisir pantai yang di buka atas nama anak beranak mantan berkenaan. Sesetengah dilaburkan dalam syarikat-syarikat pembuat arak dan dagangan petrol. Didapati bahawa sejumlah baki dana tersebut tidak dikembalikan semula kepada POMOKAK. 

Apabila PM yang menggantikan mantan berkenaan meminta beliau memulangkan kesemua wang amanah itu, mantan berkenaan enggan dan memberikan syarat-syarat yang tak masuk akal, kata seorang saksi. 

Bagi melindungi kepentingannya, mantan berkenaan telah menuduh PM Gambira terlibat dalam skandal kewangan. Mahkamah Tertinggi Gambira dalam membacakan keputusan, mengutuk mantan berkenaan sebagai tidak patritok, kianat dan berniat jahat terhadap POMOKAK dan kepentingan Gambira. Mahkamah Tertinggi Gambira juga memutuskan bahawa PM Gambira yang telah difitnah terok oleh mantan berkenaan bebas dari sebarang pertuduhan penyelewengan dan tidak terlibat dalam skandal kewangan seperti yang dituduhkan oleh mantan. 

Demikianlah kisah teladan dari sebuah negara di benua Aprika yang ramai tak tau akan kewujudannya sehinggalah kisah mantan berkenaan menjadi viral di media sosial dan di internet. 


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...