Isnin, 30 Disember 2013

MINYAK TURUN MINYAK NAIK, ANTARA MITOS DAN REALITI RAKYAT & PEMERINTAH.

Kalau harga minyak turun, adakah komuniti peniaga kiasu akan menurunkan harga barangan mereka ? Kalau harga minyak naik, adakah komuniti kiasu akan menaikkan harga barangan mereka? Apakah mitos dan realitinya diantara perkaitan dengan turun naik harga minyak dengan turun naik harga barangan? Cer citer ....

Berdasarkan kepada amalan semasa komuniti peniaga kiasu, pernah berlaku di zaman Tun Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim, komuniti peniaga kiasu menaikkan harga barangan setiapkali bonus dan gaji kakitangan awam dinaikkan. Sedangkan harga minyak pada masa itu, tidak berlaku sebarang rasionalisasi subsidi dan kenaikan mendadak dipasaran dunia.

Pakar IMF kata, subsidi minyak merugikan dan menyebabkan pembaziran tenaga. Kerana pengguna akan membazir. Kata merekalah. Tapi IMF ini perkumpulan saudagar dan elitis bilionir yang hanya fikir bagaimana hendak memaksimumkan pendapatan orang kaya sahaja. Mana ada negara yang ikut nasihat IMF berjaya pun. IMF berusaha mengujudkan pelbagai persepsi melalui data dan maklumat separuh lengkap. mereka hidup dengan bebanan hutang negara-negara membangun dan negara-negara maju. Negara-negara miskin sudah lama menjadi hamba abdi kepada mereka. Ini kerana penjanaan kemewahan mereka ialah melalui hutang-hutang negara-negara didunia. Tanpa ada hutang baru maka tiadalah bisnes buat mereka. Itu realiti bukan mitos.

Sumber tenaga utama dunia pada masakini ialah minyak mentah. Oklah, berapa ramai yang tahu ada berapa banyak bekalan minyak mentah dunia berbanding penggunaan minyak diseluruh dunia bagi menjana eletrik dan berbagai lagi? Tak tahu yea, tu pasal IMF boleh tipu korang dengan data dan maklumat separuh betul mereka. 

Apakah tiada sumber tenaga alternatif selain minyak mentah ? Apakah tiada teknologi menjana tenaga eletrik tanpa minyak ? Memang ada dan kesemua teknologi itu sudah dibeli oleh geng-geng IMF dan disembunyikan. Tenaga adalah alat manipulasi IMF menguasai ekonomi sesebuah negara. Apakah benar dengan mengurangkan subsidi minyak maka penggunaan minyak akan kurang dan tidak membazir? Dimana data dan statistiknya? 

Cuba renung sejenak, kemana sebenarnya wang subsidi minyak itu pergi dalam konteks negara Malaysia? Korang tak tau kan? sama juga seperti ambe. sebab itu kita sering tertanya-tanya dan sentiasa bertanya tanpa dapat jawapan yang sebenar. Apakah benar, tenaga dijimatkan bila subsidi dikurangkan? Tidakkah itu bermakna penggunaan tenaga semakin mahal ? Bila tenaga menjadi mahal apakah mampu perusahaan dan rakyat menjana ekonomi dan pendapatan mereka menjadi semakin produktif? Tidak ! Lalu apa sebenarnya berlaku?

Kita akan membuat hutang-hutang baru bagi menampung kenaikan kos. Dan IMF akan mampu hidup diatas hutang-hutang baru itu. Apa akan jadi kepada ekonomi negara bila produktiviti semakin kurang? Untuk membangunkan negara, maka hutang terpaksa dibuat. Sekali lagi, hutang-hutang baru itu menjadi habuan IMF.

Banyak keburukan daripada pengurangan subsidi minyak. Ia akan mengujudkan satu kondisi dimana rakyat tertekan dengan kos sara hidup yang melampau-lampau. Komuniti peniaga kiasu tetap mengambil untung berlebihan dan meletakkan beban kenaikan harga minyak kepada pengguna. Akhirnya mengujudkan keresahan berpanjangan yang mengakibatkan berlaku peralihan tampuk pemerintahan. Bila itu berlaku, IMF akan menguasai sepenuhnya sumber bekalan minyak mentah yang ada pada negara berkenaan. Adakah itu yang kita hendakkan?

Sememangnya, baik rakyat , pemerintah dan pembangkang perlu  berhati-hati dalam soal subsidi minyak ini. Kita tidak mahu akhirnya, isu itu membuka laluan dan peluang kepada IMF menguasai sumber bekalan minyak dan ekonomi kita. Baik rakyat, pemerintah dan pembangkang perlu menjaga kepentingan negara dan bukan bukan kepentingan peribadi dan kantung mereka sahaja.

Malaysia merupakan satu-satunya negara perintis kepada ekonomi Islam sifar riba'. Dan ini amat membimbangkan IMF. Tanpa ekonomi berasaskan riba' IMF tak mampu menguasai sumber-sumber tenaga didunia. Asas ekonomi dunia IMF bergantung sepenuhnya kepada sisa saki-baki riba' yang masih ada. Jika itu terhapus, bilamana sistem perbankan tanpa riba' yang dipelopori oleh Malaysia diikuti dan dilaksanakan satu pertiga dunia, itu sudah mencukupi untuk buat IMF gulung tikar dan bungkus kain.

Natijahnya ialah , berakhirnya penguasaan ekonomi berasaskan riba' yang menindas dan yang zalim.  Kita semua perlu berhati-hati dan perlu bijaksana dalam menguruskan pembaziran penggunaan tenaga seharian. Disamping mengekalkan daya saing kita dalam bidang ekonomi lokal dan global. Kita tak mahu menjadi sebuah negara yang terperangkap dan terjerat dengan permainan licik IMF. Negara kita kaya dnegan sumber bahan asli dan sumber bekalan tenaga. Rasionalisasi subsidi keatas minyak bukanlah satu-satunya jalan keluar dan solusi kepada pengurusan baik sumber-sumber tenaga milik kita. 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...