Replika Keris Yang Dijadikan Isu oleh Bloger dan Fesbuker DAP & PAS
Di Mentakab Pahang. Konon kata ianya mendatangkan kemudaratan kerana hujung yang tajam menghala ke arah perumahan kaum Cina.
Penyelesaiannya ?
Lihat Di Bawah.
Penyelesaiannya ?
Lihat Di Bawah.
Berdasarkan Kepada Kepercayaan Feng Shui Sebarang Unsur yang dipercayai Mendatangkan Kemudaratan Mampu Di Tolak dengan Hanya Memasang CERMIN FENGSHUI ini Menghadap Ke arah objek/unsur Tersebut.
Kerana kekeringan idea dan isu di Pahang, bloger dan fesbuker PAS Pahang kini mempercayai tahyul dan khurafat pula. Pada kali ini, replika keris yang di pasang merata kawasan di bandar Temerloh dan Mentakab dijadikan bahan hasutan oleh kelompok tersebut terhadap komuniti Cina yang tinggal di situ.
Alasan yang diberikan kononnya muncung tajam keris tersebut menghala tepat ke arah rumah kediaman mereka. Sebarang objek tajam dikatakan membawa unsur kemudaratan dan kemalaratan kepada penghuni. Setakat ini hanya 20 orang penduduk etnik Cina sahaja yang membuat rungutan sedemikian.
Atas dasar menghormati kepercayaan orang lain, maka Hamba lakukan kajiselidik apakah benar kepercayaan sedemikian benar-benar wujud dalam komuniti Cina di Malaysia? Di dalam amalan Feng Shui ianya wujud seeprtimana di dakwa oleh penduduk, Tapi berapa ramai etnik Cina yang benar-benar mengamalkan Feng Shui pula?
Jika demikian apakah ada solusi bagi penyelesaian kepada keresahan 20 orang penduduk tersebut? Menurut amalan Feng Shui permasaalahan tersebut ada solusinya. Bilamana sesuatu masaalah ada solusinya maka ianya bukanlah satu isu yang rumit dan tidak patut dipolitikkan.
Cuma dikesali kerana bloger dan fesbuker PAS & DAP Pahang memanipulasikan isu tersebut untuk membangkitkan sentimen perkauman. Ini tidak baik lah walaupun kita tahu memang itulah amalan jelek mereka sejak 1969.
Cuma dikesali kerana bloger dan fesbuker PAS & DAP Pahang memanipulasikan isu tersebut untuk membangkitkan sentimen perkauman. Ini tidak baik lah walaupun kita tahu memang itulah amalan jelek mereka sejak 1969.
Bilamana bloger dan fesbuker PAS dan DAP Pahang memainkan isu tersebut tanpa ada rasa tanggungjawab perpaduan sosial itu Tidak Boleh Di Terima !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan