Khamis, 6 September 2012

BERSEDIAKAH PEJABAT PEGUAM NEGARA LAKUKAN PENDAKWAAN?

 
Bangunan Mesra Alam Lagi Gah Pejabat Peguam Negara dan Sebelah Lambang Bagi Pejabat Peguam Negara .. Alamak .. Macam Ada Benda Tak Kena Lah Pada Lambang Tersebut .. 

Ok, abang Menteri kesayangan Hamba , Hishamuddin Hussein sudah berkata-kata. Menyatakan hasrat beliau hendak mendakwa dan mengenakan tindakan tegas kepada pelaku-pelaku sumbang mahram di ambang merdeka. Sekur dah mohon maaf dan sekur lagi dah tak keruan. Cuma Pakatam Jahanam saja yang hendak pelaku-pelaku aksi ngeri terhadap gambar berhala pemimpin mereka turut di dakwa. Satu soalan mudah, Perdana Menteri kita ni ada berapa ramai?

Pada kali ini, kemarahan rakyat jelata yang mengundi dan yang tak mengundi Barisan Nasional pun sudah memuncak kemarahan mereka kepada pelaku-pelaku aksi sumbang mahram di ambang merdeka tersebut. Cuma yang tak berapa nak teruja ialah Pejabat Peguam Negara yang sehingga kini masih membisu dan bermain selamat. 

Tidak kedengaran sebarang komen berapi dan komitmen tinggi daripada Pejabat Peguam Negara mengenai insiden berkenaan. Kita menanti juga kenyataan sedemikian daripada Pejabat Peguam Negara. Bila agaknya akan keluar Kenyataan Media nya ?

Abang Menteri KDN dah ok. Polis pun dah ok. Pejabat Peguam Negara bagaimana? 

Sudahkah anda bersedia untuk mendakwa atau bersedia untuk bermain di tepi margin selamat ? 

Samada Pejabat peguam Negara melakukan pendakwaan atau tidak, yang bakal kena bahana adalah abang Menteri Hamba dan rakan-rakan Polis Hamba yang selama ini bekerja keras mengekalkan keamanan negara. 

Pendakwaan adalah dalam kuasa Pejabat Peguam Negara a.k.a Ketua Peguam Negara bukan kuasa Menteri KDN atau Ketua Polis Negara. Kalau Pejabat Peguam Negara kata "Tak Nak Dakwa" maka tiadalah pendakwaan berlaku. Menteri tak boleh paksa. 

Jom baca pendapat bloger ini THE FLYING KICK - Boleh Diharap Ke Kenyataan Hishamuddin Hussein Ini ?

2 ulasan:

Unknown berkata...

35Salam bro. Kalau Menteri KDN tak sanggup nak bertindak, ada baiknya jika dia letak jawatan. Rakyat mahukan negara aman seperti di zaman Tun Dr Mahathir menjadi PM.

Jas Salleh berkata...

Kuasa pendakwaan bukan terletak kepada Menteri KDN bro

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...