Seorang Presden PAS, seorang lagi Timbalan Presiden PAS dan seorang lagi penulis pojok di Harakah. Kesamaan ketiga orang ini ? Mereka suka meroyan dan kemudian mengatakan bahawa apa yang mereka kata itulah KEBENARAN. Sebelum itu, kami dimaklumkan oleh sumber dalaman bahawa Hj Hadi mengakui bahawa Mat Syabu lebih cenderung kepada Syiah dan sengaja dibiarkan berleluasa.
Dalam satu penulisan Subky Latif memuji tindakan Mat Syabu menjulang pejuang komunis kerana mencetuskan onani minda oleh bloger Suara Selatan. Beliau turut memuji tindakan muda-mudi pro Pakatam Jahanam yang mengibarkan bendera pengkk membuka kembali lembaran hianat Salahsangka Meliwat. Kononnya mereka melakukan untuk lembaran sejarah yang sengaja di tutup.
Terus terang Hamba katakan, melalui sistem pendidikan di pertengahan 70an sehingga penghujung 80an, Hamba tau sejarah PKMM, KMM, AWAS, API , Hizbul Muslimin, Dr Burhanuddin Al Helmi, Pak Sako, Ibrahim Yaakob dan semua pejuang Melayu berhaluan kiri.
Sudah terang lagi jelas, mereka bukanlah kelompok peneraju kemerdekaan negara sebaliknya pejuang-pejuang awal seperti Datuk Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut dan ramai lagi adalah pejuang-pejuang awal.
Perjuangan PKMM di bawah teraju Ibrahim Yaakob dan Dr Burhanuddin Al Helmi menjadi punca utama penjajahan tentera Jepun selama 3 tahun 4 bulan. Begitu menderita rakyat Malaya. ramai rakyat Malaya di bunuh dengan kejam dek kerana kebodohan PKMM. Kerana itulah selepas merdeka dan sepuluh tahun sebelum merdeka PKMM tidak di terima oleh majoriti rakyat Malaya.
Kerana perjuangan AWAS, API dan KMM jugalah negara ini terlibat dalam dua darurat yang menyaksikan banyak korban nyawa. Untuk apa? Mereka jugalah menjadi gunting dalam lipatan semasa Konfrontasi Indonesia-Malaysia. Akhirnya pejuang seperti Pak Sako menyedari kesilapan beliau. Manakala Dr Burhanuddin Al Helmi berjaya meresapi PAS dan menjadi ahli Parlimen. Hanya Ibrahim Yaakob melarikan diri ke Indonesia dengan harta yang banyak.
Pada waktu ini, Isham Rais pula mengambil alih peranan untuk menyambung semula persengketaan lama di antara puak haluan kiri dengan UMNO. Bukan UMNO yang menolak mereka sebaliknya mereka sendirilah yang menjauhi diri daripada UMNO sehingga terlepas peluang keemasan untuk bersama UMNO mendapatkan kemerdekaan negara. Salah UMNO kah? Tidak. Itu kesilapan perjuang berhaluan kiri kerana mereka terlalu egoistik.
Sejarah perjuangan mereka tak pernah dipadamkan dan sengaja dipadamkan. Itu hanya sangkaan buruk terhadap UMNO untuk menimbulkan kebencian kepada UMNO.
Buat apa untuk UMNO? Bukankah lebih baik buat smeua Melayu Islam dan rakyat Malaysia jika UMNO-PAS bersatu dan kemudiannya memayungi semua ? Lagipun sudah terbukti selama ini kaum lain mampu hidup sejahtera di atas kepintaran kepimpinan Melayu yang di bantu oleh kepimpinan kaum lain?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan