Jumaat, 7 September 2012

DI MANA MARUAH MELAYU-ISLAM MASA PAKATAM BERKUASA?



Dua rajah di atas. Pertama komposisi etnik di Malaysia dan kedua komposisi anutan agama di Malaysia. Di Malaysia hanya tiga buah parti terbesar mewakili agama Islam dan etnik Melayu, iaitu UMNO, PBB dan PAS. 

PKR bukanlah sebuah parti berasaskan kepada tunjang akar Melayu dan berlandaskan kepada Islam. Cuma mana-mana ahli berketurunan Melayu adalah dipercayai masih beragama Islam. Tapi idealisma perjuangan mereka dipengaruhi oleh SOSIALISMA, LIBERALISMA dan PLURALISMA. 

Berikut adalah rajah parti-parti politik di Malaysia yang berdaftar berjumlah 32 buah parti:-


Dalam 32 buah parti politik tolak 3 buah parti politik yang disebutkan tadi bermakna selebihnya sejumlah 29 buah parti mewakili kepentingan etnik Cina dan India dari latarbelakang pelbagai panutan agama dan yang tiada agama. Jadi anda sendiri lakukan pengiraan matematik untuk mencari perkadaran ratio nya.

Adalah satu kesilapan besar bagi memikirkan bahawa jika UMNO tumbang maka kepentingan Melayu Islam tetap terpelihara. Itu suatu pembohongan besar ! Bila UMNO tumbang, etnik Melayu hanya menjadi pemilih sahaja sekali bagi setiap lima tahun. PAS sendiri mengakui mereka tidak mempedulikan untung nasib etnik Melayu. Perjuangan PAS  menolak kepentingan etnik samasekali. Jadi untuk apa orang melayu hendak mengundi PAS bilamana kepentingan etnik dipinggirkan terus?

Di pihak UMNO pula, kepentingan agama Islam, kepentingan etnik Melayu serta kepentingan etnik lain tidak dikesampingkan samasekali. UMNO tetap berjuang di atas landasan asa kenegaraan yang memaktubkan bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan. 

Di persada dunia pula selama ini Malaysia di bawah pimpinan Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO sudah diiktirafkan sebagai Negara Islam contoh dan berdaya maju. Menjadi ahli tetap OIC. Sentiasa menjadi perhatian dan tempat mengadu oleh mana-mana kelompok dan komuniti Islam yang tertindas. Mereka tidak berjumpa PAS sebalik mereka berjumpa dengan pemimpin UMNO untuk bantuan.

Menolak UMNO tidak akan menguntungkan Melayu samasekali. Tetapi perpaduan di antara UMNO-PAS begitu menguntungkan bagi kepentingan politik, ekonomi, sosial dan agama etnik Melayu. Sudah tentulah kita akan membuat pilihan yang lebih menguntungkan kita semua. 

Oleh itu kita mesti berusaha memastikan perpaduan UMNO-PAS tetap berterusan sepanjang masa. Kita wajib mengambil peranan proaktif dalam memastikan perpaduan itu sentiasa ada dalam apajua bentuk. Kita tidak boleh hanya bergantung harap kepada para pemimpin untuk melakukankan. Mereka pun memerlukan sokongan berterusan daripada kita. 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...