Ahad, 18 Mac 2012

DS NAJIB TURUN PADANG PEMIMPIN RGIM PUNAH RANAH SELANGOR KELUAR PADANG.

PROGRAM SEPETANG BERSAMA PM
Anjuran BARISAN NASIONAL SELANGOR.

Hari ini DS Najib mengadakan program di Selangor. Petang ini DS Najib akan ke PUTRA PERDANA bagi bertemu dan meninjau keadaan pengundi di kesemua lima kawasan parlimen. Acara WALKABOUT dan perasmian Sekolah baru akan diadakan.

Petang tadi DS Najib sedang meraikan pesara pegawai kanan kerajaan. Sambutan hangat. Sejak dari pagi tadi DS NAJIB bersama rakyat dari Petaling Jaya sehingga ke petang nanti di PUTRA PEDANA Parlimen SEPANG. 

Ucapan oleh Datuk Zainal Abidin Program Sepetang Bersama PM. Baru sebentar tadi wakil MUBARAK memberikan jaminan dan kerjasama dengan jentera BN bagi membebaskan Selangor dari cengkaman kezaliman regim punah ranah.

Ucapan terimakasih kepada Ds Najib kerana menyelesaikan masaalah SBPA dan penyelarasan gaji kakitangan awam. Satumemorandum telah diserahkan DS Najib.

DS Najib dalam amanatnya kepada para hadirin mengatakan betapa peri pentingnya mencapai perkembangan sebanyak 5% setahun jika mahu negara menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.

DS Najib mensasarkan GDI yang tinggi bagi memastikan pendapatan perkapita menjadi usd15000. Kesemuanya berdasarkan kepada perancangan yang teliti. GTP  dan SRI merupakan pelan pelan tesebut.

Dalam masa yang sama Agenda Bumiputera tetap tidak ditinggalkan. Bukan salah orang dahulu. DS Najib mahu melaksanakan perubahan mentaliti. DS Najib mahu proses adil dan objektif. Hanya mereka yang benar-benar layak dan mempunyai meritokrasi sahaja akan terpilih. Bukan melalui sokongan 'Sain Sahlaku'

DS Najib mengingatkan lagi peri pentingnya mahu membebaskan Selangor dari cengkaman Regim Punah Ranah Selangor. DS Najib turut berseloroh mengenai sebab-sebab kenapa perlunya Selangor dibebaskan segera dari Regim Punah Ranah PKR DAP PAS Selangor.

Apa yang menarik ialah setiapkali DS Najib turun padang di Selangor setiapkali itulah juga pemimpin regim Punah Ranah keluar Padang. Masih terngiang-ngiang di telinga jurujual 7-Eleven berkata ' Tisu dah abis abang ... " Barulah Hamba teringat ini semua gara-gara pemimpin kecik dan besor regim Punah Ranah menangis di dalam tandas.

TEPUK DADA TANYA IMAN!
Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...