Sabtu, 25 Februari 2012

KETAKUTAN ANWAR IBRAHIM DI LABEL SEBAGAI ANTI ISRAEL.

Selepas solat Jumaat petang semalam Pergerakan Pemuda UMNO Selangor berserta  NGO Islam telah menghantar Memorandum Bantahan kepada Anwar Ibrahim di ibupejabat PKR di Tropicana

Menurut beberapa orang bloger pro UMNO Memorandum tersebut teah di bakar hangus oleh AMK
Selepas solat Jumaat petang semalam, ratusan orang pendesak bersama dengan Pergerakan Pemuda UMNO Selangor dan NGO Islam telah menghantar memorandum bantahan ke ibupejabat PKR di Tropicana. Memorandum bantahan tersebut membantah kenyataan Anwar Ibrahim menyokong regim zionis atas dorongan menerima dana kewangan daripada regim tersebut.

Namun Memorandum Bantahan tersebut tidak di sambut oleh PKR. Tidak ada seorang wakil PKR mahupun Anwar Ibrahim sanggup menerima Memorandum Bantahan itu kerana bimbang dilabelkan sebagai anti Israel.

Berdasarkan kepada maklumat beberapa orang bloger UMNO. memorandum tersebut telah di bakar oleh AMK. Perbuatan itu di dorong oleh perasaan takot dengan isu kenyataan Anwar Ibrahim terus dimainkan dan di sebar secara meluas. 

Ada juga maklumat mengatakan bahawa Anwar Ibrahim ada di ibupejabat PKR sewaktu Memorandum Bantahan itu tiba tetapi di seludup keluar. Entah lah. Mungkin kerana Anwar Ibrahim merasa terlalu selesa dengan kalihan isu kapal dagang ZIM yang didaftarkan di Liberia yang mana PKR mengatakan bahawa Liberia ialah nama lain bagi Israel.

Ketakutan PKR dalam isu kenyataan kontroversi tersebut semakin ketara apabila kesemua usaha mereka mengalihkan isu tersebut menemui jalan buntu dan kegagalan. Nampaknya pertemuan berskrip dengan Pok Nik turut gagal membersihkan Anwar Ibrahim.

Usaha PKR mempersalahkan UMNO melalui isu kapal dagang ZIM yang berdaftar di Liberia juga turut berakhir dengan keaiban di pihak PKR.

Seorang rakan bloger menyebutkan bahawa tabiat Anwar Ibrahim yang suka berbohong menyebabkan Anwar Ibrahim terperangkap dengan kenyataannya sendiri. Menurut hukum adat apabila selalu sangat berbohong di sana sini tak ingat dunia dan akhirat maka akhirnya si pembohong seperti Anwar Ibrahim sendiri terlupa mengenai pembohongan yang terdahulu.

Itulah PKR dan Anwar Ibrahim. Kita pun naik hairan kenapa PKR masih kuat menyokong Anwar Ibrahim setelah terang-terangan Anwar Ibrahim membawa PKR menyokong regim Zionis.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...