Sabtu, 25 Februari 2012

BERHIBUR BERSAMA ISLAM - PROGRAM ISLAM ATAU PAS?

Yang ini GAP dedahkan dan melontarkan pertanyaan 
APA PENDAPAT ANDA MENGENAI PARTI INI?


Tahukah anda bahawa pada malam ini di sebuah pantai liburan awam dalam negeri Selangor, bakal berlangsung satu program dinamakan ' BERHIBUR BERSAMA ISLAM'. WOW ! BERHIBUR BERSAMA ISLAM! ... BERHIBUR BERSAMA ISLAM ????? ..... Erk ... Adakah Rasulullah s.a.w. serta para sahabatnya, tabi'en dan tabib tabien serta sekelian auliya' adalah artis hiburan pada zaman mereka? 

Adakah mereka mengembangkan akidah dengan cara dan slogan MARI BERHIBUR DENGAN ISLAM?

Firman Allah SWT:  
ٱتَّخَذُوٓاْ أَحۡبَارَهُمۡ وَرُهۡبَـٰنَهُمۡ أَرۡبَابً۬ا مِّن دُونِ ٱللَّهِ 
 Mereka jadikan Guru dan Pendeta mereka selaku tuhan selain dari Allah  (At-Taubah: 31)
“Tidak layak samasekali bagi manusia yang diberikan darjat oleh Allah menjunjung Kitab, Hikmat dan kenabian, kemudian ,berkata kepada manusia: “Jadilah kamu semua orang orang yang  beribadah (menyeru) kepadaku selain dari Allah”. (Ali Imran: 79) 
“Tidak lain Ibadah mereka disisi Baitullah itu melainkan siulan dan bertepuk tangan. Oleh itu rasakanlah siksa pedih disebabkan kekufuran kamu”. (al-An’aam: 35) 
Kepada siapakah yang bakal di seru di dalam program MARI BERHIBUR BERSAMA ISLAM? Adakah yang di seru itu Allah swt atau yang di seru itu ialah penyanyi yang berada di atas pentas? 

Tidakkah di antara tempat-tempat yang disukai oleh para syaithanirojim laknatullah ialah tempat-tempat di mana diadakan majlis-majlis hiburan ?

Manakala tempat yang dikunjungi oleh para malaikat ialah Majlis-majlis ilmu dan zikir?

Ada ke Rasulullah s,a,w meninggalkan di dalam sunnah baginda satu perbuatan yang dinamakan MARI BERHIBUR BERSAMA ISLAM?

TEPUK DADA TANYA IMANLAH!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah..! Kau Maha Mengetahui keadaan yang sebenarnya... Gagalkanlah usaha mereka yang melacurkan ugama Mu. Musnahkanlah segala tipu daya manusia yang memfitnah sesama Islam.

Amiin.. Ya Rabbal alamin....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...