Jumaat, 24 Februari 2012

DEWA ZEUS DI BUKIT ILMU SEKSYEN 1 SHAH ALAM?

Menara UiTM, Bukit Ilmu, Seksyen 1 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Tidak ramai yang tahu nama bukit di mana terletaknya menara UiTM yang menjadi mercutanda institusi pengajian tinggi bagi bumiputera selama ini. Ya la mana nak tahu kalau tak pernah bersekolah kat situ kan. Nama bukit tersebut ialah Bukit Ilmu dan itulah Seksyen 1 Shah Alam. Seluruh Bukit Ilmu itulah Seksyen 1 Shah Alam. Amacam ? Terkejut tak? Macamana tak terkejut kalau tak sekulah kat situ. Perhatikan nama jalan-jalan yang ada di situ semuanya bermula dengan Jalan 1/1-32. Di Shah Alam setiap batang jalan akan dimulai dengan nombor seksyen. Ok sudah berpuashati dengan penjelasan ini? Tengok peta di bawah:-


Terkini, kelihatan isu VC UiTM Dato' Sahol menjadi punca hangat di antara beberapa grup bloger pro BN sampai ke tahap gaban. Hamba tak kenal lah siapa VC UiTM Dato' Sahol kerana hamba cuma kenal Nik Rashid, Dato' Dr. Hj Mohd Mansor Salleh dan Dato' Ir. Hj Ahmad Zaidee Laidin sahaja. Mereka bertiga ini pada Hamba merupakan manusia-manusia hebat kerana UiTM berada di kemuncak pada zaman mereka. Sebelum itu Hamba hendak isytihar bahawa Hamba tidak ada sebarang masaalah dengan mana-mana bloger yang bernaung dengan mana-mana grup yang bertelingkah.


Isu VC UiTM Dato Sahol pada fikiran hamba amat elok lah tidak diresapi oleh unsur-unsur yang bersifat dendam peribadi kepada Papa Gomo dan kumpulannya. Tak perlu lah menuduh Papa Gomo dengan tuduhan gelaran Tuhan Bloger. Juga tidak perlu lah sampai ke tahap kutuk mengutuk dan menyumpah seranah antara satu sama lain. Tuduhan dan kritikan itu agak melampau.Dengarkata sebelum ini sudah setel jadi elok setel je la. Samalah juga sebelum ini kritikan dan teguran Hamba kepada Pengerusi UMB akibat teguran hamba kepada anak-anak buah UMB yang tidak berpuashati di atas layanan yang mereka terima semasa PAU 2011 lalu. Itu sudah disetelkan. Mengapa dalam hal ini tidak boleh disetelkan?

Berdasarkan fakta adalah benar dua orang anak VC UiTM Dato Sahol menerima biasiswa dalam salah satu program UiTM. Ini telah menimbulkan banyak persoalan. Walaupun BPR (kini SPRM) tidak mengambil tindakan tetapi ada menasihati pentadbiran dan pengurusan UiTM agar memberikan nasihat kepada Dato Sahol. 

Sepak terajang di dalam UiTM ini hamba sudah amat masak sekali. Tidak perlu kita membawa sepak terajang dalaman UiTM ke gelanggang di luar UiTM. Biarkan saja mereka yang bersepak terajang sesama sendiri. Bila penat nanti mereka berhenti dan setel sesama mereka. Pentadbiran UiTM ada cara dan kaedah tersendiri untuk menyelesaikan semua masaalah dalaman mereka. Nak buat macamana kan? Mereka yang diberikan pangkat kemudahan dan berkuasa di UiTM kadangkala terlupa nak tengok dan menghafal nama jalan-jalan di kawasan kampus induk UiTM di Bukit Ilmu. Entah-entah nama Bukit itu pun mereka tak berapa nak ambil kisah.

Kepada semua rakan-rakan bilamana kita membangkitkan sesuatu isu jangan terbawa-bawa di dalam emosi tersendiri. Mengkritik dan mempersoalkan kewibawaan seorang VC UiTM tidak bermakna pengkritik itu tidak sayangkan UiTM dan begitulah sebaliknya. Institusi tidak mewakili individu dan individu bukanlah institusi.

Buanglah jauh-jauh ego dan sikap keras kepala masing-masing.Hamba menyentuh isu ini setakat ini sahajalah dalam ruang litup pergeseran yang berlaku. Jika ada sebarang artikel balas, Hamba buat tak tahu saja ler. Sebab manusia ini hanya boleh dinasihati dan tidak boleh di paksa menuruti nasihat yang diberikan. Masing-masing dah besar dan panjang serta mampu menghamilkan mana-mana wanita. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Melihat pada situasi yang semakin panas sekarang, amatlah dikesali apabila ada yang mengambil kesempatan ini untuk melampiaskan kebencian pada seorang individu yang selama ini dibendung dengan kononnya sependapat dengan rakan seperjuangan. Kutuk mengutuk dan tuduhan yang melampau dengan sendirinya mencerminkan peribadi orang yang menuduh itu - Sekadar memerhati..

Tanpa Nama berkata...

Saudara Jas,

Memang VC ini paling TIDAK DISUKAI OLEH KEBANYAKAN WARGA UiTM.

Bukan kes anaknya sahaja, tetapi sifatnya yang macam samseng dan tidak caring kepada staf menjadikan dia barang yang tidak digemari. Memang semua VC ada yang suka dan ada yang tak suka, tapi yang ni, memang susah nak dengar pendapat orang lain. Kes anak dia ni agak mencemar nama baik Universiti ini. Orang pun dah malas nak ambil tahu dah. Sebab apa pun, timun tetap kena lenyek. Jadi kau jawab lah nanti depan Allah ya Sahol Hamid....

Harap tidak disambung lagi kontraknya.

Terima kasih dan wassalam.

Tanpa Nama berkata...

Kepada Tanpa Nama (5.10am),

Untuk makluman saudara, Dato Sahol adalah kegemaran warga UiTM. Kalu tidak masakan follower Fb beliau lebih 70k.Cuba follow FB dato sahol dulu. Sbgai pelajar UiTM sy agak terasa apabila seorang VC UiTM yg byk brbincang bersama warga UiTM terutama pelajar dlm memutuskan keputusan2 penting yg melibatkn majoriti dikatakan tidak disukai oleh warga UiTM. Majoriti itu tentulah melayu. Tak pernah dlm sejarah Malaysia, seorang VC mndengar dn memberi maklum balas sendiri kepada hampir semua prtanyaan drpd student n staff.Sy katakan ini sebb pernah jadi kpd saya. Sy berharap agar Vc2 universiti lain contohi vc UiTM dlm hubungan dgn warga. Jangan tau buka akaun FB, lps tu minta admin saja yg uruskan.

Sekian,wassalam

p/s:Hanya pendapat peribadi sbg warga muda UiTM :)

Tanpa Nama berkata...

Sangat kecewa dengan sikap seorang blogger veteran yang terbawa bawa emosi hingga ke hari ini dengan memanjang manjangkan cerita. Sebagai seorang yang dah berusia, beliau seharusnya cuba menjernihkan keadaan dan bukannya kutuk mengutuk hanya kerana mendapat sokongan padu rakan rakan satu kem. Sungguh memalukan...sekadar memerhati

anonymous berkata...

Dato sahol tidak bersalah! Forever dato sahol is my best vc!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...