CINTA? Siapa kata cinta tak penting dalam kehidupan manusia? Tanpa Cinta Manusia Tidak boleh hidup. Malah manusia itu diciptakan dengan sifat kecintaan. Semua manusia mencari cinta. Naluri manusia sentiasa mahu dicintai dan menyintai. Merasai cinta tidak sama sepertimana manusia merasai makanan dan minuman.Kerana cinta ada manusia sanggup terjun bangunan dan sengaja berdiri di hadapan keretapi yang laju (contoh dalam filem Hindustan). Jadi dalam segenap bidang kehidupan manusia itu cinta adalah kuasa ajaib yang memberikan tenaga kehidupan kepada manusia. Tidak ada manusia yang akan kekal berterusan hidup di dalam kebencian. Tidak ada manusia yang akan sanggup hidup tanpa cinta. Dalam cinta ada dua unsur penting iaitu rindu dan cemburu. Tentunya kita amat berbangga dan berbesar hati jika mengetahui bahawa di dalam carta hati kekasih terhebat kita, nama kita berada di tangga teratas. Jom layan Carta Hati daripada Najwa Latif.
JADILAH PENCINTA TERHEBAT !
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan