Sabtu, 18 Februari 2012

ANWAR BERKECIL HATI BILA DAP MENYOKONG PALESTIN.

KUALA LUMPUR – Selepas dibidas oleh  ramai ramai termasuk sekutunya, Pas kerana  menyokong negara Israel, Datuk Seri Anwar  Ibrahim hari ini menerima satu lagi tamparan  apabila sekutu rapatnya, DAP juga tidak sealiran  dengan pandangannya.
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua menegaskan  parti itu juga mengutuk sekeras-kerasnya tindakan  Israel terhadap rakyat Palestin serta tetap dengan  pendiriannya tidak menyokong negara itu dan  mengiktirafkan kewujudannya.
Beliau berkata, tindakan Amerika Syarikat  menyokong Israel tanpa menilai sama ada perkara  itu betul atau sebaliknya adalah sesuatu yang  terkutuk.
“Kita menyokong sepenuhnya agar rakyat Palestin  mendirikan sebuah negara yang bebas dari Israel  dan diiktiraf oleh semua negara di seluruh dunia,”  katanya kepada pemberita selepas  menyempurnakan majlis pembukaan rasmi  cawangan pertama restoran Penang One di sini  hari ini.
Baru-baru ini, Anwar dalam The Wall Street  Journal (WSJ) menyatakan sokongannya  terhadap usaha memastikan keselamatan negara  Israel.Tony Pua juga berharap agar dunia mengambil  pendirian untuk menyokong Palestin supaya  membentuk sebuah negara bebas. – mynewshub.my
Habislah Anwar Ibrahim dan PKR pada kali. Kedua sekutu PKR sudah mula menyimpang dari matlamat dan perjuangan regim sosialis Pakatang hancus. Kedua sekutu PKR sudah mula menghentam dan mengkritik Anwar Ibrahim dan PKR secara terbuka. 

Tapi bolehkah kita mempercayai kata-kata para pembohong seperti mereka?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...