Dalam kemelut politik pada hari ini, ulama perlu keluar dari zon selesa mereka. Ulama tidak boleh lagi berada di kalangan sesama mereka. Mereka perlu menjadi proaktif dan progresif dan memainkan peranan yang lebih aktif menyatupadukan umat Islam di negara ini.Pandacngan ini disuarakan oleh Dr Mohd Zuhdi. Ustaz Fathul Bari berpendapat bahawa umat Islam amat perlu di ajar dan didik bagaimana menguruskan perselisihan (khilaf) agar tidak sampai menjadi punca perpecahan. Umat Islam wajib berlapang dada mengenai semua kekhilafan dan tidak perlu mempertajamkan kekhilafan.
Mufti negeri Perak, Datuk Harussani pula mengingatkan umat Islam di negara ini agar mengutamakan agama dari politik. Menyuarakan suara hatinya Datuk Harussani mengingatkan peranan semua umat Islam menjaga akhlak yang baik. Menjauhi cerca, maki hamun, memperlekehkan sesama sendiri, menjauhi sumpah seranah dan sentiasa menjada adab sopan tatatertib.
Ustaz Fathul Bari turut menyeru semua umat Islam agar benar-benar mengetahui hakikat sesuatu perbuatan, pertuturan dan tindakan yang dilapurkan oleh media. Ini bagi mengelakkan berlakunya fitnah secara berleluasa yang boleh membawa kepada perpecahan umat.
Hamba amat bersetuju dengan pandangan ketiga-tiga tokoh agama tersebut. Sudah tiba masanya para ulama di Malaysia bersatu hati dan menumpukan segala usaha mereka menyatupadukan umat Islam di negara sebagai peranan mereka. Golongan tersebut amat perlu keluar dari zon selesa mereka dan memangkinkan semangat perpaduan sesama umat Islam.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan