Selasa, 10 Januari 2012

PASCA RUSUHAN 901- LELAH SUNGGUH DENGAN POLITIK PAPAN CATUR.


Tahukah anda bahawa di fesbuk dan di merata ceruk pelusuk Malaysia rakyat kini sedang ditarbiyahkan kembali mengenai betapa sucinya seorang perogol dan peliwat yang dibebaskan kelmarin?

Sudah beratus juta patah perkataan di tulis bagi menyakinkan semua orang bahawa Anwar itu tidak layak menjadi pemimpin. Bukan setahun bukan dua tahun tetapi sejak 1998 sehingga sekarang berterusan.

Pasca rusuhan 901 menyaksikan bagaimana sekali lagi pihak anti Anwar cuba menyakinkan semua rakyat Malaysia bahawa Anwar adalah seorang peliwat dan perogol. Ada yang membuat ulasan membandingkan dengan kes Tan Sri Rahim Thamby Chik. Ada yang mengulas mengenai kekhilafan YA Hakim. Ada yang mengulas mengenai sejarah latarbelakang keluarga Anwar Ibrahim. Serta pelbagai lagi jenis ulasan-ulasan.

Di pihak anti Anwar, kita mempunyai bekas peguam yang pernah membela kes liwat pertama Anwar. Kita ada orang-orang kanan Anwar yang tidak lagi bersama Anwar. Kita mempunyai rakan baik dan akrab Anwar sendiri. Bukan calang-calang peluru. Malangnya Anwar masih kebal.

Salah satu sebab kenapa Anwar masih di pandang suci dan mulia walaupun familinya tahu, penyokongnya tahu, anak-anak muda tahu, seluruh kepimpinan Pakatan pun tahu, Nik Aziz pun tahu, Hasan Ali pun tahu, Karpal Singh terlebih arif, Hj Hadi pun tahu, Azmin Ali apatahlagi pernah merasa 'Anugerah' Papa hebat Nurul Izzah bahkan ramai lagi tahu Anwar Ibrahim bersalah dalam semua hal; ialah kerana Anwar Ibrahim menunjukkan semangat keberanian melawan semuanya itu. 

Sejak 1998 sehingga sekarang Anwar Ibrahim mempamirkan keberaniannya terhadap seluruh kepimpinan UMNO/BN yang suatu masa dulu pernah menjadi kroni serta rakan baiknya semasa di dalam UMNO. 

Sikap berani keras kepala, kedegilan, melawan dan berhati kering yang dimasukkan ke dalam slogan Lawan Tetap Lawan itulah menjadi tangkal azimat penguat semangat kepada anak-anak muda Malaysia. 

Anak-anak muda Malaysia perlukan seorang hero berkuasa sakti seperti Anwar Ibrahim dan bukannya seorang hero berkuasa strategi papan catur. Inilah hakikat yang sengaja disembunyikan daripada pengetahuan DS Najib dan seluruh kepimpinan UMNO/BN. 

Strategi papan catur dan Politik Baru serta polisi Tranformasi hanya memberikan ruang dan luang kepada Anwar Ibrahim menambahkan lagi kuasa saktinya di mata rakyat.

Anwar Ibrahim hanya gentar dan mampu dikalahkan oleh seorang adiwira yang tahu mempersembahkan keberanian luarbiasa di samping bijak mengatur strategi. Adiwira itu perlu tahu menyerap kesemua kuasa-kuasa sakti yang ada pada Anwar Ibrahim dan perlu kebal daripada serangan-serangan pecacai Anwar Ibrahim.

Kepada kepimpinan UMNO/BN dan seluruh jentera UMNO/BN carilah adiwira tersebut dan biarlah beliau bertempur dengan Anwar Ibrahim. Ingatlah bagaimana Sultan Melaka menjadi masyhur kerana mempertaruhkan Hang Tuah. Ingatlah  bagaimana kisah Trojan yang dikalahkan oleh Archilles. Ingatlah bagaimana kedurjanaan Kaurava dikalahkan oleh Pandava melalui pertaruhan Arjuna. Ingatlah bagaimana kemenangan demi kemenangan tentera Islam kerana mempertaruhkan Khalid Ibnu Walid. Ingatlah bagaimana kesembilan Raja-raja Melayu memperolehi kemerdekaan melalui pertaruhan UMNO.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...