Selasa, 10 Januari 2012

JALAN KE PUTRAJAYA SEMAKIN SUKAR BUAT PAKATAN.



Pembebasan Anwar Ibrahim kerana YA Hakim kurang yakin dengan status pencemaran DNA (Anwar enggan memberikan sampel DNA) telah menaikkan moral penyokong tegar Anwar Ibrahim. Adakah pembebasan Anwar disebabkan ketidakyakinan YA Hakim ke atas status sampel DNA dalam simpanan Polis mampu memudahkan jalan ke Putrajaya bagi Pakatan?

Agak malang kerana pemimpin UMNO tidak mengambil pesanan saidina Abu Bakaq as siddiq yang pernah memberikan nasihat " Pihak yang banyak beralasan pada akhirnya akan keciwa".
  1. Krisis dalaman Pakatan Pembangkang menyukarkan usaha menakluki Putrajaya pada PRU 13 
  2. Walaupun Ketua Pembangkang begitu yakin menakluki Kerajaan Persekutuan, sehingga sanggup 'diludahi', pemimpindan ahli-ahli pembangkang berpendapat sebaliknya. 
  3. Rakyat sudah mual dan jelak dengan cara Anwar Ibrahim menangani kes-kes liwatnya sejak 1998. 
  4. Selain itu, isu dalaman PAS dan DAP semakin meruncing! 
  5. PAS dengan isu Dr Hassan Ali manakala DAP pula, Karpal berbalas bedilan secara terbuka di media dengan P.Ramasamy. 
  6. Di Perak pula, M Kumasegaran dan para pemimpin negeri mengugut untuk letakkan jawatan. 
  7. Di KL, ramai pemimpin PAS akan bertanding atas tiket BEBAS kerana PAS dilihat memanjakan DAP. 
  8. Di Selangor, puluh ribuan ahli PAS berdiri teguh di belakang Dr Hassan Ali bersiap untuk keluar parti. 
  9. Difahamkan PAS hari ini bertahan kerana ahlinya sayangkan Nik Aziz yang kian uzur di samping mengharapkan tertubuhnya negara Islam hakiki yang mengamalkan hudud. 
  10. Ini tulisan dan pandangan akhbar Pembangkang Mingguan Siasah untuk 6-12 Jan 2012.
TEPUK DADA TANYA IMAN!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yang pasti Anwar akan tersungkur ! di pintu Syurga.

Tanpa Nama berkata...

Anwar boleh menang di mahkamah sebab semua orang telah dimainkan oleh Anwar. Sampai Hakim pun kena dimainkan oleh Anwar. Anwar terlalu hebat.

Tetapi Anwar lupa bahawa mahkamah Allah dia tidak akan terlepas. Dia boleh pusing 1001 alasan, tapi dia tidak akan terlepas.

Dia juga lupa bahawa di tidak akan terlepas dari mahkamah rakyat dalam PRU-13 nanti. Mari kita semua AJAR orang yang paling HEBAT ini. Padamkan PKR and PR di PRU-13 nanti.

-art-

Tanpa Nama berkata...

Najib TIDAK sebodoh Anwar.

JAS SALLEH berkata...

ANWAR IBRAHIM DAN FAMILINYA TAHU BELIAU BERSALAH DALAM SEMUA HAL.
PECACAI PKR PUN TAHU ANWAR IBRAHIM MELAKUKAN LIWAT.
BAHKAN SELURUH KEPIMPINAN PAKATAN PUN YAKIN ANWAR MELIWAT.
CUMA ANWAR IBRAHIM MENUNJUKKAN KEBERANIAN MELAWAN SEMUANYA ITU
KERANA PERSEMBAHAN KEBERANIAN ITULAH ANAK-ANAK MUDA TERPAUT HATI KEPADA ANWAR IBRAHIM.
ANAK-ANAK MUDA MAHUKAN SEORANG HERO YANG BERANI DAN BUKAN SEORANG HERO YANG BERMAIN STRATEGI POLITIK DI ATAS PAPAN CATUR.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...