Jumaat, 20 Januari 2012

MANA HAK PERADILAN UNTUK SAIFUL MANGSA LIWAT?


" Perkara perlu bagi kemenangan kejahatan ialah orang-orang baik berdiam diri"
~Ahli Pemikir Kurun ke 18

"Peradilan yang dilewatkan adalah peradilan yang dinafikan" 
~Pepatah Perundangan.

Hari ini adalah hari terakhir memfailkan rayuan bagi kes liwat II. setakat pada masa artikel ini di tulis, hamba tidak mempunyai sebarang maklumat samada Peguam Negara telah, sedang ataupun tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan hakim dalam kes liwat II.  Ini kerana artikel ini ditetapkan untuk terbit pada waktu ianya dikeluarkan lebih lewat dari waktu penulisan artikel ini.

Jika Peguam Negara telah memfailkan Notis Rayuan maka abaikan sajalah artikel ini.

Jika Peguam Negara tidak memfailkan Notis Rayuan maka pada fikran hamba ianya merupakan satu penafian hak dan proses peradilan buat seorang mangsa liwat.

Justeru itu, Majlis Peguam amat patut dipersalahkan kerana menyeru Pejabat Peguam Negara tidak memfailkan Notis Rayuan termasuklah pihak Peguam Negara sendiri (jika Notis Rayuan tidak difailkan).

Jika sudah difailkan maka diucapkan tahniah lah.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...