Jumaat, 20 Januari 2012

DEN DAH KOBAKAN JANGAN PAKSA DEN UNDI KALAU TAK SEPEMES NAJIB.


Sejak kebelakangan ini, kami diberi pendedahan kepada banyak psiko-terapi supaya kami akur dan setuju dengan pilihan negeri calon untuk setiap kawasan. Walaupun kami sudah lama beri feedback bahawa ada bakal calon yang bermasalah, rumahtangga dalam kucar kacir, masalah mental dan psikologi, tetapi negeri masih dengan pendirian bahawa bakal calon itu adalah yang terbaik HANYA kerana mereka dapat menguasainya demi kepentingkan diri mereka sendiri, dan bukan Agama Bangsa dan Negara.

Cuba kami lihat satu per satu bakal calon yang menggunakan title pengarah parlimen, pengerusi parlimen, exco pengerusi parlimen dan lain lain, dalam parlimen yang kami sudah kalah sepenuhnya. Walaupun kumpulan penyelidik sudah memberi taklimat kajian mereka bahawa seluruh parlimen dan dun adalah hitam, mereka masih seronok di kedai mamak memikir bagaimana nak manipulasi majlis perbandaran masing masing setelah 'menang' dalam pilihanraya umum depan. Mereka tengah gembira kira dan kipas, dengan bermimpi bahawa ketua mereka akan bawa mereka semua ke gelanggang kekayaan selepas pilihanraya umum hadapan


Inilah masalahnya, ubah belum, tukar sudah. Semua nak kaya gunakan politik? Sejauh mana mereka akan pergi, selepas PRU depan, kami akan nampak sejauh mana ketua dan kroni dia dapat menikmati kemarahan rakyat setelah ditipu denga janji janji yang tidak akan ditunaikan, kerana mereka lebih sibuk mengumpul harta secara haram, daripada berkhidmat untuk rakyat. Tak payah berbaik di depan kerana kami tahu anda syaitan di belakang dan wajib ditentang demi Agama Bangsa dan Negara.

Suara kami adalah suara majoriti, suara kami akan tentukan hidup mati kemaraan politik anda. Sudah tentu kami akan tentang calon bermasalah, kronik rasuah dan yang penting, masalah mental sampai ugut semua untuk sokong dia jadi pemimpin yang akhirnya akan rosakkan masa depan anak kami. "Tentang confirm tentang". "Lawan tetap lawan". Ubah tetap diubahkan. - Kritis-Online -

Keris amat bersetuju dengan pendapat tersebut dan melihat polemik 'selesa' ini kian merebak sementelahan PRU13 semakin menghampiri. Melihat daripada satu sudut yang lain, mereka yang bergerak sebagi jentera juga seharusnya lebih efektif dan agresif. Usah bersungguh-sungguh pasti memberi kesan yang baik. Ingatlah, kita sudah tiada masa lagi..

Terbaik dari Keris 7 Lok dan Kritis Online.

TEPUK DADA TANYA IMAN!


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...