Isu pemecatan Hasan Ali dari PAS dan dari EXCO Selangor adalah semudah A, B , C. Hasan Ali di pecat bukan kerana beliau pelesit, pro UMNO atau sepertimana tuduhan PAS Pusat untuk melindungi malu mereka. Hasan Ali di pecat kerana:-
- Sebelum ini lantang bersuara menentang gagasan penggunaan kalimah Allah secara terbuka;
- Berani mengambil langkah merampas bir;
- Berani mempertahankan wang zakat dari di salahguna;
- Berani mempertahankan JAIS dan MAIS;
- Berani menegur Ronnie Liu dan mencegah maksiat pada malam sambutan tahun miladiah;
- Berani mempertahankan martabat agama Islam
- Berani mendedahkan amalan menyalahi syariat seperti bai'ah talak tiga
- Berani mempertahankan perpaduan umat Melayu Islam
- Berani mengkritik polisi Negara Kebajikan yang berdasarkan kepada Buku Jingga
- Berani mempertahankan akidah umat Islam dengan membuat siasatan ke atas gereja DUMC
- Berani mempertahankan akidah umat Islam dengan menyokong HIMPUN
- Berani mengkritik Anwar Ibrahim di atas kes liwat II
Pemimpin PAS Pusat sahaja yang tidak berani untuk melakukan perkara di atas di atas satu sebab sahaja yakni takut kehilangan kuasa politik di tangan mereka. Jika mereka hilang kuasa politik mereka akan kehilangan punca pendapatan mereka kerana mereka percaya rezeki itu berada dalam genggaman Anwar Ibrahim dan DAP bukan berada dalam genggaman Allah SWT.
PAS menentang UMNO bukan di atas perjuangan Tauhid atau atas apa jua sebab yang dilemparkan kepada UMNO tetapi semata-mata atas sebab bersaing kuasa politik dengan UMNO. Paling mudah dan jalan pintas untuk menang ialah PAS menjual agama dan memburukkan UMNO.
Perjuangan agama Islam tidak menjanjikan kemewahan, wang ringgit dan pangkat. Sesuatu yang tidak disukai oleh pemimpin PAS Pusat. Perjuangan PAS ialah menjual agama bagi mendapatkan habuan duniawi. Hanya Hasan Ali yang menyedarinya sementara yang lain masih lena di buai mendengar petikan gitar elektrik dendangan Azhar Idrus di pentas hiburan.
Tidak mengundi PAS tidak memudaratkan perjuangan Islam tetapi kini jika mengundi PAS itu amat memudaratkan perjuangan Islam kerana PAS sudah ditarbiyahkan menjadi sekular dan sosialis oleh PKR dan DAP.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan