Selasa, 17 Januari 2012

HAKIKATNYA RAKYAT MALAYSIA MEMBENCI PAKATAN SAMPAI MATI.


Di awal gelombang tsunami 2008, rakyat menaruh harapan besar kepada Pakatan. Akhirnya harapan tersebut berkecai seperti gelas terhempas ke batu granit. Pemerintahan kuku besi dan regim ala komunis 20an USSR amalan semua pentadbiran Pakatan meloyakan tekak setiap rakyat Malaysia. Semakin hari semakin terbongkar dan terdedah hipokrasi terlampau dalam polisi-polisi Pakatan yang hanya menguntungkan kroni dan pemimpin mereka. Malah semenjak Anwar Ibrahim dibebaskan dari sabitan hukuman, para pemimpin Pakatan kelihatan seperti hilang akal. Setiap tindakan Pakatan memakan diri mereka. Setiap usaha untuk menutup kesalahan menjadi paku-paku terakhir keranda maut Pakatan. Setiap ucapan dan kata-kata yang keluar dari mulut pemimpin Pakatan menjadi bacaan talqin kepada Pakatan. 

Pakatan hanya menjanjikan perubahan kepada kaum minoriti dalam kelompok kecil. Sepanjang tempoh pentadbiran regim Pakatan ala komunis 20an USSR dan Tanah Besar China kekayaan dan kemewahan hanya berkisar dalam golongan elitis Pakatan. 

Apabila Pakatan gagal menarik minat sebahagian besar orang Melayu dan mengekalkan sokongan di kalangan orang Tamil, Pakatan mula melakukan ugutan demi ugutan. Malangnya setiap ugutan itu di sambut dingin oleh rakyat Malaysia. 

Pembohongan dan pendustaan Pakatan sudah tidak di terima langsung oleh rakyat Malaysia. Dalam isu amalan seks bebas, rakyat menyatakan bantahan mereka dengan tidak menyambut seruan Pakatan. Dalam isu berkenaan sensitiviti agama seruan Pakatan menjadi semakin hambar dan tawar. Dalam isu rasisma Pakatan sendiri menjadi sasaran. 

Rakyat semakin membenci Pakatan kerana Pakatan hanya bercakap, berdemo dan menghalalkan rasuah. Tidak pernah Pakatan memikul tanggungjawab mereka. 

Hakikatnya Pakatan semakin menghampiri liang lahad yang mereka sendiri gali sejak 2008. Tidak salah jika dikatakan bahawa Pakatan sedang membunuh diri mereka sendiri dan tidak dapat diselamatkan lagi walaupun di peti undi.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...