Khamis, 26 Januari 2012

DUA KALI ANGRY BADTUYA KENA 'PELEMPANG'


UMNO ONline melapurkan penduduk kampung Jalan Kebun bertindak balas dengan membuat lapuran polis terhadap provokasi HINDRAF dan ABU. Ini sebagai tindak balas ke atas lapuran polis angry badtuya yang menyebabkan 6 orang Hero Kampung Jalan Kebun di tahan polis akibat insiden lalu. UMNO ONLINE menulis:-
Wakil penduduk, Haji Abdul Manan Kasmuri berkata, mereka membuat laporan ini akibat tidak berpuas hati dengan tindakan dua kumpulan ini kerana menyalahi undang-undang kerana Hindraf merupakan satu pertubuhan yang haram yang tidak diiktiraf oleh kerajaan atau mana-mana badan berkanun.
“Mengapa mereka nak buat di Jalan Kebun sedangkan di sini tidak ada seorang pun penduduk berbangsa India. Jadi apa maksud dan tujuan mereka datang ke Jalan Kebun. Kami juga tidak faham dengan tindakan pihak Pas dan PKR yang membawa satu pertubuhan haram yang tidak diiktiraf untuk membuat program dan aktiviti di Jalan Kebun.
“Sekarang, tindakan Hindraf ini menyusahkan dan menganggu keamanan Kampong Jalan Kebun. Sejak saya duduk di sana sejak 60 tahun lepas, inilah kali pertama sebuah pertubuhan haram masuk ke kampong ini untuk memporak-perandakan kampung yang sekian lama aman dan damai ini,” ujarnya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah  (IPD) Shah Alam Polis Seksyen 9, Shah Alam di sini, Rabu.
Tambahnya, penduduk kampung bersedia dan tidak ada apa-apa masalah jika pihak Pas atau PKR yang membuat program atau aktiviti di sana, sebaliknya tidak dapat menerima kehadiran HINDRAF, pertubuhan haram yang sengaja membuat huru-hara di Jalan Kebun.
Seorang lagi wakil penduduk, Shaari Basri berkata, laporan polis ini khusus untuk Hindraf kerana penduduk Jalan Kebun tidak dapat menerima kehadiran Hindraf di Jalan Kebun.
“Jalan Kebun 100% orang Melayu. Tidak ada orang India, jadi mengapa mereka buat program yang akhirnya menimbulkan provokasi di Jalan Kebun.
“Mereka (Hindraf) yang memulakan provokasi ini, mengibarkan bendera Hindraf di waktu Maghrib, menganggu keamanan di waktu kita nak berbuat ibadah,” ujarnya yang nyata kecewa dengan sikap Hindraf yang tidak tahu menghormati perasaan orang kampung.
Tambahnya, jangan menyalahkan orang kampong atas apa yang berlaku di Jalan Kebun kerana yang memulakannya adalah pihak Hindraf.
“Penduduk Jalan Kebun tidak kisah kalau PKR atau Pas yang membuat aktiviti di sana, kita tidak akan kacau kerana kalau kita buat program pun, mereka (Pas dan PKR) tidak akan kacau. Sehubungan dengan itu, penduduk kampong mengharamkan kumpulan Hindraf untuk mengadakan apa sahaja program atau aktiviti di Jalan Kebun,” ujarnya lagi. baca seterusnya di UMNO ONLINE
HINDRAF sebelum ini sudah berpecah kepada dua fraksi. Satu fraksi tidak mahu lagi bersama A.B.U. manakala satu fraksi lagi masih mahu bersama A.B.U meneruskan agenda rasis terlampau. 

Perlukah kita kepada pertubuhan-pertubuhan yang membawa agenda rasisma terlampau seperti A.B.U dan HINDRAF di Malaysia ini? Masih relevankah keberadaan mereka yang seringkali merobek dan memperkosa keamanan dan keharmonian antara kaum? Anda pilihlah 1MALAYSIA.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

baru bad nie la hindu paria kalau korang nak tau...

padan muka anjing hindraf...

kalau aku ada confirm aku joint sama lipat pertubuhan haram nie...

pendekar laut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...