Selasa, 31 Januari 2012

KEBATHILAN: PERSEPSI ADALAH FITNAH - ISU NFCORP & DATUK SENYUM

Pakatan pada setiap hari bermain dengan persepsi dalam semua isu-isu yang dibangkitkan oleh mereka. Tujuan mereka ialah untuk membina satu pandangan umum masyarakat mengikut acuan mereka. Persepsi Pakatan berasaskan fitnah. Bagi kefahaman jelas mengenai apakah PERSEPSI sila baca di bawah:- (tak faham gunakan Google Translate)
A very important attribute that plays a great contribution in our relationships with people socially is our perception towards the outer world. Perception is a process of becoming aware of the world around us through our senses. Our senses result in playing a critical role in perception and behavior. The factors affecting the perception of one person towards the other one result into the whole process of synchronization. A lot of this depends on the way we think about him.
As we have discussed, the concept of perception varies from one person to another. Looking at a luxury car, one might think it of as a source of motivation, his dream car or the car that is best among the rest in the world. The other might not be that positive in his perception towards that car. He might be thinking it of as an option he can never think of having in the rest of his life to follow, or he might also think it as a waste of valuable resources thinking that there are cheaper and more apt options available in the market that also possess four wheels. This is how the perception changes and so do the opinions of the people.
Another important example could be of the seasons. The youth and the energetic lot of people think of monsoons as the time when the romance is at its peak and the energies are running high. They feel that there is no such season like the rainy season and wait for it to come all 12 months of the year. They simply cannot let the monsoon season get over. The rains might not have left a similar impression on some other people. For instance, some of them might think the rainy seasons to be messy and full of traffic chokes and irregularities. They might also consider the geometric progression of insects to be caused only because the skies were releasing showers. Hence, for some, it is the best season while for others, they cannot stand a sight of the same. For some, it is a reason to start writing poetry, for others, they just know how to curse it.
Hence, depending upon the perception of the people for other people, this social and political barrier emerges. It is not that everyone likes everyone. The sole reason behind it is that some of them have made pre-conceive notions for the former and are not willing to break the ice. This, though, is not healthy. This is not going to support someone strengthening his/her relationship with anyone.
In professional life also, perception plays a very important role, in deciding the fate of the projects, companies or as an individual as well. It is one’s perception only that asks him to create some of his own views and opinions about something and once formed, it becomes really difficult for it to be changed. Efforts are to be put in effectively to counter the issues arcing due to it.
Dalam isu NFC dan NFCORP, PKR melontarkan terlebih dahulu persepsi mereka berasaskan kepada fitnah-fitnah berikut:-
  1. NFC adalah gagal (putar belit lapuran Ketua Audit Negara)
  2. NFC dikelirukan dengan NFCORP
  3. NFC diberikan kepada Shahrizat kerana Shahrizat adalah Menteri.
  4. Wang Pinjaman dikatakan Geran Percuma
  5. Pembelian kondo dikatakan penyelewengan.
  6. Segala lapuran dan fakta mengenai NFC dan NFCORP dikelirukan
  7. Isu Datuk Senyum dibangkitkan dan fakta mengenainya diputarbelitkan.
Memandangkan fitnah (1) - (6) berjaya dipatahkan oleh bloger jalanan melalui fakta-fakta yang betul, kini isu nombor (7) dibangkitkan. Sekali lagi Pakatan mendahulukan persepsi mereka dalam soal ini melalui fitnah  seperti berikut:-
  1. Bahawa  Datuk Senyum di tangkap oleh polis atas inisiatif polis walhal Datuk Senyum di tangkap apabila NFCORP membuat lapuran polis terhadap Datuk Senyum kerana menipu NFCORP
  2. Pengakuan Datuk Senyum dalam soal siasat oleh Polis semasa dalam reman polis dimainkan oleh Pakatan sebagai perkara benar.
Tak masuk akal lah untuk NFCORP membuat laporan polis sehingga tertangkap Datuk Senyum semata-mata mahu Dartuk Senyum membuat kenyataan kepada polis SAYA DI PAKSA MERASUAH OLEH NFCORP ! Takkanlah NFCORP melakukan perkara bodoh macam itu.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

KECOH NYA MALAYSIA KU: MACAM-MACAM ADA. DARI KHALWAT KE PAKSA RASUAH.

DIRGAHAYU MALAYSIA KU. Umur negara tercinta ialah (sejak dikenali sebagai Malaysia -  16 Sept. 1963 - 2012 ) 49 tahun. Manakala usia BARISAN NASIONAL (1973-2012) 38 tahun. Tapi macam-macam kisah berlaku. Baik mengenai skandal-skandal pemimpin-pemimpin politik sampailah kepada skandal-skandal rakyat bawahan. 

Dalam bulan Januari 2012 setakat pada hari akhir bulan Januari 2012, sudah terlalu banyak isu-isu sensasi. antara lain :-
  1. Kenyataan Anwar menyokong pertahanan Israil
  2. Kempen Hasan Ali
  3. Isu Shamsubaharin berkaitan NFCORP
  4. Pendedahan semula skandal seorang ADUN PAS 
  5. Aziz Bari di tarik balik gelaran profesor
  6. Isu Rayuan Kes Liwat II
  7. Isu Flash Mob SMM di UPSI
  8. Isu Flash Mob di depan bangunan PAS
  9. Isu Khalid G melantik dirinya menjadi EXCO Multi Agama
  10. Isu skim SBPA di kaji semula
  11. Isu ftinah Rosmah berbelanja besar di Australia 
  12. Isu penyelewengan oleh regim sosialis PKR DAP PAS di Selangor
  13. Isu angpow berwarna putih
  14. Isu FGVH
  15. Isu fitnah ke atas BR1M.
Pada fikiran hamba lah, kesemua isu-isu yang berbangkit membuktikan kepada kita semua betapa bahayanya jika rakyat negara ini mengalihkan sokongan mereka dari BN kepada Pakatan PASDAPKR. Sejak rakyat membuat undi protes kepada BN, tidak banyak yang rakyat memperolehi manafaat daripada tindakan mereka itu melainkan ianya menjadi suatu manafaat besar kepada Pakatan PASDAPKR. 

Rakyat mengalami banyak kerugian akibat undi protes. Ternyata pasdapkr tidak mampu menunaikan janji-janji mereka sebaliknya hanya bergantung kepada gerak kerja dan modus operandi menekan emosi rakyat sepanjang masa.Ini tidak elok kepada rakyat.

pasdapkr gagal menunjukkan sikap professionalisma dalam pentadbiran dan bersikap keras kepala yang mengakibatkan rakyat sentiasa terbelenggu dengan pelbagai isu-isu yang memeningkan kepala.

Jelaslah, negara ini tidak mampu mengambil pakatan pasapkr sebagai pemerintah. Jika itu berlaku, niscaya Malaysia ini bakal huru hara akibat sikap kebudakan pakatan pasdapkr.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

PEMIMPINKU ADIWIRA KU: SENTUHAN RAKYAT ADALAH SENTUHAN PM - MAT MASLAN.

Pada hari ini Mat Maslan (abang Jowo hamba nan sorang tu) sedang melaksanakan program membantu rakyat yang memerlukan. Berdasarkan kepada sumber rapat, Mat Maslan menyebutkan bahawa SENTUHAN RAKYAT ADALAH SENTUHAN PM. 

Program tersebut dijalankan di Benut Johor. Beliau sendiri turut membantu melakukan kerja-kerja di dalam program tersebut. Katanya, sentuhan-sentuhan kepafa rakyat melalui tangan-tangan pemimpin sepertinya adalah sentuhan-sentuhan PM.
Kalau Ketua Penerangan sendiri sudah membuktikannya maka kepada pemimpin-pemimpin kena fikir dalam-dalam maksud Mat Maslan tersebut. Kena ingatlah setiap tindak-tanduk pemimpin-pemimpin UMNO dan BN di pandang oleh rakyat sebagai sentuhan PM.

NB: Mat Maslan ini bukan tak kenal siapa hamba .... .... ... jadi jangan fikir boleh mengeruhkan hubungan baik kami berdua.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

CERITA BANG NUAR: ARE YOU OKAY TODAY MR C.I.F.U.T ANWAR?


Bala ... Bala .. Bala ....
Kali ini nak lari ke mana pula Mr Anwar C.I.F.U.T?
Turki ? 
Afgahnistan?
Turkmenistan?
Go Head Gostan?
Biar saja akaq Wan Jijah Bercerita Tentang Bulan.....

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Isnin, 30 Januari 2012

KEBATHILAN : DILEMA & POLEMIK AZHAR IDRUS.


Azhar Idrus dikatakan membawa fenomena baru di Malaysia. Bermula dari laman youtube dan di fesbuk beliau mencipta nama dan memperolehi populariti di luar jangkaan. 

Beliau berasal dari Ladang, Terengganu (kawasan perbandaran Kuala Terengganu). Beliau mendakwa telah belajar agama atas inisiatifnya sendiri dan berguru dengan beberapa orang guru agama di Terengganu. Cerita itu disahkan oleh beberapa tokoh tempatan yang mengenali beliau. Tidak dipastikan samada beliau mempunyai tauliah mengajar agama ataupun tidak. 


Namun MAIK telah melarang Azhar Idrus berceramah di mana-mana bahagian dalam negeri Kelantan.


Beliau dikatakan memberikan ceramah dalam gaya penyampaian yang kurang menyenangkan ramai pihak tetapi amat diminati oleh golongan anak muda.

Tidak dinafikan beliau banyak menggunakan kata-kata kesat, sumpah seranah dan melontarkan pelbagai tuduhan di dalam ceramah-ceramah beliau. Perkara tersebut telah mengundang pelbagai persoalan samada beliau berceramah untuk menyampaikan ilmu atau sekadar mahu melariskan penjualan produk beliau seperti cd ceramah, kaset ceramah dan buku-buku tulisan beliau.


Kontroversi beliau lakukan pada malam sambutan tahun baru miladiah telah mengundang banyak kritikan dan teguran kepada beliau. 


Beliau menganggap diri beliau sebagai seorang pendakwah yang mahu menyampaikan ilmu kepada anak-anak muda. Anihnya pada masa yang sama beliau turut mempromosikan diri beliau dan produk-produk komersil beliau. Adakah beliau menyampaikan ilmu atau mencari nafkah melalui agama?

Ada pihak mahukan agar Azhar Idrus di tegur agar beliau tidak terlalu jauh menyimpang. Ada pihak yang agak keberatan menyentuh isu Azhar Idrus kerana memikirkan sokongan anak-anak muda kepada beliau. Masing-masing mempunyai alasan dan sebab-sebab tersendiri. 

Manakah yang lebih penting kepada semua pihak? Membiarkan Azhar Idrus terus tenggelam di dalam arus populariti sehinga didewakan oleh anak-anak muda atau melakukan usaha untuk menyelamatkan beliau dan seluruh anak muda pengikut beliau dari terjerumus ke dalam perangkap mempertuhankan manusia kerana terpesona dengan kata-katanya?

TEPUK DADA TANYA IMAN!



HATI-HATI ADA FESBUK PALSU.


TQ rakan fesbuk, Encik Asam.


TEPUK DADA TANYA IMAN!

MALAYSIAKU ANIH: DAH MATI PUN NAK BERKHIDMAT?



Tak ingat akhirat puak-puak Parti Adat & Sosial ....

TEPUK DADA TANYA IMAN!

PEMIMPINKU ADIWIRA KU: ' DONT PLAY-PLAY' NAZRI AZIZ.

United Malays Number One !



Pakatan mampu menipu dan berdusta kerana Pakatan tidak pernah berdaftar sebagai sebuah pertubuhan sah. 

Papa Gomo mengingatkan semua mengenainya dan menulis:-
Siapa yang tidak kenal dengan Nazri Aziz ini yang merupakan salah seorang Otai dalam dunia politik tanahair Malaysia. Bukan sahaja kejantannanya ditakuti pembangkang malah dikalangan BN sendiri pun tidak berani nak bercakap panjang dengan beliau. Ada kisah terbaru yang mana beliau Nazri Aziz telah memalukan ramai pemimpin pembangkang dan juga ahli serta penyokong mereka.
Sebelum itu harap layan apa yang Gomo nak nyatakan mengenai POINT utama artikel ini. He he he
Hari ini Gomo nak ingatkan satu pekara mengenai apa yang WAJIB rakyat Malaysia tahu mengenai Pendaftaran nama PAKATAN RAKYAT yang mana merupakan gabungan PAS,PKR,DAP dan juga mungkin parti parti lain yang sealiran dengan anutan PR.
Untuk makluman Rakyat Malaysia didalam politik ini banyak sandiwara dan taktik dalam meraih undi. Gomo tidak menafikan bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak lari dari sandiwara dan taktik untuk meraih undi rakyat. Namun demikian cara yang dilakukan Barisan Nasional adalah JANTAN dan tidak MEMBOHONGI Rakyat Malaysia sebagaimana Pakatan PAS,DAP,PKR.
Pilihanraya yang pertama diadakan pada tahun 1959 dibawah nama Parti Perikatan yang mana terdiri daripada tiga parti iaitu UMNO mewakili kaum Melayu, MCA mewakili kaum Cina dan MIC mewakili kaum India.
Baca seterunsya di PAPA GOMO

TEPUK DADA TANYA IMAN! 


SAYANG MELAYU KU: UNITED MALAYS NUMBER ONE!


Adiwira Kebanggaan Hamba 
Tiada protokol 
Berhati waja 
Tegas
Penuh keyakinan diri
Tahniah !

MB TERENGGANU DARUL IMAN
"PAS diluluskan pendaftaran oleh British bila British mengetahui PAS di pimpin oleh  seorang yang kecewa dalam UMNO .. British melihatnya sebagai suatu peluang menjahanamkan UMNO ."

TEPUK DADA TANYA IMAN!

SELANGORKU TERLINGKUP: SELAMAT JALAN PAKATAN.

Menteri Besar merangkap Ahli Parlimen merangkap ADUN merangkap EXCO Multi-Agama di Selangor meluluskan GERAN SELANGORKU RM300 JUTA. Dan inilah hasilnya.

Ahad, 29 Januari 2012

MALAYSIAKU KECOH: HJ HADI UJI POPULARITI.

HJ Hadi? Adakah beliau masih Presiden Parti Adat & Sukan se-Malaysia? Satu-satunya Presiden sebuah parti politik yang tidak mempunyai sebarang jawatan EXCO dalam mana-mana pentadbiran negeri-negeri di bawah Pakatan. Menurut sumber rapat di Terengganu Hj Hadi sudah mula dipersoalkan oleh ahli-ahli PAS sendiri. Malah ahli-ahli PAS sudah berani memberikan katadua kepada Hj Hadi.

Dimanakah kedudukan Hj Hadi sekarang? Pok Nik lebih popular daripada Hj Hadi

Hj Hadi menaiki tangga kepopulariti melalui Amanat yang beliau lakukan pada 1981.Beliau menjadi Menteri Besar Terengganu di atas kemenangan nasib kerana skandal seks Anwar pada 1999 kelemahan beliau semakin ketara. 

Kebangkitan kumpulan Anwarinas di dalam Parti Adat & Sukan menambahkan lagi merundumnya populariti Hj Hadi. Di tambah lagi dengan beberapa tindakan tidka popular yang di ambil oleh Hj Hadi seperti dalam isu larangan penggunaan pembesar suara dalam tilawah al qur'an sebelum suboh, isu arahan MB Kedah dan pemecatan Hasan Ali.

Pada fikiran hamba, Hj Hadi sendiri dipermainkan oleh Anwar Ibrahim dan kelompok Anwarinas di dalam Parti Adat & Sukan. Hamba amat percaya bahawa Hj Hadi akan di sabotaj oleh PKR dan ahli-ahli Anwarinas di dalam Parti Adat & Sukan.


TEPUK DADA TANYA IMAN!


MALAYSIAKU ANIH: ANWAR IBRAHIM CALON PM ISRAEL.


Anwar Ibrahim dan Israel kini begitu sinonim ibarat merpato dua sejoli. Saling berkasih sayang. Malangnya, cinta di antara keduanya hanyalah meminta pengorbanan di pihak Anwar Ibrahim Adakah ini bermakna Anwar Ibrahim bakal bertanding di Israel untuk jawatan PM ? Lagipun Badrul Amin sudah mengesahkan bahawa Anwar Ibrahim adalah Imam Mahdi yang di tunggu-tunggu oleh politikus negara-negara 'Arab.



Baca seterusnya analisa terbaik Dr MiM mengenai isu di atas DR NOVANDRI

TEPUK DADA TANYA IMAN!

ISLAMKU KUAT: IBLIS LAKNATULLAH SEMAKIN GENTAR DENGAN HIMPUN.







Parti Adat & Sukan serta Dajal Al Masikh Party menerima tamparan hebat daripada HIMPUN sebuah gerakan anti murtad.
HIMPUN memberikan kesedaran kepada umat Melayu Islam mengenai bahaya ancaman ke atas akidah umat Melayu Islam akibat percaturan politik Pakatan.
Umat Melayu Islam kini sedar bahawa mengundi Pakatan bermakna menjual akidah dengan harga sekupang tiga duit.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

KEDAH KU LINGKUP: PARTI ADAT & SUKAN.SUKA MENJUAL BELI AGAMA.


Sekilo tiga kupang empat duit harga tetap Parti Adat & Sukan dalam semua isu.

Selama ini Parti Adat & Sukan membebankan pemikiran mereka dengan tuduhan secara fitnah kepada UMNO menjual tanah Melayu kepada Cina. Kini? 

Sekilo tiga kupang empat duit Cina membeli tanah Melayu daripada Parti Adat & Sukan.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Sabtu, 28 Januari 2012

MALAYSIA KU BERDURI: PAS BERMADU TIGA.

Ya. Siapa kata sebuah parti politik tidak boleh dimadukan? Parti Adat & Sosial berjaya melakukannya. 

Madu pertama Parti Adat & Sosial ialah pemecatan Hasan Ali. 

Madu kedua Parti Adat & Sosial ialah pematuhan kepada Buku Jinggay.

Madu ketiga Parti Adat & Sosial ialah tujuh orang bekas Pegawai Khas Hj Hadi semasa Hj Hadi menjadi Menteri Besar sepenggal Terengganu telah masuk UMNO.


Permaduan Parti Adat & Sukan berwali hakimkan imam PKR berkalipahkah DAP rasis direstui oleh nabi Parti Adat & Sukan. Bermaharkan Buku Jinggay. Bertaklikkan bai'ah talak tiga.


Itulah perjuangan politik Parti Adat dan Sukan.


TEPUK DADA TANYA IMAN!

SELANGOR KU TERSINGGUNG: RONNIE LIU DAP TIDAK SENSITIF.

 



KLIK SINI KALAU NAK TAHU APA DAP RONNIE LIU SUDAH LAKUKAN BADUTRAKYAT 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Jumaat, 27 Januari 2012

MALAYSIAKU BERBANGGA: CINA INI LEBIH WARAS DARIPADA DAP.


KLIK DI SINI DR DAPHNE LOKE 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

MALAYSIAKU BERDUKA: FITNAH PAKATAN YANG MEMUALKAN.


Fitnah-fitnah seperti di atas boleh dikatakan setiap hari disebarkan oleh Pakatan di fesbuk. Sungguh memualkan cara politik Pakatan. Pakai kopiah, pakai baju Melayu, guna rostrum , takbir, kemudian menyebarkan fitnah. Fitnah-fitnah sebeginilah yang mampu mencetuskan huru-hara di dalam negara. Sedarkah penyebar fitnah pakatan bahawa fitnah sebegini akan menjejaskan perjalanan pilihanraya di Malaysia. 

Bila kita renungkan kembali siapakah penceramah tersebut kita pun tidak dapat mengesahkan bahawa beliau adalah bekas OCPD sepertimana yang di dakwa. Sebagai manusia biasa, penyebar fitnah itu boleh bercakap apasaja yang beliau suka kerana setiap patah perkataan beliau tidak di cabar oleh sesiapa pun.

Cuba kita fikirkan kenapa pakatan hendak menafikan hak pilihan rakyat yang memilih BN ? Memang patut Pakatan ini tidak diberikan walaupun satu undi kerana sifat Pakatan yang sungguh menjijikan dan mencelakan serta amat memualkan.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

MALAYSIKU PRIHATIN :BERKUATKUASA SERTA MERTA NELAYAN TIDAK DI TANGKAP DI KAWASAN PERAIRAN PERTIKAIAN.

TAHNIAH KERAJAAN BN ! Nasib nelayan tempatan yang seringkali menangkap ikan di kawasan perairan pertikaian di antara Malaysia dengan Indonesia tidak akan di tangkap lagi. Sebaliknya nelayan kedua-dua buah negara akan diarahkan berpatah balik. Berikut pertikan daripada lapuran di Utusan Malaysia:-
NUSA DUA, Bali 27 Jan. - Berkuatkuasa serta merta, pihak berkuasa Malaysia dan Indonesia tidak akan lagi menangkap nelayan dari kedua-dua negara yang didapati menjalankan aktiviti di kawasan maritim belum dimuktamadkan persempadanannya, sebaliknya mereka akan diminta meninggalkan kawasan berkenaan.
Pada masa yang sama, agensi berkaitan di kedua-dua belah pihak akan terus memberi penerangan kepada nelayan di negara masing-masing supaya mengelak memasuki kawasan-kawasan terbabit bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku.
Kesepakatan ini terkandung dalam Memorandum Persefahaman (MoU) Garispanduan Bersama Tentang Pelayanan Terhadap Nelayan oleh Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia dan Indonesia, yang ditandatangani di sini hari ini.
Garispanduan bersama itu, yang dimuktamadkan dalam masa dua bulan setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mencapai persetujuan di dua pertemuan iaitu pada Oktober di Lombok dan semasa sidang kemuncak ASEAN di Bali pada November tahun lepas.
Persefahaman ini dibuat berdasarkan hasrat pimpinan tertinggi kedua-dua negara untuk menjaga kesejahteraan rakyat, khususnya nelayan yang mencari nafkah secara turun temurun di kawasan perairan kedua-dua negara. - BERNAMA

TEPUK DADA TANYA IMAN! 

MALAYSIAKU HIBA: PAKATAN MEMPERBODOHKAN RAKYAT.



Ini satu lagi fitnah yang amat memualkan yang sering bertebaran di fesbuk. Amat dengki dan cemburunya Pakatan melihat rakyat menerima bantuan wang tunai. Pakatan cuba menjustifikasikan bantuan tersebut tidak bermakna dan rakyat diperbodohkan. Rasionalisasi seperti ini hanya bersifat fitnah semata-mata. Apa salahnya rakyat menerima bantuan wang tunai daripada kerajaan BN? Bodohkah rakyat atau Pakatan yang amat bodoh? Jelaslah kepada kita bahawa kebodohan pakatan ini menggugurkan kelayakan mereka memerintah Malaysia. Ini baru beberapa buah negeri mereka dapat tawan. Bayangkan kalau pakatan memerintah Malaysia. Setiap hari lah kita akan diperbodohkan dengan fitnah-fitnah bodoh dan justifikasi tak masuk akal daripada mereka untuk mengekalkan kekuasaan politik mereka. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

SAYANG MELAYUKU : JANGAN JADIKAN KAMPUNG JALAN KEBUN MEDAN TEMPUR SESAMA KITA.


Rakan Bloger THE FLYING KICK memaklumkan maklumat yang di terima oleh beliau bahawa pada malam ini penduduk Melayu Kampung Jalan Kebun sudah bersiap siaga menanti kehadiran penceramah PKR dan Parti Adat & Sukan berserta Anwar Ibrahim. Parti Adat & Sukan dikatakan sudah dibekalkan dengan para 'Jihadis Totoks' untuk pertempuran dengan orang Kampung Jalan Kebun. Hish, kenapalah jadi begini ? Dajal Al Masikh Parti pula sedang giat mengapi-apikan agar berlaku pergaduhan. Beginilah, hamba pun tak pasti samada ini adalah benar atau sebaliknya. Sila ke pautan THE FLYING KICK . Diharapkan keadaan terkawal. Kita masih ada Polis untuk menjaga ketenteraman awam.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

PENANG MENJERIT: REGIM TAK BERTUHAN MAHU AKIDAH ISLAM DIHAPUSKAN.


Surat Yang Membikin Gundah Hati Malik Kasim dan Regim DAP Tak Bertuhan Pulau Pinang.
Rakan bloger Pisau menulis :-


Malik Kasim atau nama manjanya Malik Itik telah membuat satu laporan polis kerana dikatakan ada pihak membuat surat palsu menjemput khariah masjid untuk menyertai HIMPUN anjuran NGO pada 28 Januari di Kompleks Budi Penyayang Kepala Batas nanti.

Malik tidak pernah memberi arahan atau pun menjemput sesiapa memandangkan Lim Guan Eng tidak pernah memberi kebenaran kepada beliau untuk menyertai majlis rasis sebegitu.Harap anda semua kena FAHAM lah!


Dalam masa yang sama pihak majlis perbandaran telah diarahkan menurunkan semua banner HIMPUN di seluruh negeri memandangkan program tersebut tidak mendapat restu regim DAP.

Pihak regim DAP dan Exco Agama Islam berpendapat program HIMPUN tidak memberi faedah dan merosakan akidah fahaman DAP ,jika dibiarkan NGO ini berhimpun segala usaha regim DAP berdakwah kepada rakyat Pulau Pinang menjadi sia sia.

Read more: http://www.pisau.net/2012/01/akidah-dap-terancamhimpun-penang-harus.html#ixzz1kdsYqier

Komen Hamba: Dajal Al Masikh Parti dan PKR hanya mahu akidah BUKU JINGGAY sahaja menjadi panutan dan anutan di Malaysia.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

SELANGORKU MENANGIS: PKR TIPU MELAYU.


Wajah Raja Ular Senduk spesis kepala tiga di atas tidak perlu diperkenalkan kepada anda. Penjaga Zoo Negara pun sudah mampu mengenalinya hanya dengan melihat pada gaya rambutnya yang kusut. Bau hanyirnya menyesakkan setiap batang hidung rakyat Selangor yang terpaksa menghidu bauan sampah-sampah pepejal di samping sampah-sampah masyarakat Pakatan. Berikut rakan bloger GAP menulis mengenai penipuan Raja Ular Senduk kepala Tiga tersebut:-

kalid gagap keluarkan kenyataan. pkr akan tetap lindungi hak melayu. kenyataan ini dilakukan pada 27 november 2011.lindungi hak melayu kata kalid ?semalam aku terlihat iklan di shah alam. pkns kabarnya akan buat apartment bernama kristal view di seksyen 7 shah alam .luas apartment 1100 sq ft dan nilai minima RM330 ribu.itu baru apartment. rumah baru di seksyen 7 pulak nilaiannya hampir satu juta.nak lindung hak melayu atau nak pelingkup hak melayu.mana pergi janji pakatan nak buat rumah mampu milik ? Baca seterusnya di GAP
PKR mengeksploitasikan Melayu. Merompak di siang hari. 

Parti Adat & Sosial pula merompak akidah Melayu. 

Dajal Al Masikh Parti pula menjual Melayu. 

Kerana itulah Selangorku Menangis airmata darah.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

SELANGORKU BERSEDIH: D.O. PETALING DIMUSUHI PAKATAN.

Anda semua sedang menatap wajah seorang Melayu Agamanya Islam. Orangnya ramah. Mudah mesra dengan kakitangan dan orang awam. Amat disenangi oleh rakyat bawahan. Senyuman sentiasa terukir di wajahnya. Sapaan lembutnya pada setiap pagi sentiasa di tunggu-tunggu oleh semua orang di bangunan Pejabat Tanah dan Galian Daerah Petaling. Kehadiran beliau menceriakan hari dan 'mood'. Beliau tegas dalam membuat keputusan. Ketegasannya itu di dalam kesopanannya sebagai seorang Ketua Jabatan dan seorang Melayu beradat. Malang, orang sepertinya tidak mendapat tempat di hati para penzalim rakus Pakatan yang mentadbir negeri Selangor seperti seekor ular anaconda yang sentiasa kelaparan.

Rakan bloger SEL 13 menulis mengenai nasib yang menimpa Ketua Jabatan (gambar di atas) yang menjawat PEGAWAI DAERAH Petaling seperti berikut:-
Menghampiri empat tahun PKR dan DAP memerintah Selangor , entah berapa banyak musuh yang mereka cipta pun sudah tak terkira lagi.
Daripada rakyat biasa kepada ahli parti mereka sendiri hinggalah kepada pegawai-pegawai kerajaan, semuanya mereka bermusuh.
Dulu Datuk Khusrin menjadi mangsa permainan politik mereka. Maklumat yang kami terima beberapa minggu lepas pula mengatakan Pegawai Daerah Petaling,Dato’ Zulkepli Bin Ahmad pula yang menjadi mangsa permainan politik PKR dan DAP.
Punca pergaduhan antara Khalid Ibrahim dengan Datuk Zul adalah kerana isu tanah sekolah.
Khalid Ibrahim mengarahkan Datuk Zul agar tanah-tanah yang telah digazetkan sebagai sekolah kebangsaan tetapi belum lagi dibina sekolahnya agar diberi kepada sekolah jenis kebangsaan cina.
Keengganan Datuk Zul menuruti perintah Khalid Ibrahim telah menyebabkan Khalid menghantar surat kepada Ketua Setiausaha Negara meminta agar Datuk Zul ditukarkan.
Khalid sekali lagi menunjukkan kebodohannya dalam pentadbiran sebagaimana kes perlantikan Datuk Khusrin dulu. Beliau bukan tidak boleh , malah tidak layak untuk meminta supaya pegawai daerah ditukarkan. Kuasa tersebut terletak di tangan Setiausaha Kerajaan Negeri dan juga Ketua Setiausaha Negara. Orang yang layak menghantar surat kepada KSN adalah Datuk Khusrin  sebagai  SUK Selangor. (baca selanjutnya di pautan SEL 13) 
Tidak lama lagi akan kedengaranlah suara-suara sumpah seranah daripada Pakatan membelasah D.O. tersebut. Jika sampai ke telinga anda nanti Hamba nasihatkan anda menyindir pembawa fitnah itu dengan berkata ' Selangorku Ajaib, walau tiada hujan tapi masih banjir ... mungkin kerana Allah swt hendak membersihkan kekotoran zahir dan batin yang Pakatan curahkan di Selangor ini'. Anda mampu melakukannya.

TEPUK DADA TANYA IMAN! 

MALAYSIAKU INDAH: UMNO ITU SUATU KEINDAHAN AMAT BERNILAI.


MALAYSIA sebuah negara indah. Penuh keindahan. UMNO adalah sebahagian keindahan itu dan adalah suatu keindahan. Hamba tidak malu mengatakannya dan menyatakannya begitu. Adakah keyakinan dan keberanian hamba ini turut dikongsi bersama oleh pemimpin , ahli dan penyokong UMNO yang sedia ada sekarang?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

MALAYSIAKU PELIK: MILIK SIAPAKAH PARASIT INI?







Berkenaan dengan Budaya Parasit amalan kebanyakan kelompok opurtunis dari kalangan rakyat Malaysia yang menjadikan diri mereka sebagai parasit di dalam parti-parti politik di Malaysia, Prapukari menyentuh mengenai Budaya Parasit yang merosakkan imej UMNO di mata rakyat seperti berikut:-

UMNO seringkali membuka ruang yang sangat besar kepada mana-mana orang untuk menyertainya, kemudian memberikan bantuan atas dasar perjuangan membentuk Melayu yang lebih bermaruah berbanding Melayu pada zaman penjajahan yang menjadi balaci dan abdi orang lain, termasuklah kepada golongan imigran.
Namun pada masa yang sama, UMNO juga membuka ruang kepada golongan PARASIT yang tidak peduli dengan perjuangan UMNO tetapi melihat UMNO sebagai ruang untuk mereka menghisap darah setiap manusia di negara ini. Menariknya, mereka berjaya menutup perangai busuk haramjadah itu kerana mereka kononnya menyokong UMNO. Dan yang terlebih-lebih menariknya, mereka ini pula membela orang-orang yang lapar kuasa dalam UMNO agar kehadiran mereka dilindungi dan kepentingan mereka dijaga.
Salah seorang daripada PARASIT yang paling jahanam di dalam UMNO adalah Razak Mohd Nor. Aku dah buat tiga pendedahan tentang Razak Mohd Nor dalam tiga posting sebelum ini:
(a) PENDEDAHAN BERCILI! SIAPAKAH RAZAK MOHD NOR DAN NUMIX ENGINEERING NI SEBENARNYA!
(b) PENDEDAHAN BERAPI! RAZAK MOHD NOR DAN NUMIX ENGINEERING YANG ZALIM!
(c) PERBICARAAN DUA PENGARAH NUMIX ENGINEERING DITETAPKAN PADA 11 APRIL!
PARASIT ini menggunakan UMNO untuk memperolehi pelbagai projek mega tetapi kemudian melakukan penipuan yang MAHA DAHSYAT. Penipuan itu tidak menjejaskannya kerana terdapat ramai pemimpin UMNO yang turut bersekongkol dengan PARASIT ini kerana PARASIT ini menaja mereka, terutama yang bercita-cita nak jadi Ketua Bahagian mahupun sebagai calon wakil rakyat. 
PARASIT seperti Razak Mohd Noor sentiasa selamat berada di dalam UMNO kerana mereka bukan sahaja dilindungi, malahan kawan baik pun boleh dibelinya dengan wang ringgit yang dikaut daripada penipuan yang dilakukannya. Kawan-kawan baik ini pula akan mencari mana-mana individu yang akan mendedahkan tentang modus operandi dan penipuan yang dilakukan oleh Razak Mohd Noor untuk ditutup mulut, sama ada dengan cara perundangan, mahupun dengan cara yang mampu mereka fikirkan. Baca selanjutnya di sini PRAPUKARI
Komen Hamba: Budaya Parasit wajib di cantas dan dibersihkan dari semua parti politik Malaysia. Kewujudan parasit-parasit di dalam parti-parti politik di Malaysia amat merosakkan kepentingan dan kebajikan rakyat. Para parasit tidak mempedulikan untung nasib rakyat. Mereka hanya mengutamakan kepentingan diri mereka sendiri. Malah dalam sesetengah isu di Malaysia mereka menjadi pengapinya. Amatlah wajar bagi UMNO berusaha sedaya upaya membersihkan semua parasit yang ada untuk memulihkan imej dan namabaik UMNO di mata rakyat.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

MALAYSIAKU ANIH: PAKATAN ADALAH HASIL EVOLUSI KETAM?


terbaik daripada MIKI di Utusan Malaysia.
Begitulah gambaran mengenai Pakatan di mana Pakatan menyibukkan diri mereka dengan mencari-cari kesalahan orang lain sedangkan mereka sendiri pun lebih banyak keburukan dan melakukan pelbagai kesalahan.

TQ MYMASSA.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

MALAYSIAKU ANIH: AZIZ BARI ARAHKAN MB KEDAH DI PECAT.

AZIZ BARI sudah menjadi penagamal dan penganut Buku Jinggay yang paling taat. Ketaatannya melebihi daripada pengarang Buku Jinggay sendiri. Beliau telah melantik dirinya sendiri menjadi hakim kepada perlaksanaan Buku Jinggay. Di dalam isu pelajar KUIN dikenakan tindakan di bawah AUKU, Aziz Bari telah mendesak agar MB Kedah Azizan di pecat dan dikenakan tindakan oleh Parti Adat & Sosial kerana melanggar kedaulatan dan keluhuran Buku Jinggay yang anti AUKU. Persoalannya ialah :-
  1. Adakah tindakan yang dikenakan ke atas pelajar KUIN itu datang daripada arahan terus MB Kedah si Azizan? 
  2. Seterusnya adakah Pakatan mengamalkan dasar dan polisi menjatuhkan hukuman tanpa perbicaraan adil? 
  3. Tidakkah tindakan Aziz Bari itu mengesahkan bahawa Buku Jinggay merupakan sebuah Buku Hukum Tanpa Pengadilan dan setaraf dengan ISA?
  4. Adakah Buku Jinggay bertaraf lebih tinggi dari Perlembagaan Malaysia?
  5. Adakah Buku Jinggay ini bertaraf lebih tinggi dari Al Qur'an dan Hadis?
Inilah bahayanya Buku Jinggay kepada semua rakyat Malaysia. Perlaksanaan dan penguatkuasaan Buku Jinggay adalah obstrusif dan opresif..

Kesimpulannya, ialah:-
  1. Pakatan tidak mengamalkan ketelusan dan kebebasan yang mereka sendiri laungkan. 
  2. Parti Adat & Sosial mengiktiraf Buku Jinggay lebih mulia dan lebih tinggi dari Al Qur'an dan Hadis
  3. Parti Adat & Sosial secara rasminya sudah meninggalkan Al Qur'an dan Hadis dan mengambil Buku Jinggay sebagai pegangan rasminya.
Tontoni klip video di bawah ini di mana Aziz Bari membuat desakan kepada MB Kedah.


TEPUK DADA TANYA IMAN!

SAYANG MELAYU KU : TENGOK JADUAL INI.


UMNO di Semenanjung dan di Sabah. 
PBBS hanya di Sarawak. 
Jaid fikirkanlah.
Kerusi Parlimen ada 222 buah sahaja. 
Dalam 222 buah kerusi itu berapa sangat sahaja yang mewakili kepentingan politik orang Melayu dan pihak yang sanggup bekerjasama dengan jujur bersama Melayu?


Kalau ikut logik akal .. kalau Melayu sendiri hendak jahanamkan UMNO ... ada tak Parti Politik lain sebagai ganti? MANA ADA !


TEPUK DADA TANYA IMAN!

SELANGOR KU AJAIB: DAP TUAN TANAH KEDAUNG YAYASAN SELANGOR.

Appa Berapa Komisyen Dapat?


Manyak Laaa ... Nanti Appa Belanja Lu Satu Olang Bini Lagi ....


Haiyaa .. Appa ... Talun Balu punya Angpow .. Wa manyak cinta sama Appa ini macam

Lu Anak manyak bagus ... sana sini kita sutak kaya jual olang Melayu.


Yayasan Selangor akan dijual kepada sebuah syarikat luar negara. Khabarnya bakal dijadikan sebagai pejabat baru DAP. Kerajaan negeri PKR-DAP yang kini menerajui PKNS telah mengenal pasti 16 hartanah bernilai RM10 bilion untuk pelaburan Amanah Raya Reit (ARREIT) secara berperingkat. 

Bangunan Yayasan Selangor yang terletak di Bukit Bintang akan menjadi mangsa kerakusan pentadbiran DAP-PKR di Selangor.

Peringkat pertama 3 harta bernilai RM270 juta dilaburkan dalam ARREIT. Beberapa pendedahan telah dibuat tentang penyelewengan kuasa dan amanah yang dilakukan termasuklah dalam Laporan Audit Dalaman 2010 mengenasi Yayasan Selangor. 


Kit Siang dan Guan Eng sudah berkira-kira berapa untung yang sudah mereka jana di Pulau Pinang dan Selangor. Di Pulau Pinang, Guan Eng sumbat RM100 untuk tutup mulut. Di Selangor, Kit Siang arah Exco Exco DAP sogok RM100 di pasaraya untuk kelabukan mata rakyat. Padahal penyelewengan yang lebih besar disembunyikan.

Rakyat Selangor perlu "mengaudit" kembali harta-harta negeri Selangor. PKR-DAP menjual untuk dapat untung dalam masa yang singkat. Apakah keuntungan ini akan digunakan untuk tujuan pilihan raya? Tambahan Geran Selangorku sejumlah RM300 juta itu untuk apa motifnya?



TQ Azrinizam & AAKJ.

Khamis, 26 Januari 2012

SAYANG MELAYU KU : PERDEBATAN BUKAN UKURAN KEPADA SEBARANG NILAI.




بْغَضُ الرِّجَالِ Ø¥ِلىَ اللهِ اْلأَÙ„َدُّ الْØ®َصِ

“Orang yg paling dibenci Allah adalah yg suka berdebat.”




AAKJ.



Perlu ke Najib menyahut cabaran Anwar Ibrahim untuk berdebat? 
Untuk manafaat siapa ?
Apa yang boleh diperolehi daripada perdebatan?
Adakah perdebatan mampu memajukan ekonomi ?
Adakah tidak menyahut cabaran berdebat itu menjadikan seseorang itu lebih pengecut daripada Anwar Ibrahin yang tidak berani bersumpah di dalam mahkamah, menyaman mana-mana pihak atas video seksnya dan tidak mampu memberitahu dimanakah jam tangan Omeganya sendiri.

Orang Melayu wajib sedar bahawa perbalahan sesama sendiri perlu dihentikan manakala pemimpin Melayu wajib sedar sudah tiba masanya mereka mengembalikan semula kemewahan mereka kepada orang Melayu lain.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

SAYANG MELAYU KU : ARIFF SABRI MEMBUKA PEKUNG SENDIRI

[

Ariff Sabri mula membuka pekung-pekungnya sendiri di dalam UMNO dulu. Pendedahan Ariff Sabri dijadikan bahan propaganda A.B.U di fesbuk sebagai bahan fitnah tersohor. Antara lain propaganda fitnah yang dikemukan oleh Ariff Sabri ialah:-
  1. Elitis UMNO sepertinya mengeksploitasi Ketuanan Melayu untuk memperkayakan diri sendiri;
  2. Pemimpin UMNO sepertinya tidak memperjuangkan nasib dan kebajikan orang Melayu;
  3. Orang Melayu yang pernah menikmat pelbagai keistimewaan  daripada UMNO sepertinya amat suka mengkhianati Melayu dan memburukkan UMNO.
Memang patutlah beliau keluar dari UMNO kerana beliau mengkhianati orang Melayu dengan jawatan yang di pegang olehnya. Apabila pengkhianatan dan kejahatan beliau terbongkar maka beliau memburukkan UMNO melalui platfom musuh Melayu yakni DAP rasis. 

Fikirkan, semua bekas pemimpin UMNO sepertinya dan seperti Anwar Ibrahim semasa di dalam UMNO dahulu apakah yang mereka lakukan untuk orang Melayu?

Adakah pendedahannya merujuk kepada pemimpin UMNO yang ada sekarang atau sebenarnya membuka pekung-pekung busuk bekas-bekas pemimpin UMNO sepertinya yang kini terbuang dari UMNO.

Beliau tidak di pecat dari UMNO sepertimana Hasan Ali di pecat mahupun lebih 50 orang pemimpin PKR dan DAP yang di pecat oleh elitis DAP dan PKR.

Kata-kata siapa yang layak dipercayai? Bagi fikiran hamba sudah tentulah mereka yang di pecat dari PKR PAS dan DAP lebih dipercayai daripada bekas pemimpin UMNO seperti Ariff Sabri yang relahati keluar UMNO dan masuk DAP. Sudah tentu beliau mempunyai motif dan niat jahat bersifat peribadi terhadap UMNO.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

MALAYSIAKU POLITIK PELIK: JINGGA 13 KUTUK DS ROSMAH ???

JINGGAY 13 amat hairan kenapa sehingga sekarang tiada sebarang tindakan oleh pimpinan PAS,PKR,DAP terhadap pelbagai laporan yang dibuat terhadap tabiat berpoya-poya Anwar Ibrahim Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang kini merupakan Ketua Umum Pakatan Rakyat yang terbukti melakukan seks melampau bersama seorang pelacur China. Adakah PAS,PKR,DAP hanya khusus untuk mengadili ahli parti biasa dan terlalu dayus untuk menyingkirkan Anwar Ibrahim Ketua Umum Pakatan Rakyat?
Di saat seluruh rakyat Malaysia berdepan dengan janji janji palsu Pakatan Rakyat dan korupsi pemimpin Pakatan Rakyat, dalam keadaan rakyat berpendapatan rendah dan golongan miskin ditipu hidup hidup Pakatan , Ketua Umum Pakatan Anwar Ibrahim melakukan seks bebas tanpa segan silu terpapar diseluruh negara. Di manakah moral seorang ketua Umum untuk beliau terus memimpin Pakatan Rakyat? Gelaran Anwar Al Juburi, Kote Bengkok dan bermacam lagi diberikan rakyat kepada beliau.
JINGGAY 13 meminta seluruh rakyat Malaysia membuka minda dan hati agar bangkit mempersoalkan di manakah moral Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin Pakatan Rakyat? JINGGAY 13 juga meminta agar pemimpin PAS, DAP, PKR untuk menilai semula apakah relevan Anwar Ibrahim sebagai ketua Umum bagi menghadapi Pilihanraya ke 13 nanti?
PAS, DAP, PKR harus bertindak adil dan profesional dan bukan bertindak dwi-standard. JINGGAY 13 benar-benar hairan dengan tindakan menikus pemimpin PAS, DAP, PKR terhadap masaalah moral dan seks bebas yang dimiliki oleh Anwar Ibrahim yang dilihat melampau dan keterlaluan sebagai seorang pemimpin masyarakat.
JINGGAY 13 MENCABAR Anwar Ibrahim untuk menyaman Dato Eskay, Blogg Papa Gomo, Dan blogg blogg lain yang mengeluarkan Video aksi Seks beliau bersama pelacur China Doll jika ianya adalah satu fitnah dan karut . Dato Seri Anwar Ibrahim wajar mengambil tindakan undang-undang terhadap semua yang terlibat memfitnah beliau dengan laporan yang tidak benar dan fitnah.
Sesiapa pun boleh menafikan dan menganggap menjadi mangsa atau ianya adalah merupakan berita karut , liar dan tidak benar. Sedangkan tiada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap segala laporan dan sebaran yang dibuat . Adalah memalukan dengan perlakuan sumbang dan seks songsang Anwar Ibrahim yang merupakan ketua umum Pakatan Rakyat menjadi bualan dan dilaporkan di beberapa negara serta yang tidak pernah dilakukan oleh mana mana pemimpin sebelum ini di Malaysia dan negara Luar.
FARIZ MUSA
Ketua Koordinator JINGGAY 13
Papa Gomo menulis beliau pelik dengan kenyataan J13 kerana selama ini J13 paling kuat mempertahankan Anwar Ibrahim. Dalam politik Malaysia yang begitu anih dan pelik, sesuatu pihak berkepentingan akan bertukar arah bilamana merasai mempunyai kekuatan yang mencukupi untuk membalun pihak lain. dalam hal PKR, kenyataan J13 di lihat sebagai memberikan jalan keluar secara terhormat buat Anwar Ibrahim bertujuan memberi laluan kepada Nurul Izzah. Nampaknya Azmin Ali sudah menjadi  'Anwar Ibrahim Ke 2'

TEPUK DADA TANYA IMAN!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...