Ahad, 29 Januari 2012

MALAYSIAKU KECOH: HJ HADI UJI POPULARITI.

HJ Hadi? Adakah beliau masih Presiden Parti Adat & Sukan se-Malaysia? Satu-satunya Presiden sebuah parti politik yang tidak mempunyai sebarang jawatan EXCO dalam mana-mana pentadbiran negeri-negeri di bawah Pakatan. Menurut sumber rapat di Terengganu Hj Hadi sudah mula dipersoalkan oleh ahli-ahli PAS sendiri. Malah ahli-ahli PAS sudah berani memberikan katadua kepada Hj Hadi.

Dimanakah kedudukan Hj Hadi sekarang? Pok Nik lebih popular daripada Hj Hadi

Hj Hadi menaiki tangga kepopulariti melalui Amanat yang beliau lakukan pada 1981.Beliau menjadi Menteri Besar Terengganu di atas kemenangan nasib kerana skandal seks Anwar pada 1999 kelemahan beliau semakin ketara. 

Kebangkitan kumpulan Anwarinas di dalam Parti Adat & Sukan menambahkan lagi merundumnya populariti Hj Hadi. Di tambah lagi dengan beberapa tindakan tidka popular yang di ambil oleh Hj Hadi seperti dalam isu larangan penggunaan pembesar suara dalam tilawah al qur'an sebelum suboh, isu arahan MB Kedah dan pemecatan Hasan Ali.

Pada fikiran hamba, Hj Hadi sendiri dipermainkan oleh Anwar Ibrahim dan kelompok Anwarinas di dalam Parti Adat & Sukan. Hamba amat percaya bahawa Hj Hadi akan di sabotaj oleh PKR dan ahli-ahli Anwarinas di dalam Parti Adat & Sukan.


TEPUK DADA TANYA IMAN!


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...