Jumaat, 27 Januari 2012

SELANGORKU BERSEDIH: D.O. PETALING DIMUSUHI PAKATAN.

Anda semua sedang menatap wajah seorang Melayu Agamanya Islam. Orangnya ramah. Mudah mesra dengan kakitangan dan orang awam. Amat disenangi oleh rakyat bawahan. Senyuman sentiasa terukir di wajahnya. Sapaan lembutnya pada setiap pagi sentiasa di tunggu-tunggu oleh semua orang di bangunan Pejabat Tanah dan Galian Daerah Petaling. Kehadiran beliau menceriakan hari dan 'mood'. Beliau tegas dalam membuat keputusan. Ketegasannya itu di dalam kesopanannya sebagai seorang Ketua Jabatan dan seorang Melayu beradat. Malang, orang sepertinya tidak mendapat tempat di hati para penzalim rakus Pakatan yang mentadbir negeri Selangor seperti seekor ular anaconda yang sentiasa kelaparan.

Rakan bloger SEL 13 menulis mengenai nasib yang menimpa Ketua Jabatan (gambar di atas) yang menjawat PEGAWAI DAERAH Petaling seperti berikut:-
Menghampiri empat tahun PKR dan DAP memerintah Selangor , entah berapa banyak musuh yang mereka cipta pun sudah tak terkira lagi.
Daripada rakyat biasa kepada ahli parti mereka sendiri hinggalah kepada pegawai-pegawai kerajaan, semuanya mereka bermusuh.
Dulu Datuk Khusrin menjadi mangsa permainan politik mereka. Maklumat yang kami terima beberapa minggu lepas pula mengatakan Pegawai Daerah Petaling,Dato’ Zulkepli Bin Ahmad pula yang menjadi mangsa permainan politik PKR dan DAP.
Punca pergaduhan antara Khalid Ibrahim dengan Datuk Zul adalah kerana isu tanah sekolah.
Khalid Ibrahim mengarahkan Datuk Zul agar tanah-tanah yang telah digazetkan sebagai sekolah kebangsaan tetapi belum lagi dibina sekolahnya agar diberi kepada sekolah jenis kebangsaan cina.
Keengganan Datuk Zul menuruti perintah Khalid Ibrahim telah menyebabkan Khalid menghantar surat kepada Ketua Setiausaha Negara meminta agar Datuk Zul ditukarkan.
Khalid sekali lagi menunjukkan kebodohannya dalam pentadbiran sebagaimana kes perlantikan Datuk Khusrin dulu. Beliau bukan tidak boleh , malah tidak layak untuk meminta supaya pegawai daerah ditukarkan. Kuasa tersebut terletak di tangan Setiausaha Kerajaan Negeri dan juga Ketua Setiausaha Negara. Orang yang layak menghantar surat kepada KSN adalah Datuk Khusrin  sebagai  SUK Selangor. (baca selanjutnya di pautan SEL 13) 
Tidak lama lagi akan kedengaranlah suara-suara sumpah seranah daripada Pakatan membelasah D.O. tersebut. Jika sampai ke telinga anda nanti Hamba nasihatkan anda menyindir pembawa fitnah itu dengan berkata ' Selangorku Ajaib, walau tiada hujan tapi masih banjir ... mungkin kerana Allah swt hendak membersihkan kekotoran zahir dan batin yang Pakatan curahkan di Selangor ini'. Anda mampu melakukannya.

TEPUK DADA TANYA IMAN! 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...