300 MAHABAHLOL DAPAT APA?
ISTERI NGA KOR MING JUGA YANG KAYA RAYA.
Rakan bloger Cucu Tok Selampit memetik sumber cikgu Shashi Muniandy Pemuda MIC www.shizone.com mendedahkan mengenai penyelewengan yang dilakukan oleh Nga Kor Meng. Perkara ini berlaku semasa DAP Rasis berkuasa di negeri Perak. Mujurlah penguasaan rejim jahat dan zalim DAP rasis tidak kekal lama di bumi Perak Darul Ridwan.
Di dalam dokumen SSM di atas jelas tertera nama isteri kepada Nga Kor Meng. Syarikat yang diberikan nama Ethan & Elton Sdn Bhd. Syarikat ini ditubuhkan pada 23hb April 2008 yakni selepas 42 hari rejim zalim dan khianat DAP Rasis berkuasa. Amat jelas niat di sebalik penubuhan syarikat tersebut yakni untuk merembat dan memperkayakan keluarga.
Satu Tender Terbuka untuk membekal pakaian 'Lounge Suit' kepada ahli-ahli Majlis Banraya Ipoh telah di buka. Anihnya, syarikat milik isteri Nga Kor Meng yang berada tercorot dalam senarai dengan sebutharga yang tertinggi telah di pilih untuk membekalkan pakaian tersebut. Pelik kan? Lihat di bawah:-
Inilah cara CAT dilaksanakan oleh rejim khianat rakyat DAP Rasis. Perkara ini berlaku di Perak justeru itu tidak mustahil ianya berlaku di Selangor dan di Pulau Pinang teruatama dalam skandal sPICE dan bangunan tempat letak kereta. anak Melayu yang masih belajar di IPT dapat apa? Dapat malu sajalah serta dikhianati oleh DAP Rasis sahaja lah.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan