Isnin, 3 Oktober 2011

SELAMA MANA KAK WAN AZIZAH MAMPU BERDIAM DIRI?

Laki sendiri pun tak mampu nak jaga ..akaq Wan ada hati nak jaga 27 juta penduduk?

Siapakah Presiden PKR? Akaq Wan Jijah! Siapa yang tahu apakah halatuju, aspirasi dan wawasan beliau untuk 27 juta rakyat Malaysia? Jawapannya, tidak ada siapa pun di kalangan pemilih yang tahu.Akaq Wan Jijah sendiri pun tidak tahu. Untuk apa kak Wan Jijah menjadi Presiden PKR jika tiada kelayakan untuk memimpin? 

Adakah semua isu-isu yang dibangkitkan oleh PKR mampu membawa semua kepada penyelesaian kemelut masalah rakyat? Tidak samasekali tidak! Adakah sikap kak Wan seperti ini mampu menurunkan kadar harga barangan? Adakah ianya mampu menjadikan 60% orang miskin menjadi kaya? Adakah ianya mampu memertabatkan agama Islam? Adakah ianya mampu menukarkan keadaan ekonomi negara? Adakah ianya mampu memberikan sebarang manafaat walaupun sebesar debu kepada rakyat?

Sikap akaq Wan Jijah hanya menguntungkan dirinya sendiri, Anwar Ibrahim dan masa depan anak-anaknya sahaja. Bagaimana dengan rakyat? Adakah anak-anaknya mampu memberi subsidi kepada semua rakyat? Semua persoalan adalah NEGATIF!

Apa perlunya lagi PKR kalau begitu kepada rakyat? Apa gunanya mempertahankan Anwar Ibrahim? Apa gunanya bercakap sahaja tapi mengharapkan pihak lain yang bertindak? Sudah-sudahlah rakyat Malaysia. PKR tiada pun anda semua mampu menghukum mana-mana pihak melalui peti undi. Anda telah melakukannya pada 2008! Kini kerana apa yang anda lakukan pada 2008 , lanskap politik berubah.

Anda tidak memerlukan sebuah parti politik seperti PAS_PKR-DAP yang hanya memperalatkan anda untuk kepentingan mereka. Lihatlah bukti, pihak manakah yang bertindak di atas protes anda dalam PRU 2008? Hanya BARISAN NASIONAL yang bertindak. Pakatan 'Tipo' Rakyat masih terus BERCAKAP! No Action Talk Only!

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...