Isnin, 3 Oktober 2011

EDISI SEBELUM TIDUR: KAK WAN AZIZAH KESALI ANWAR IBRAHIM LIBATKAN DS NAJIB & ISTERI.

Hang kontrol senyum Jijah ......
Tengah kontrol lah ni bang oiii .. tapi hati ceq didih paneh nie ..awat buat lagu tu bang oiiii!!!!

Isteri mana yang mampu bertahan dengan kecurangan suaminya? Lebih-lebih lagi bila 1 dunia tahu. Bukan melalui gosip liar tapi dengan BUKTI VIDEO!

Tentunya bila kita menyelami hati akaq Wan Jijah, kita dapat merasai kekesalan pada dirinya. Kesal kerana DS Najib dan isteri di heret oleh Anwar Ibrahim ke kancah skandal liwatnya sendiri. 

Fikirkanlah, Anwar Ibrahim punya kerja, punya kecurangan dan air mani-nya ditumpahkan bukan pada rahim wanita tetapi dalam rektum seorang lelaki jambu budak kopinya sendiri. Kenapa pula DS Najib dan isteri pula di panggil sebagai saksi? Apakah relevannya?

Karpal Singh sebagai seorang ahli politikus, sosialis dan peguam (satu kombinasi lebih merbahaya dari loji nuklir bocor) sudah tentu mahir berputar belit. Takkanlah hanya kerana pertemuan antara pembantu khas DS Najib dengan Saiful ianya relevan dengan keberadaan air mani Anwar Ibrahim dalam rektum Saiful? Cuba fikir secara logik. Bukankah lebih relevan akaq Wan Jijah di panggil menjadi saksi alibi kerana akaq Wan Jijah akui Anwar Ibrahim berada disampingnya waktu kejadian? Ya la kantoi kerana rakaman cctv.

Dulu Anwar Ibrahim dakwa ada gambar DS Najib dengan Altantuya sampai sekarang sekeping pun takde ditunjukkannya. Rakyat semakin mual dan muak dengan karenah Anwar Ibrahim dan rekayasanya. Sehinggakan ada tuntutan di buat terhadapnya oleh 100 000 orang mahasiswa agar Anwar Ibrahim mengambil Ujian Poligeraf.

Ambil mudah sahaja, tidak perlulah mengundi Pakatan DAP-PAS-PKR lagi. Macam-macam keganjilan dan keanihan karenah mereka lakukan. Eloklah kita menjauhi mereka dengan cara yang baik kerana Allah Ta'ala yang membalas segala perbuatan mereka membantah itu dan ini.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...