Isnin, 3 Oktober 2011

AGENDA DAP BUAT KAK WAN JIJAH BERANG!



Suatu persoalan menarik yang diutarakan oleh sahabat bloger hamba nama KERIS 7 LOK. Persoalannya ialah mengenai apakah AGENDA SEBENAR DAP untuk masa depan orang Melayu kaum bumiputera dan pribumi Melayu Islam dalam tahun-tahun mendatang?

Kekuatan DAP dalam PRU 12 dan dalam senario politik Malaysia banyak bergantung kepada kekuatan Melayu di dalam PKR dan PAS. Malah PAS lah yang banyak menyumbang kepada kekuatan DAP. 

Anwar Ibrahim pula hanya banyak membuka pintu-pintu dominasi DAP. Hairannya, kenapa peranan PAS di dalam Pakatan 'Tipo' Rakyat begitu kecil sekali dan semakin mengecil?

Berbeza dengan peranan proaktif yang dimainkan oleh parti-parti komponen di BARISAN NASIONAL mengikut dasar PERKONGSIAN KUASA yang sebenar, DAP nampaknya menjadi PEMBUAT POLISI dan dasar kepada Pakatan 'Tipo' Rakyat. 

Mutakhir ini, DAP lebih berperanan menjadi PEMBULI dan OPURTUNIS dalam Pakatan 'Tipo' Rakyat di mana penyokong PAS dan PKR dari kelompok pengundi Melayu mula di 'rompak' dan di 'rembat' oleh DAP dalam diam-diam. 

UMNO lebih setia dan ikhlas kepada rakan sekutu berbanding DAP dalam soal Perkongsian Kuasa. DAP kelihatan lebih kecinaan dan rasis berbanding UMNO. Ibarat kata pepatah Melayu, DAP ini bersikap HABIS MANIS , MELAYU & ISLAM TERBUANG HABIS. Pengundi Melayu fikir-fikirkanlah.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...