Ahad, 9 Oktober 2011

ISU HUDUD PAS SUDAH LAMA KANTOI.


Hj Hadi sendiri pernah mengakui bahawa Hudud merupakan 0.001% daripada Syariah. Selepas itu, Hj Hadi akui bahawa dalam al Quran tiada disebutkan mengenai Negara Islam haya Negara Kebajikan. Azizan Razak Menteri Besar Kedah pun mengakui bahawa Hudud tidak sesuai dilaksankan di Kedah kerana ianya kerajaan campuran dan tidak boleh disamakan dengan Kelantan. 


Kegagalan PAS Kelantan melaksanakan Enakmen Hudud di Kelantan diletakkan kepada Tun Dr Mahathir. Kononnya TDM menjadi penyebab hudud tidak dilaksanakan.TDM telah menafikannya dan mengatakan kenapa PAS Kelantan masih gagal laksanakan hudud walaupun beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri? Surat yang di hantar oleh TDM kepada Pok Nik diputrbelitkan. Surat yang memperjelaskan pendirian kerajaan Pusat sengaja disalahertikan sebagai ugutan politik kepada PAS Kelantan. 



PAS tidak pernah ikhlas mmeperjuangkan Hudud. Kertas Kerja di atas menyatakan segala-galanya. PAS hanya berminat kepada kuasa politik semata-mata. Ini jelas terjadi semasa rampasan kuasa Menteri Besar di Kelantan di aman Pok Nik terlibat sama. 

Pada pandangan hamba , Hudud ini akan secara automatik terlaksana dan terdiri apabila Tauhid diperkukuhkan di kalangan orang Islam terlebih dahulu. Bukan secara tergesa-gesa sehingga menghilangkan Hikmahnya Hudud ini. Dalam sirah Rasulullah s.a.w. yang ditegakkan terlebih dahulu ialah TAUHID sebelum HUDUD.

TEPUK DADA TANYA IMAN!



4 ulasan:

anti bohmau berkata...

Tuan Jas,

dato azizan razak menteri besar kedah mengakui bahawa hudud tidak sesuai dilaksanakan di kedah kerana ianya KERAJAAN CAMPURAN dan tidak boleh disamakan dengan Kelantan (yg diterajui orang Islam keseluruhannya). ini bermakna kerajaan negeri kelantan boleh menjalankan hukum hudud sepenuhnya & dgn selesanya tetapi kegagalan pas kelantan melaksanakan enakmen hudud di kelantan masih lagi diletakkan ke atas tun dr mahathir yg dah lama pencen!!! Ini juga bermakna hudud tidak sesuai dilaksanakan di malaysia krn mengikut dato azizan, sebagimana kedah, kerajaan Malaysia juga KERAJAAN CAMPURAN. Ada betul tuan2 puan2?

tapi biasala tuan2 & puan2,

puak2 pas sedikitpun tidak menghentam dato azizan bila dia kata hudud tak sesuai di kedah. dulu bila tun dr mahathir kata hudud tak sesuai di malaysia, puak2 pas terus hukum tun dr mahathir fasikla, kapirla..sekarang dato azizan tak fasik & kapir ka? maaf dato azizan! ambo hanya ulang apa yg puak2 pas kata dulu...

begitu jugak bila hj hadi kapirkan umno bekerjasama dgn mca & mic. sekarang as tak kapir ka bila bersama2 berelukan dgn dap yg anti Islam? pas tak munafik ka bila bersama pkr yg memuja pluralisme? jawab jgn tak jawab?

C L J berkata...

Masa dah dapat kuasa dengan masa nak rebut kuasa tak sama.

anti bohmau berkata...

ralat

...sekarang pas tak kapir ka bila berpelukan dgn dap yg anti islam?...

JAS SALLEH berkata...

betol 3x

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...