Ahad, 9 Oktober 2011

PUNCA KENAIKAN HARGA HARTANAH DI MALAYSIA.


Anda boleh melihat fakta-fakta semasa pemilikan rumah kediaman di Malaysia pada masakini. Lihat sebelah kanan.

Kadar rumah kediaman tidak didiami adalah 15.6%. Alasan diberikan adalah kerana rumah baru siap, baru di jual atau di sewa. Alasan yang begitu mencurigakan.

Salah satu keperluan penghidupan dan hak asasi manusia ialah memiliki rumah kediaman.Di dalam Bajet 2012 Membela Rakyat Mensejahtera Negara, insentif telah diberikan kepada rakyat untuk memiliki rumah kediaman. 


Lihat gambar di bawah ini.

Di Malaysia terdapat tiga jenis pembeli. Lihat sebelah kiri. Antara tiga jenis pembeli , dua jenis pembeli merupakan jenis pembeli yang banyak menyumbang kepada faktor kenaikan harga hartanah di Malaysia. Jenis Pelabur dan Spekulator banyak menutup ruang kepada jenis pembeli pertama.

Pihak bank lebih berminat meluluskan pinjaman pembelian kepada jenis pembeli pelabur dan spekulator. 


Pihak bank pun terlibat sama dalam kegiatan tersebut. Ini di dorong oleh faktor memperoleh keuntungan cepat tanpa perlu mengambil risiko. Pihak bank memperolehi dua kali keuntungan melibatkan diri dalam kegiatan pelaburan dan spekulator.


Seterusnya, perundangan pemilikan hartanah terlalu longgar. Ini menyebabkan pelabur asing bergiat cergas dalam pasaran hartanah di Malaysia. 


Pihak yang membuat keuntungan daripada pelabur asing ialah pihak bank dan pihak pemaju perumahan. 


Dilemanya ialah kerana pasaran hartanah adalah sektor perkhidmatan. Ianya melibatkan pelaburan asing secara langsung. Jika perundangan diperketatkan ini akan merundumkan sektor hartanah yang memberi implikasi kepada sektor pembinaan dan kewangan. 


Pada pandangan hamba, suatu keseimbangan perlu dilaksanakan dalam polisi awam dalam pasaran hartanah. Ini amat diperlukan sangat-sangat agar kepentingan rakyat biasa untuk membeli rumah tidak terjejas teruk di masa depan. 


Tidak berguna jika ada pengundi dan penyokong tetapi mereka tiada rumah kediaman. Tiada rumah kediaman sendiri bermakna mereka tiada ALAMAT TETAP. Tiada ALAMT TETAP bagaimana mereka hendak menjadi PEMILIH TETAP di satu-satu kawasan pilihanraya?


Menteri berkenaan tolong fikir-fikirkan mengenai perkara ini.


TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...