Akaq nak promosi cerita akaq je ...
Jangan Marah sama saya ....
Siang tadi di Kuching Sarawak berlangsung upacara pengumuman senarai ahli kabinet Sarawak di bawah Pehin Sri. Jawatan Timbalan Ketua Menteri yang sebelum ini di pegang oleh parti SUPP yang mewakili etnik Cina Sarawak terpaksa digugurkan. Hanya jawatan Timbalan Ketua Menteri yang diwakili oleh etnik Iban sahaja dikekalkan.
Tahniah kepada Pehin Sri. Tahniah kepada mereka yang dikekalkan dalam kabinet Sarawak. Tahniah kepada Cina Sarawak yang kini tiada lagi suara dalam kerajaan negeri Sarawak. Mampukah DAP membela nasib kaum Cina Sarawak? Adakah kaum Cina Sarawak akan terus menerus berdendam dengan kerajaan BN Sarawak dalam PRU 13 nanti?
Sentimen cauvinistik yang diapi-apikan oleh DAP dalam PRN Sarawak dulu menyaksikan bagaimana kebencian kepada BN disemarakkan oleh PAS-DAP-PKR yang akhirnya PKR tersungkur tersembam dan DAP keluar sebagai juara. Namun, kegagalan DAP menafikan 2/3 majoriti kerajaan BN Sarawak ternyata mengakibatkan kaum Cina kehilangan wakil dan suara dalam kabinet BN Sarawak.
Tindakan berani Pehin Sri tersebut menjadi petanda kepada pengundi kaum Cina di Semenanjung unutk memikirkan kembali halatuju mereka. Jika mereka masih memilih DAP dan berasa begitu selesa tanpa memerlukan suara di dalam kerajaan mereka bakal kehilangan wakil dan suara di dalam kerajaan baik di peringkat negeri mahupun di peringkat Pusat.
Lambat laun DAP akan meletakkan kesalahan kepada Melayu di dalam PKR-PAS apabila kmouniti Cina mula terasa dipinggirkan akibat permainan politik rasisma DAP sendiri. Api yang dimulakan oleh DAP akhirnya bakal membakar diri DAP-PAS-PKR.
Mampukah komuniti Cina Malaysia terus menerus bersikap acuh tak acuh dalam sokongan mereka kepada kerajaan BN? Apabila kepentingan mereka terjejas dan segala tindakan-tindakan protes mereka sudah tidak di ambil peduli lagi apakah masa itu komuniti Cina baru hendak sedar?
TEPUK DADA TANYA IMAN!
4 ulasan:
SAYA ANTI DAP!
patutnya Najib kena buat sebagaimana dibuat ketua menteri Sarawak !! dah nyata cina tak kenang budi ..cina tak sokong kerajaan , dan nyata cina nak jadi tuan di negara ini , kenapa kita perlu takut dengan mereka ??
Najib kena kurangkan menteri2 cina !! buang mana yg tdk perlu !
DILEMA GAK TU NANTI
SBBA DA CINA YG ANTI DAP
Hai kawan bukan semua Cina bersikap macam tu cuma Cina Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan konco-konconya sahaja.
Aku ada kak ipar Cina adik ipar Cina. Tok Wan aku Cina. Dalam keluarga kami ada juga abang ipar India. Kami hidup tak ada masalah pun.
Anak-anak saudara kami bermain dan bergaduh tapi kami hidup harmoni.
Kami juga meraikan Hari Perayaan Keluarga ipar kami yang bukan sebangsa. Kami tiada masalah pun.
Yang jadi masalah bila ada diantara rakyat mula mempersoalkan tentang bangsa.
Sepatutnya bab bangsa ni adalah sesuatu yang sensitif dan tak perlu diperbahas secara terbuka.
Hukuman berat patut dikenakan sekiranya perkara ini sengaja di timbulkan.
Catat Ulasan