Berdasarkan kepada maklumat di Agendadaily dan beberapa buah blog pro BN dikatakan mereka menerima maklumat mengenai operator sulit dalam badan-badan strategik kerajaan. Peranan mereka untuk menghancurkan kerajaan BN dari dalam. Bertindak seperti anai-anai. gunting dalam lipatan dan musang berbulu ayam.
Jika maklumat tersebut adalah benar maka eloklah dibersihkan segala elemen-elemen durjana tersebut dengan kadar segera. Jika maklumat tersebut tidak benar, syukur alhamdulillah. Perkabaran sedemikian sudah lama berterbaran diperkuatkanlah lagi dengan insiden-insiden di mana kelihatan pihak pakatan pro komunis memperolehi butiran rahsia terperinci pergerakan DS Najib.
Malah kelihatan beberapa buah agensi yang sepatutnya memberikan penerangan kepada rakyat untuk memulihkan keyakinan kepada kerajaan BN menyelitkan agenda-agenda pakatan 'tipo' rakyat. Kegiatan dan gerak kerja musang berbulu ayam tersebut amat merbahaya kepada kerajaan BN sendiri.
Seperti yang disebutkan di awal tadi, jika maklumat tersebut benar, eloklah pentadbiran DS Najib mmebuat pembersihan secara menyeluruh dan jika ianya tidak benar tidak mengapalah. Kita tidak mahu sebarang usaha sabotaj dijalankan terhadap DS Najib dan kerajaan BN bagi memastiakn kemenangan mutlak BN dalam PRU 13 nanti.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan