Rabu, 28 September 2011

JOM BELASAH! GUAN ENG BAKAL DITANGKAP!

Apa salah wa nie? ..wa tatak bohong wa tipo saja .... / Jangan Kurang Ajar Dengan Orang Johor 

Gara-gara suka berhipokrasi dan berbohong Guan Eng bakal menerima padahnya. Orang Johor amat masak dengan pe'el DAP. Sejarah membuktikan bahawa orang Johorlah yang bangkit menentang keras kekejaman Bintang 3. Guan Eng memang mencari masalah dengan orang Johor. Orang Johor tidak suka mengaku kalah dengan mana-mana Cina cauvinis ultra kiasu. Berikut adalah petikan lapuran daripada sahabat bloger Empayar Pemuda mengenainya. Semangat setiakawan dan kenegaraan amat jelas tidak ada pada mana-mana pemimpin DAP yang semakin angkoh dan sombong.
Polis sedang mempertimbangkan tindakan yang boleh dikenakan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ekoran kenyataannya memburukkan negeri ini dalam satu pertemuan dengan media asing di Singapura, baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, beberapa laporan polis telah dibuat mengenai perkara itu dan pihaknya akan mengenal pasti tindakan yang boleh diambil memandangkan kenyataan itu dibuat di luar negara.

Beliau yang nyata berang dengan keceluparan Guan Eng, turut menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung DAP itu tidak boleh diterima, berniat jahat, tidak berasas dan tidak benar sekali gus mengingatkan pemimpin DAP itu tidak bercakap sesuka hati.

"Kenyataan beliau kononnya sesiapa sahaja dari Singapura yang datang berurus niaga di negeri ini tidak selamat dan akan diculik oleh penjenayah adalah amat dikesali dan jelas ia adalah tidak benar sama sekali.

"Trend penurunan indeks jenayah yang dicatatkan negeri ini jelas membuktikan keadaan keselamatan di negeri ini adalah terjamin bukan sahaja untuk rakyat negeri ini tetapi juga rakyat asing," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Guan Eng yang didakwa memburukkan negeri Johor dalam satu pertemuan dengan media asing di Singapura baru-baru ini dan disiarkan sebuah stesen tempatan semalam.

Justeru, Mohd. Mokhtar dengan tegas meminta pihak berkenaan supaya lebih bijaksana dan berwaspada ketika membuat kenyataan kerana ia mampu menggugat keharmonian umum dan merencatkan kegiatan ekonomi ekoran kenyataan tidak bertanggungjawab itu.

"Saya juga ingin menegaskan di sini bahawa pihak polis akan terus menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan dan tidak sesekali akan melemahkan semangat kami dalam menjaga keamanan negara dengan perkara seperti itu," katanya.
TEPUK DADA TANYA IMAN!


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...